Saturday 18 February 2012

Oh, Tidak !

Curang?
Siapa nda tau apa itu curang?
Kalaupun ada diantara kita yang belum pernah dicurangi tapi pasti dapat membayangkan perasaan dicurangi tu macam mana. Betulkah nda? Nda payah aku taip di sini apakah jenis-jenis perasaan itu.

Perasaan bagi yang mencurangi pula gi mana dong? Pastinya berbunga-bunga, fikiran melayang, sakit angau dalam masa yang sama ketakutan, bimbang dan serba-salah. Bezanya cuma nisbah anatara perasaan berbunga dan perasaan bersalah dan ingin menghentikan.

Ayoyo... My adik lelaki yang baru kawen belum sampai 2 tahun pun sudah selingkuhan kok!

My cousin perempuan yang sudah 10 tahun kawin pun curang belakang suaminya..

Adik aku nda banyak reason yang boleh menyokong perbuatannya kerana isterinya cukup sempurna dan ya sangat durjana bila dia ada perempuan lain yang rasa macam aku mau tempiling-tempiling ja kalau jumpa tp nda juga sampai hati mau buat gitu.

Kedua ni 2x5. Suami cousin aku pun nda main peranan yang betul cousin aku pula ambil kesempatan di kala kesempitan. Aku pening bila fikir pasal dorang. Aku nda bolehlah, tapi oleh kerana dua orang ni tali darah ku yang sangat dekat terpaksa berfikirlah juga kalau-kalau ada sesuatu yang aku boleh buat untuk bantu dorang tapi aku rasa, kalau adik aku pun nda mau insaf, cousin aku pun nda mau insaf, tiada orang lain boleh settle hal dorang, melainkan pasangan dorang sendiri.

Yang sandinya, kedua-dua mangsa walaupun tersiksa batin, terpaksa rela menerima keadaan kerana mungkin rasa cinta yang menebal pada pasangan (walaupun dicurangi). So, sama ada dorang terus bersabar ataupun ingin tamatkan kisah sedih itu secepat mungkin dengan cara berpisah (cerai).

Oh aku nda berani mau bagi kata putus. Itu pilihan mereka. Ya Allah, lapangkanlah dadaku, tingkatkan keimanan ku, ampunilah dosa ku dan rahmatilah hidupku.

Oklah, aku nda boleh taip banyak lagi. Otak aku sudah penat, gud nite ~
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

kak gojes said...

tu la penyakit teruk...

miya said...

susahnya curang2 ni.. kalu dulu masa bujang aku pikir 'elehh.. kau curang, aku pn boleh bah' kunun...

sekali kahwin terus rasa mcm kena hempap ni. berdosa!!

Nani said...

mmg indah tp sekali terjebak mcm penyakit yg susah mau sembuh.