Saturday 11 February 2012

Life Without Friends

Sebenarnya aku selalu terfikir mau post topik ni tapi aku segan dan maluuu ... Hahaha...

Baca tajuk ja pun sudah memalukan... Tapi apa aku kesah, aku mau post juga. Manalah tau buli jadi iktibar kepada yang ada ramai kawan tapi dia khianati dan tidak dihargai kawan2 itu.

Oklah begini. Masa sekolah aku memang ramai kawan. Dan aku nda stay dengan satu grup kawan saja. Sebelum masuk asrama aku ada geng ini. Lepas masuk asrama aku ada geng lain lagi. Masa sekolah menengah aku berkawan dalam kumpulan yang besar dalam lingkungan 5-10 orang. Wah, memang meriah. Aku jenis nda pilih kawan sangat sebab masa tu aku bukan siapa2 pun so apa hal mau kekwatkan?

Di kolej, aku mula berkawan dengan kelompok kecil. 2-3 orang saja walaupun aku duduk serumah denfan 10 orang kawan. Kuantiti memang sedikit tapi kualiti persahabatan kami memang cun! Suka duka sama-sama. Setiap kesedihan aku hadapi bersama mereka. Masa tu, kawan yang aku ada, adalah kawan yang betul2 sekepala, selesa dan serasi.

Bermulanya aku tiada kawan bila aku balik Sabah pada tahun 2004. Kawan aku yang dua orang tu tinggal sebab dorang masih sambung belajar, manakal aku terpaksa berhenti kerana masalah dengan bapa aku. Masa tu aku sedang couple dengan suami sekarang. Oh, tidak terkata betapa sepi dan bosannya ketika itu. Aku cuma bertahan 2 tahun dengan keadaan itu dan apabila suami mengajak kahwin aku terus setuju kerana tidak tahan lagi dengan keadaan tanpa kawan itu. Tambahan lagi aku dan family bukanlah jenis yang happy, mesra dan enjoy. Masa tu aku mau kerja pun bapa nda suruh, aku mau sambung belajar pun bapa nda bagi. So, bosankah tidak? Hehe.

Pendek kata sejak, berkahwin walaupun karakter aku masih macam dulu, tidak berubah, suka bersosial yang tidak keterlaluan, gila-gila, suka ketawa tapi aku masih belum jumpa kawan yang betul2 boleh dipakai setiap masa melainkan suami sendiri. Tapi tulah, sumai juga perlu ruang sendirikan. Suami memang dari dulu nda pernah tiada kawan. Di mana-mana pun senang dapat kawan sebab dia kaki bola. Apa nda kan? Tulah bila dia mula sibuk dengan bola aku jeles sangat. Sampai merajuk 3 hari kalau suami nda bahagi masa dengan adil.

So? Aku selalu tertanya, kenapa aku belum jumpa kawan seperti yang aku perlukan? Adakala aku buli rasa yang aku memilih. Aku bukan orang hipokrit. Aku nda akan rapat dengan orang tu kalau aku nda rasa dia betul2 sesuai dijadikan sahabat baik. Dan, aku ada sorang cousin yang selalu keluar ngan aku tapi kami hanya ada persamaan dari segi 'suka jalan' tapi dia ada masalah lain. Dia 'suka makan jalan' so di sana aku sudah ralat. Kita nasihat nda mau dengar dan 'makan jalan' dia tu bagi aku over sangat. Kalau aku rapat sangat, aku pun boleh musnah olehnya so dia bukanlah kawan yang aku mau.

Kawan rapat yang aku ada dulu, sorang duduk Melaka. Kami masih berhubung tapi tulah jarak yang pisahkan so nda boleh buat apa. Yang sorang lagi, bercerai beberapa tahun lepas dengan suami dia dan sekarang dia menetap di kampung. Sejak trajedi perceraian itu, dia seolah malu berjumpa dengan aku dan sentiasa mengelak diri untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain juga.

Dulu bila suami tiada masa mau menemankan aku jalan-jalan, aku selalu cakap dengan diri. "Nanti aku sudah pandai drive, pandailah aku bawa diri" tapi apa yang berlaku tidak jauh beza dengan yang dahulunya. Walaupun, aku boleh jalan bila-bila masa tapi aku tetap tiada kawan untuk lepak, bersembang dan apa juga aktiviti yang aku mau buat. Tambahan lagi bila kawan-kawan lain pun sudah berumahtangga, masing2 sibuk dengan keluarga masing-masing. Dan paling sedih semua kawan2 rapat aku duduk jauh. Oh !!!!

Bagi aku amat bertuah pada sesiapa yang masih bersama kawan yang rapat dengan kita sejak sekolah rendah, menengah, seuniversiti dan kolej hinggalah kita bekerja dan berumahtangga. Ya, dorang memang bertuah.

Sekarang ni, kereta ada. Duit ada dan aku mau keluar makan-makan dan bersembang tapi dengan SIAPA ?

Walaupun, aku masih boleh handle keadaan ni tapi aku betul2 rindukan kawan yang satu kepala. Rindu sangat!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

mcm sm owh ko sm aku...
mmg ssh mo dpt kwn yg dr dlu smpi skrg..setia sm ko..bla sda kawin semua akn berubah..kwn akn lebi kpd famili sda..ini hapen wit me jgk...so x salah kan la kwn klu bt aku pn gtu..klu mc aku keja..opkos ada kwn d opis kn...kwn opis lain..kwn opis hanya d opis..bla abis opis hour teda sepa lg mo peduli ko..aku prna bagus sm kwn opis tp aku kan fitnah ...fitnah yg aku igt aku buli nmpk dlm tv shj...tp rupa nya hapen in my real life...gila owh kan..bla ada manusia mcm tu...sanggup memfitnah kwn sndiri...utk kepuasan diri sndiri...slps itu sy takut2 utk berkawan...bla sy mula berkawan sy akn kwn betul2...tp smpi satu tahap sy akan kecewa..bila sy tersedar rupanya sy seorg shj yg sungguh menjaga hubungan sebagai kawan...so slps itu sy pn berpikir...kwn opis blm ada lg yg bole jd kwn slps opis hour...

maka sy pn suka...berjalan sendiri2..klu asben teda dpt join...anak2 jd kwn sy jln2..

asben adalah my best fren 4 ever..selalu d sisi tym sy susah..senang...kwn ketawa menangis..

klu kwn ketawa byk d luar sna..tp kwn menangis teda owh...


so..sy sm ko kwn d alam maya...
hahahah

Nani said...

Qaseeh: hahaha. Ya pasti ramai antara kita kesunyian. Biasalah di bandar ni susah mau dpt kwn baik. Kl kwn opis pun, tula mcm kau ckp, kwn cuma di opis. Luar buat hal masing2. Kwn opis aku pun di Pitas, ni mmg sdh jd best fren wpun aku nda keja lg di sana tp tulah, jauh juga.

miya said...

ndukk ba,,, sama ni cerita.. di kolej byk betul kwn. masa kerja kwn di opis sejja.. nah sekarang di rumah. diam2 sejja kwn sama dinding.

bgs 2 nani ko boleh drive, blh jln2.. aku ni blm lg ada lesen. mengharap laki sejja br dpt keluar. itupun skrg kau minta tggu bln depan atau berbulan2 lg baru dibawa ni. sandi betul.

blhka sy jd kwn kamu? haha..

Nani said...

astaga buli sgt, Miya. marilah kita bekawan2 d sni hehehe