Wednesday 8 February 2012

BerPolitikLah Pulak !

Sejak beberapa bulan lalu ( nda berapa ingat), aku di add ke dalam satu page di facebook. Page itu ialah page satu parti di Sabah yang baru ditubuhkan dan semestinya pembangkang. Aku nda pernah hirau apa yang dorang dok kecoh-kecoh di dalam tu. Memburukkan kerajaan, berdebat dan macam2 hal. Kamu taulah kalau politikkan? So aku memang langsung nda berminat. Aku sudah pernah mengundi pada tahun 2008 dan aku memang org kerajaan pada ketika itu sehinggalah ...... ? Tunggu.

Pada satu hari, hati terdetik menjenguk page itu kerana sebelum mahu meninggakan page tu, mau juga tau apa sebenarnya yang sedang dikecohkan. Ndalah aku tertanya-tanya nanti dan aku pun mendapat tahu bahawa laman itu begitu-begini. Oleh kerana, ahli yang lain bukanlah intelektual, maka banyaklah komen2 dan status murahan yang dikirim. Lagi nda tahan bila segelintir penyokong yang beremosi memaki hamun sesama sendiri.

Okla, nama parti tu ialah STAR atau nama penuhnya, rajin2kan menggoogle. Hehehe. Atau serach saja di facebook dengan nama STAR SABAH. Kalau baca entry sebelum ni, 7 agenda tu, haaa itulah asas perjuangan STAR dan pada pengamatan ku sudah tentu PRU kali ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya kerana semangat juang yang drg tunjukkan kali ini dalam parti itu sangat-sangat tinggi, berkobar-kobar dan yakin menang besar !

Apa yang berlaku, aku nda jadi leave tu group sebaliknya jadi ahli yang aktif, rasional, kurang beremosi, respek kritikan dan pendapat orang lain dan menyokong penuh perjuangan dorang. Why? Kerana terbuka mata dan minda kepada 7 agenda tersebut (rujuk entry sblm ni). Kerana itulah yang bermain2 difikiran selama ini. Betul, pembangunan sangat tidak seimbang di Malaysia. Sabah dan Sarawak begitu ketinggalan sekali wal hal 2 negeri inilah penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan Malaysia. Tanah Melayu merupakan sebuah tanah besar yang terdiri daripada negeri2 kecil dan Sabah/Sarawak juga sebuah tanah besar yang memiliki daerah2 yang besar. Sepatutnya, Sabah/Sarawak diberi satu daerah satu bandar dan membangun seperti negeri2 kecil di bawah Tanah Melayu. Nda payah cakap banyaklah, kamu fikirlah sendiri.

So sampai bila dua negeri besar ni menerima nasib sebegini? Bandar KK dan Kuching pun jauh ketinggalan apatah lagi mahu membangunkan bandar-bandar baru di Sabah/Sarawak. Kemudahan jalanraya, bekalan elektrik dan air masi sebahagian besar daerah-daerah terpencil di Sabah/Sarawak belum mendapatnya tapi di Semenanjung rasanya semua tempat ada kot, kecuali perkampungan orang asli.

Kepada orang-orang Sabah, tolonglah buka mata kamu. Tolonglah buka minda. Buatlah keputusan bijak, kita buat perubahan besar untuk PRU kali ni. Kalau mau membangkang, pilihlah parti tempatan. Bersatulah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Aki said...

ko juga la Nani.. ^_^.v..

Nani said...

:p jgn kau gitu bah Aki. Saya budak baru belajar.