Thursday 8 September 2011

Super Duper !

Assalamualaikum...
Hehehe.... Sunyinya site aku nie....
Kesiaannn....
Okla, korang jangan benci aku lagi, aku dah kembali...

Apa nak cerita ni/ Cerita raya ka atau cerita semasa?
hurm... Cerita raya dulu la....

Kitorang balik beraya pada Syawal yang keempat. Dalam perjalanan balik kampung sempat singgah 2  rumah kawan... kalau bukan pasal tak sabar jumpa keluarga rasanya bukan 2 rumah ja tu tapi berumah-rumah, heheheee....

Bertolak jam9 am dari rumah, sampai rumah mak aku jam3 lebih... Sampai ja kitorang dihidangkan dengan nasi dan lauk. Nyummm.... Walaupun dah berabis makan di dua  rumah tadi tapi aku makan di rumah mak aku macam tak makan dari pagi hahaha... Laki aku geleng kepala tak henti2 haha.. Ei, suka hati aku la nak makan banyak.. Nilah dendam yang nak dibalas sejak 1 syawal tau!

Dalam jam6 ptg baru bertolak ke rumah mertua pulak. Sampai rumah mertua, hanya kak ipar yang ada.. Mak dan ayah pigi kenduri.. Di sana kitorang dah tak makan sangat sebab baru rasa full. Jam9 lebih macam tu baru mak dan ayah balik. Lepas salam, dan tengok tv kejap aku terlelap... Dalam aku terlelap Panjang baru makan balik sebab dah lapar.. Self servis lah jawabnya.

Cuti kita tak lama... 4 hari ja so keesokannya, sibuk pula gotong-royong kat padang SK. Pekan Pitas 1 untuk persiapan hari raya hari keluarga Kg. Kelumpang yang ke-5 kali/tahun. Aku bergegas ke rumah mak sbb malam ni turn rumah mak aku pula untuk kita bermalam.. Huh! Rasa sangat kelam-kabut.

Hari ke3 di kampung maka berlangsunglah sukaneka Hari Raya Hari Keluarga dan inilah antara acara yang dipertandingkan.... Saksikanlah..

 
 Acara boling padang menggunakan buah kelapa dan botol air minum.

 Kami sekeluarga....
 Acara kuda buta... sepatutnya ni lari sambil tutup mata so anak yang kat atas tu tunjuk jalan tapi bapa-bapa ni main redah je lari buka mata haha... Laki aku dan anak aku ialah pemenang paling kiri, tempat kedua...
 Acara kupas kelapa tanpa menggunakan alat..
 Inilah keluarga besar Kg. Kelumpang....
 Anyam ketupat..
 Sampan darat.
 Acara parut kelapa. Baju hijau kakak ipar aku.
 Lari pakai selipar tempurung

 Baju merah dua dari depan ialah suami ku yang gagah perkasa.
 Antara lawan team laki aku. Ni kalahkan dorang.
 Pusingan seterusnya...
Sepatutnya team laki aku dijangka menang kerana dorang paling hansem ramai ahli yang tinggi tapi akhirnya kecundang tempat ketiga saja... Apa der!

8 comments:

Norhisham Nordin said...

wahhh, seronoknya kalo beraya camni... byk aktiviti...

Cikgu Abah said...

wah meriah sungguh...2 dalam 1 ni...sambil beraya boleh family day...saya malas betul nak update blog sejak akhir2 ni...hehehe...nak cerite pasal raya pon macam malas je...hehehe...

Nani said...

kat kampung laki aku, inilah acara wajib tiap2 tahun. mmg best.

nuranne said...

bestnya sukaneka time raya...suka ikut dan selalu kalah...

abglan said...

Wah.. meriah betul beraya kat sana. XTVT baru nih...

Nani said...

simply: aku ikut satu acara ja tu, boling padang hehe tp satu botol pun nda kena hehe..

abglan: boleh buat kat kampung masing2... Siap YB lagi yang rasmikan majlis pada malam hari

A.s.t.i.n.a said...

Raya ke4 baru balik kampung??? Waaa sadis..

Sa before raya dah ada di rumah mentua.. Sampai raya ke3.. Siuk juga kenal sanak saudara Ganu kite.. Raya ke 4 balik kuching... Pemandangan yg ko nda akan jumpa di mana2.. Di airport ja penuh lelaki perempuan berbaju raya.. Pakai baju melayu siap kain samping bersongkok segala.. Suami sa pakai tshirt ja.. Baiklah jauh sikit sa jarak berjalan dr suami sa...

Nani said...

wah, bagusnya... tapi nda akan ku ulangi lagi raya tahun ini di raya akan datang. Sandi berabis oh ging!

Oh suami mu org Ganu? Bagus2...