Monday 12 September 2011

Lepas Blogwalking, Jadi Blur...

Nani... Nani..
Tadi bukan main ligat otak kau sebelum baca entry2 baru blog2 yang kau suka..
Selepas baca, mungkin otak sudah terisi, terus nda tau mau mulakan cerita dari mana..
Ok, jangan putus asa, teruskan membaca.

Rumah aku sekarang ni sangat huru-hara mengalahkan rumah lelaki bujang yang pemalas..
Bersepah, belum sapu dan pinggan-mangkuk disingki masih berlonggok.
Kalau laki aku Panjang nampak, mesti dia ucap tahniah banyak kali dan kutuk aku nda layak jadi surirumah.
Memang pun, aku layak jadi bussineswoman (betulkah eja?) ja. Uhuks!

Aku bangun 7.49 am kalau nda silap. Haiyooo, skip solat subuh padahal aku puasa 6 hari ni. Aku sahur air minum ja subuh tadi. Solat dhuha mampu kah lagi ni? Aduiii. Iman lemah. Entah, aku ada masa2 semangat bangun subuh dan ada pula masa2 nda larat bangun subuh. Hentikan! Hentikan! Dunia sementara saja, akhirat yang abadi.

Astina kau geng paling cemerlang, bagi komen yang banyak sekali dibanyak entry ku yang tunggang-langgang. Aku suka komen ini dan aku hampir mengeluarkan airmata kerana terharu... Rin, tq jugak.


 catherine- said...

happy birthday utk panjang.
untuk nani, kamu isteri yang sgt special :)

tahniah!
11 September 2011 22:30
Delete

Blogger A.s.t.i.n.a said...

Entry ini menginsafkan diri...

Sa selalu tertanya2 tentang nilai suami isteri... Sebelum kawen dan selepas kawen... Di mana tiada lagi hadiah.. Cukup ucapan dan mengingati.. Ingin juga lari dari landasan tetapi siren tetap berbunyi di hati...

Sa pernah kecundang dalam perkahwinan pertama... Atas inginkan nilai kehidupan suami isteri itu sa ambil keputuan paling berat dalam hidup sa..

Blogger A.s.t.i.n.a said...

Nani cantikkk..
Bah lain juga ko punya penulisan ni geng.. Sa mcm baca betul2 diri ko yg baru..? Apa kejadian? Terlanggar batu bersurat? Batu belang batu bertangkup atau batu seremban?

Tapi siuk juga entry begini labih telus pandangan diri.. Tanpa perlu berlapik bahasa berbunga..
11 September 2011 23:40
Delete
Hehehe, terlucu pula aku komen terlanggar batu tu tapi aku mengaku aku memang rasa lain sekarang.. Dengan pendirian menjadi ibu dan isteri di rumah tetapi hati mau harta keduniaan. Ya aku sedang konflik sekarang ni tapi slow-slow menjalani hidup normal macam orang lain. Macam kau cakap, adakalanya kita perlu untuk jangan merancang dan mungkin seru ku belum sampai untuk semua impian itu.

2 comments:

Norhisham Nordin said...

setiap perjalanan akan ada onak durinya... kita sbg insan yg lemah perlu perkuatkan diri utk menempuh segalanya..

Nani said...

insya Allah. setiap kesulitan sebenarnya Allah mau kita belajar sesuatu dan melihat sesuatu dgn mata hati...