Wednesday 14 September 2011

Kamu Bukan Orang Lain Part ii

Ok part 1 ialah cerita sekitar aku tingkatan 5 tahun 2002.

Tahun 2003 aku belajar komputer (MLVK, Sijil Kemahiran Malaysia dalam Sistem Maklumat Tahap 2) di Melaka. Ijah nda jadi ikut sebab ada gosip mengatakan kolej itu tidak diiktiraf. Sampai aku gaduh besar dengan bapa aku sbb gara2 gosip itu bapa aku jadi nda yakin dan halang aku pergi sedangkan hanya tinggal beberapa hari sebelum penerbangan. Aku berdegil juga.

Masa di Melaka, aku selalu berkirim surat dengan Ijah. Mamanya pun selalu juga call tanya ada duit kah nda.... Kalau tiada nanti dia bank in, tapi masa tu walaupun aku selalu ikat perut, tiap kali ditanya soalan tu, aku cakap ada ja... Nda sampai hati pula minta duit dgn mama angkat.

Selepas 5 bulan aku study di sana, Ijah bagitau aku kena balik 1 Jun 2004 sbb mau lapor diri di Uitm. Dalam diam, dorang urus kemasukan aku dan si Ijah di sana. Kebetulan masa tu Tata pun sdg study di sana. Lepas tu bapa aku pula suruh aku balik sebab mau aku masuk form 6. Plan bapa aku kalau result ok, ambil course pendidikan di U nanti, terus jadi guru gaji 3k!

Tapi mama Ijah lebih pantas bertindak. Dia yang ambil aku di airport, dan terus nda suruh aku balik kampung. Mama Ijah bilang kalau kau mau balik, mak cik nda hantar, kau balik sendiri. Masa tu manalah aku tau apa2 di KK tu. Aku suruh bapa ambil tapi bapa pun nda datang. Nah apalagi, masuklah aku Uitm. Masa tu huru-hara jugalah sebab aku kecewakan bapa aku untuk kali kedua. Masa di sini, mama Ijah selalu jugalah bagi aku duit belanja. Selepas beberapa bulan di Uitm, bapa ku buli terima sudah tapi abis ja pra 1 sem, aku buat hal lagi. Nda sambung study, tapi balik Melaka mau sambung SKM aku. Ni kali, mam Ijah pun kecewa, bapa aku lagilah! Apa punya anaklah aku kan?

Tahun 2004, bulan Mac kalau nda silap aku balik Sabah suda sbb terpaksa quit juga dari kolej sebab bapa nda sain aku punya loan tanda protes dia nda mau aku terus di sana. Huh, masa ni aku betul2 dalam konflik. Aku pun nda tau kenapa aku bgtu degil dan kenapa aku nda buli paksa diri untuk buat apa yg aku nda suka demi bapa aku? Ya, sebaba aku dan bapa memang nda rapat so aku tiada perasaan halus untuk mau berkorban apa saja untuk bapa. Aku memang mau balas jasa dorang tapi aku mau pilih cara aku. Mean aku mau diberi kebebasan mau belajar di mana, mau kerja di mana... So quitlah dengan perasaan penuh dendam pada bapa. Akhirnya sekarang, bapa juga yang banyak bantu aku dari segi kewangan. Kemewahan yang pernah aku rasa dulu ialah titik peluh bapa aku atas nama aku. Tu yang buat aku nda buli terima bila diri tiada pencapaian. Aku mau tebus segala kehampaan yang pernah aku bagi bapa aku.

Tahun 2005, aku jarang contack sama Ijah, mamanya dan kakaknya juga. Aku kawin pada tahun 2006 pun dorang nda datang sebab masa tu pakcik pun sudah pindah jabatan di KK. Masa tu aku dapat tau bahawa dorang banyak krisis. Ijah bagitau. Aku tumpang sedih tapi nda buli buat apa. Oh ya, masa aku bertunang bulan Jan, 2006 mama Ijah ada datang. Dia hadiahkan aku seutas rantai emas dan ini 1st aku ada barang kemas. Ya, aku sangat menghargai pemberian itu. Mama aku sendiri belum pernah belikan aku aku barang kemas sbb mama pun nda biasa pakai. Aku masih rasa bahawa, aku masih anak mama Ijah. Terharu.

So dari tahun itu, aku nda pernah jumpa dorang lagi. Sekali jumpa balik dalam tahun 2008 ka, tu pun jumpa tepi jalan ja.

Tahun 2010, baru aku jumpa dorang balik. Aku call Aming mau sponsor dia ikut satu event Elken. Kalau ngam, aku mau dia jadi bisnes partner aku tapi satu salah faham berlaku selepas itu membuatkan Aming agak terasa hati dengan aku. Aku mengaku mungkin ada silapnya di situ tapi aku nda sangka bahawa hal ni buli jadi sampai bgni.

Skg apa yang aku pasti, ada sedikit perubahan spritual mungkin bukan saja pada Aming tapi mungkin seluruh keluarga. dengan Ijah pun, hubungan kami nda berapa ok. Ni pun pasal dia terasa hati juga dengan aku. Urm, apa yang aku sudah buat ah... Dengan Ijah, aku ada niat mau bantu. Bukan semata2 mau promote produk... Ok, aku terima kalau dorang anggap itu semua kesilapan aku.

Dengan Aming ya salah faham. Mungkin aku agak mendesak sbb aku pun didesak. Ming, kalau kau tau aku lama suda nda aktif Elken kerana salah sorang upline aku berkata sesuatu yang telah menjatuhkan sedikit maruah ku... Tapi mungkin aku lebih tabah sikit so wpun agak terasa hati dengan upline tapi aku nda buat macam yang kau buat sama aku skg. Tapi beza tu sebab antara aku dgn upline hanya rakan bisnes so mungkin bulilah aku buat nda tau ja. Tapi antara kau dgn aku, entahlah macam mana. Aku terkilan sebenarnya. Sangat2 terkilan. Lama sudah aku simpan perasaan terkilan since bila di fb pun dia buat nda kenal ngan aku sampai aku remove dia dengan Ijah sebab aku nda mau perasaan terkilan aku menjalar menjadi perasaan yang nda mau berbaik lagi dengan dorang dua beradik.

Rasa sangat malu dengan kamu semua... Haiya, kalau buli aku nda mau ambil tau lagi pasal kamu tapi aku nda bulih sebab, KAMU BUKAN ORANG LAIN.

P/S:
SESIAPA YANG SEDANG BERGIAT DALAM MLM, DAN PERNAH MENGHADAPI SITUASI MACAM AKU (ANTARA AKU DAN UPLINE), KAMU JANGAN SALAHKAN UPLINE. MUNGKIN DIA TAK SENGAJA. DAN KALAU BOLEH KAMU JANGAN BERHENTI DARI BISNES KAMU. TERUSKAN, KERANA KAMu SENDIRI AKAN RUGI KALAU CABARAN BEGITU BUAT KAMU GAGAL. Aku pun masih berharap untuk teruskan bisnes ni tapi aku sedang tunggu masa yang sesuai.

4 comments:

Aki said...

hehehe.. si Aki tia pernah ada keluarga angkat oh.. sebab kawan2 si Aki semua yang berusia sudah.. umur bapa-bapa.. Trus perangai pun ikut durang.. hahaha.. kawan yang slalu sponsor,bagi duit.. hehehe..

Nani said...

aku ada ja... mana pigi mesti ada hehehe... dasar suka kena angkat.

~ As ~ said...

adehhh mcm sedih pl aku baca kisah mu ni...bagus la ko pegi bertegur balik sama keluarga angkatmu for the sake of mengenang jasa. :-) lupakan sengketa.

Nani said...

Ya apapun aku harus akui dulu bahawa aku memang bersalah. Insya Allah, keluarga angkat hidup susah skg, mana mungkin aku lupakan dorg padahal aku pernah dikongsikan kesenangan dulu.