Saturday 10 September 2011

Esok Bufday Laki Aku

Rasa macam kasar ja bila aku membahasakan suami ku sebagai 'laki aku'.
Tapi kalau aku membahasakan dia sebagai suami aku, formallah pulak.
Ah, apa2 sajalah....

Esok bersamaan 12 Sepetember ialah hari lahir Panjang yang ke 26. Aku tua 2 bulan ja dari dia. Apala sangat 3 bulan tu kalau banding dengan fizikal aku yg memang ketot dan awet muda ni, hihihi....

Seperti tahun2 sebelumnya, acara wajib bila sambut bday takdenye berparti-parti key. Kami nda biasa tu parti-parti segala. Parti politik taulah. Nda kiralah bday aku ka, bday si Panjang ka, kami lebih suka celebrate secara privasi iaitu berdua mahupun bertiga (selepas mempunyai anak). Kami hanya makan kek. Ya kek.... Sebelum ni aku ada simpan koleksi gambar kek kitorg tapi bila dah tukar2 hanpon dan tiada tempat yg tetap mau simpan segala data, semuanya hilang entah ke mana... Hadiah? Sejak kawin rasanya kami nda pernah bagi hadiah bday antara satu sama lain. Bagi aku, dah hidup bersama dia itulah hadiah hari jadi sepanjang hidup aku, selagi aku bahagia menjadi isterinya. Wpun bukanlah 365 hari setahun bahagia, sebab biasalah laki-bini ada ja selisih faham kan... Macam couple lah jugak bah... Korang ni macam nda faham pula...

Bagi aku cukuplah setakat mengingati tarikh tu.... tapi tahun ni aku rasa nak buat lain sikit sebab beberapa bulan yang lepas, Panjang adalah jugak bebel-bebel pasal hadiah bday ni. Aku selalu belikan dia sesuatu pada bukan waktu bday nya so mungkin dia nak merasa aku berikan dia sesuatu semasa hari istimewa dia pulak... Oklah Yang.... Ayang cuba kali ini hehe...

Lagipun, tahun ni dia dah keje so nak bagi dia semangat untuk terus menjadi ketua isi rumah yang bertanggungjawab. Gaji dia taklah banyak mana jika banding laki kau kerja peguam ka, majistret ka tapi tenaga yang dia dah guna untuk dapatkan sesuap nasi itu bukan calang2 dan sebenarnya sangat mahal harganya... Jika majikannya tidak dapat memberi gaji yang setimpal, aku rasa aku sebagai isteri perlulah memberi penghargaan dalam bentuk lain...

 Bersama rakan sekerja. Dari kiri: Panjang dan Najir.

Ini ialah Central Kitchen, BTC Caterer... Diorang panggil CK. Ck ni dah macam stesen bas sebab BTC mempunyai puluhan van, termasuk lori bagi mengangkut peralatan catering. Kira di KK ni BTC merupakan pelopor terbesar industri catering ni, tu pasal kenderaan pun dah ada berpuluh2 kepunyaan syarikat. Syarikat ni kepunyaan En. Kadir Sikandar, berbangsa India (warganegara) tapi kebanyakan manager dia berasal dari India (bukan Malaysia).

"SETIAP REZEKI YANG DIBAWA BALIK OLEH SUAMI KE RUMAH AKAN DIBERI PAHALA SEDEKAH".

Oleh itu, para suami-suami sekalian, janganlah kamu berasa terbeban untuk mencari nafkah untuk keluarga. Allah akan beri ganjaran sedekah yang mana salah satu malan yang boleh dibawa mati selain anak yang soleh dan ilmu yang pernah kamu ajarkan pada orang lain dan sehingga kamu mati ilmu itu masih diamalkan....

Selamat bekerja kepada para suami sekalian....

3 comments:

catherine- said...

happy birthday utk panjang.
untuk nani, kamu isteri yang sgt special :)

tahniah!

A.s.t.i.n.a said...

Entry ini menginsafkan diri...

Sa selalu tertanya2 tentang nilai suami isteri... Sebelum kawen dan selepas kawen... Di mana tiada lagi hadiah.. Cukup ucapan dan mengingati.. Ingin juga lari dari landasan tetapi siren tetap berbunyi di hati...

Sa pernah kecundang dalam perkahwinan pertama... Atas inginkan nilai kehidupan suami isteri itu sa ambil keputuan paling berat dalam hidup sa..

Taraaaa sa sudah jadi iteri semula tetapi sa ambil pendekatan berbeza geng... Faktor pertama, sekarang bukan mcm dulu.. Melalui fb ka sms ka skype ym segala manusia mudah jatuh hati.. Sa selalu bgtau suami sa ( suami sebenarnya lebih hormat penggunaan kata geng, laki ni mcm kasar ja kan: iklan), syaitan selalu menghasut "yang haram itu sedap" maka terjadilah lebih seronok bersama org lain drp isteri.. Pandang isteri, ungkapkan kata cinta, belai isteri.. Anggap kita hanya ada hari ini utk bersama.. ( sa mungkin senang berkata sebab suami sa tu kan sebulan mungkin di laut, seminggu di darat maka byk masa merindu ) eh. Pjg pula kisah benar sa ini. Kalau follower sa ke sini (dulu agak populers juga wkakakaka) mereka baru tau cerita sa ni geng... Taaaa~

Nani said...

rin- thanks... masih jauh utk jadi isteri2 yg betul layak di sisi Allah.

As- kami pernah mengalami krisis baru2 ni, hampir memikirkan untuk berpisah tapi aku masih mahu mencuba selagi ada daya. Alhamdulillah, skg ni lebih aman dan tenang.

Dulu kami mewah tapi nda bahagia, skg ni kami sederhana tapi lebih menyayangi.. Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan jodoh kami.