Wednesday, 2 January 2013

Highlight 2012!

Bah jum kita imbas2 peristiwa penting hidup kita tahun lepas supaya senang kita mau susun balik perjalanan 2013!
Ada orang nda pandai buat azam setiap tahun. Ya aku juga 3 tahun lepas nda pandai buat azam sb bila aku ada azam, lagilah aku rasa xda hala tuju.
Aku dulu ibaratnya sebuah kapal yg terdampar dilautan mengikut sja mana arah angin. Nda memakai layar sendiri di mana mau dituju tp skg nda lagi. Mungkin juga sedikit pengajaran time aku gila MLM dlu sudah mengubah sikit sikap ku dan skrg aku sdh faham apa itu azam!
Azam pntg aku tahun lalu ialah BEBAS DARI HUTANG.
So jom kita cekidaut!
April- * naik gunung Kinabalu sempena anivesary percintaan yg ke9. Memang kngn yg paling manis aku sma laki. Kami sdh melalui bnyk pahit maung bersama dan alhamdulillah kejayaan ini jga kami buat bersama. Wpun penat, sakit lutut tp berbaloi!
* Balik Pitas dan start bisnes kanopi. Sebenarnya start bisnes ni langsung xda dlm plan 2012. Mmg mau buat tp aku rasa masih jauh masanya sb target ku di KK mmg mau duduk lama skit sampai dpt makan gaji yg ok2 skit tp mgkn rzki kami bkn di KK. Alhamdulillah.
Okt- * dpt becuti di Cameron Highland wpun tanpa suami. Sedih jugalah tp happy sb aku blm prnh ke sana lg.
* akhirnya hutang kad kredit ku yang RM7000 tu berjaya aku lunaskan. Skg aku ada hutang hp BB aku ni lagi rm2000++. Kontrak sdh tamat tp masi bertunggak lg. Adoi tp ni bole slowdown. Sapa suruh, tiap kali aku mau byr di cwgn, offline. Yg di Damai tu pun xda sdh sna kiosk nya.
Apalagi ya... Tadi bukan main bnyk aku ingat, sekali lupa sudah.
Oo yg last dan paling happy jgk:
*Loan ASB 50k sudah berjaya! Hooyeh! Nda pyh lagi bapa bising2 ckp aku x pandai simpan duit. Target thn dpn kasi full smp 200k. Insya Allah murah rzki. Ndala risau hari tua ku. Wpun xda pencen tp smpnn tu sudah sedia. Wpun halal-haram ASB sbnrnya masi satu isu namun aku terbaca satu hujah. Dia blg, sesuatu perbuatan haram akan jd halal jika darurat.
Mean, ASB hanya akan harus kalau org yg menyimpan tu btl2 tidak mampu dan jika dia nda berbuat demikian akan memudaratkan hidupnya. So aku memang nda mampu menyimpan melainkan membuat loan. So bagi yg mampu tu, ada baiknya buat pelaburan lain yg lbh sahih kedudukannya. AHB pun not bad cuma kasi lama2 dlu sb apa yg aku tau, AHB tiada buku simpanan macam ASB. So mcm susah skit mau simpan bukti pelaburan kalau tiada buku apatah lagi kalau buat loan. Sama2 kita berdoa semoga Allah tunjukkan kita jalan dan mempermudahkan urusan untuk memperoleh rezeki yang halal. Amin.
Abis....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











1 comment:

Aku MamaGlam said...

Wau hebat! Tahniah! Tu la pentingnya azam dan nekad. Good luck 2013