Wuhuuu!
Memang nda patut. Kerajaan patut mempastikan harga semua brg dan perkhidmatan di negara kita jgn melampau. Apalah maknanya naik gaji kalau brg naik? Takkan itu hanya gimik? Kononnya gaji naik tp keperluan harian kita jg semakin mahal.
Dan kita sbg pengguna jgn hanya akur. Kalau boleh jumpa pengurusan taska, berbincang dgn drg apakah alasan munasabah kenaikan itu. Kalau alasan naik gaji, itu terang2an maksud dorg adalah untuk mengambil kesempatan. Sebolehnya jgn setuju, jika pihak taska bekeras silahlah laporkan kpd pihak berkuasa.
Itu tentang perkhidmatan. Macam mana pula para peniaga kecik2 mcm aku yang mengendalikan kantin yg biasa2 ini?
Sebelum mula berniaga dlm kepala sdh set x mau smpn harga mknnn mahal2.
Modal aku beli peralatan kantin dan bahan masak hampir 7k, kurang pasti sama ada dlm setahun aku boleh dapat modal balik atau nda tp mmg itulah harga yg ringan dihati.
Pagi tadi budak2 dtg beli mee goreng bungkus. Ada yg bagi duit 30 sen, 40 sen. Harga mee 50sen. Aku ambik ja brp duit drg ada dan sukat kuantiti mee yg pdn dgn duitnya. Aku cerita dgn sorg cikgu, cikgu tu ckp, jgn jual bwh 50sen nti rugi. Hm, aku diam ja. Biarlah cikgu, budak2. Seronok dpt bantu drg. Bukan semua budak mampu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment