Al kisahnya si Lando dan si Angai ni begini.
Dorang ni kenal masa selection kelab bola sepak di Kudat yg dinamakan Kudat Viking dibawah pimpinan coach Harald Vinnes dari Norway yang telah dilantik oleh SAFA untuk menubuhkan club masuk Liga Malaysia 2014. Psl club ni sudah jg aku cerita hari tu tp kita flash back skitla.
Sebulan lebih dorang sama-sama training di Kudat lalu terjalinlah ikatan persahabatan antara dorang ni.
Budak kulit gelap tu, Si Angai dari Kudat. Budak ni dulu reserve leage Sabah tapi biasalah, pemain bola Sabah nda ke mana so bertempiaranlah dorang tiada arah bila nda diperlukan lagi. Budak ni sungguh berbakat. Pernah juga dipinjam main dalam Liga dulu. Pernah bermain lawan pasukan Safik Rahim dan Aidil Zaquan. Angai sebaya dgn Safik dan Aidil.
Lando pula berasal dari Kota Marudu. Baru masuk 19 thn. Dia ni anak bongsu dari 10 beradik kalau nda silap. Mamanya meninggal sejak dia masi di sekolah rendah. Dia ni baru berjinak dalam bermain bola sepak tapi memang nampak bakatnya. Untunglah muda2 lg dpt peluang begini sudah. Mudah2an Kudat Viking jadi masuk liga tahun depan dan drg terpilih menjadi pemain kesebelasan.
Ku sambung semula.
Dalam pasukan tu, 2 urang ni la suka dan sanggup ikut Panjang balik Pitas dari bulan 12 tu selepas training dorang dihentikan sebab tiada peruntukan. Coach masi mengatur sponsor dorang sampai sekarang.
Angai anak ke4. Tanpa disuruh, pagi kemarin dia nda ikut turun ke kantin (secara automatik drg jadi pembantu kantin) sebab dia kasi baik tangga rumah mama. Petang tadi pun, si Angai nda ikut turun pekan, mungkin malas.
Berlainan dengan si Lando. Apa ja si Panjang buat dia nda mau tinggal. Smlm kami tidur di kantin sebab malas mau jalan subuh2 dari rumah mama walaupun dekat, ikut juga dia. Sanggup bawa kelambu dan tikar asal saja dia nda tinggal dengan si Panjang. Hahaha, rasa macam anak bongsu kami pula. Pi mana ja pun nda mau tinggal.
Mentua ku cakap, kamu ni macam kami masa muda. Budak2 suka tinggal dengan kami bilangnya. Tapi kami lagi ranggilah sebab dorang dari daerah lain sanggup datang dari jauh pigi sama kami. Aku suka jugalah, nda juga sunyi rumah walaupun privasi kami di rumah terpaksa berkurangan. Lagipun, dorang ni walaupun suka bangun lambat tp rajin tlg kami buat kerja.
Bapa ada cakap hari tu, kenapa kamu mau pelihara kebudakan tu. Ya Allah, sedih aku dengar bapa cakap gitu. Tetamu tu pa. Harus dimuliakan. Pembawa rezeki. Walaupun kami juga kais pagi makan pagi tp syukurlah dpt juga share rezeki sma org lain wpun sedikit. Aku nda kisah pun. Biarlah berapa lama drg mau tinggal sama kami, asal saja berperangai baik.
Rasulullah sendiri sangat menganjurkan umatnya memuliakan tamu.
Betul, nda rugi kita pelihara orang selagi nda menyusahkan/membuat masalah dengan kita. Insya Allah murah rezeki. Macamlah kantin ni, aku nda sangka pun buli dapat. Hajat mau buka warung, dipermudahkan Allah terus dapat kantin ni. Bulilah belajar handle berniaga makanan sebelum memulakan perniagaan di premis sendiri. Dengan pendapatan kantin nanti, bulilah aku simpan utk buat warung nanti spya kalau tamat tempoh kantin kami, boleh pindah terus dan sambung di warung pula. Insya Allah.
Sedekah itu dalam pelbagai bentuk. Ikhlaskan hati kerana Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment