Wednesday 24 October 2012

Yang Aku Heran Tentang Hal Kekeluargaan

Sejak kawin aku memang selalu mengalami konflik terpencil tentang silaturahim keluarga. Pertembungan budaya antara aku dan suami. Kami sangat berbeza sebenarnya dan seboleh aku kena mengikut cara dorang dan kalau boleh juga aku meninggalkan terus cara ku.

Keluarga suami mempunyai budaya yang dari luaran nampak erat, mesra dan meriah. Yes! Kalau ada majlis kahwin atau kenduri dorang paling manang. Kecoh sekampung. Best jugalah, sepupu-sepapat sangat rajin dan pandai pulak di dapur tapi aku nda pandai sesuaikan diri dengan kekecohan atau kemeriahan yang tercetus!

But at the other side bilang urang putih sesat, ada kepincangan juga sebenarnya. Urm susahlah aku mau hurai di sini. Hal dalam kelambu.

Kami pula, oleh kerana aku merupakan anak mualaf, maka lebih ramai keluarga yang bukan Islam (Kristian). Kemeriahan apa juga aktiviti tidaklah terasa sangat kerana bilangan kami yang beragama Islam sangat sedikit. Kalau ada kenduri pun kami jenis yang slow motion ja so nda heranlah kenapa aku susah menyesuaikan diri dengan kekecohan.

Yang adakalanya buat aku tertekan, setiap aktiviti keluarga suami harus dihadiri, jika tidak, rasa seperti ada pemarkahan de merit. Aiyo! Aku pula jenis yang pendiam so rasa macam susah masuk kod dikalangan ipar-duai yang lain tapi tidaklah kritikal sangat tapi hal-hal dapur aku ni malas sikit. Hehe.

Oklah, dipendekkan cerita (macam makin berbelit sebelum sampai ke isi penting), aku harap family suami faham kalau aku nda dapat hadir semua acara tidak kira penting atau tidak. Janganlah itu dijadikan ukuran dan disalah ertikan bahawa aku ni ahli keluarga yang baik atau tidak. Dorang harus faham latar belakang aku.

Maksudnya, aku tidak dibesarkan dalam suasana yang tiap minggu ada kenduri, ramai sepupu, kecoh dan meriah. Aku harap dorang faham kalau aku nda mau ikut serta. Walaupun sudah 6 tahun aku dalam family baru namun budaya itu masih tidak sebati dalam diri aku.

Kehadiran dalam acara bukan ukuran pada silaturahim. Kalau hanya bertegur sapa diketika kenduri-kendara dan dihari2 biasa tidak, sama juga ceritanya.

Aku dengan keluarga bukan Islam di kampung walaupun jarang jumpa, tapi bila aku balik kampung aku rasakan silaturahim lebih erat berbanding family aku yang balik2 jumpa di kenduri. Aku akan jemput macik-macik datang rumah, minum petang bersama, bersembang dan gelak tawa bersama. Ya, mak2 sedara aku sebelah mama memang spoting.

Beza dengan senario keluarga Islam ku. Kami selalu bekerjasama dalam kenduri kahwin, kesyukuran, doa selamat mahupun kematian tapi sebenarnya ada gunting dalam selimut. Kepura-puraan bila berdepan, di belakang macam-macam sangkaan.

Letih untuk memaksa diri mengikut budaya yang baru dalam hidup kita. Tidak diikut, kecil hati bagai. Sebab itulah aku tidak mimpi mau jadi isteri kerabat Diraja, menteri dan apa juga jenis VIP.

Aku nda suka hidup yang ada protokol. Aku mau jalani hidup dengan cara sendiri. Aku tidak suka dinilai, bersaing dan berpura-pura.

setelah panjang lebar celoteh ku, sebenarnya aku mau cakap, raya haji tahun ni aku mau sambut bersama family ku. Suami biar sambut dengan familynya. Suami juga ada masalh untuk menyesuaikan diri dengan family ku atas sebab title diri.

Dan aku harap my mertua nda payah mau sangka bukan-bukan. Aku bukan benci dorang tapi biarlah aku memilih apa yang aku suka dan selesa. Dorang ni sensitif dan menjadi satu tekanan sama aku untuk memenuhi keinginan dorang. Berilah kebebasan tanpa prasangka. Aku tau aku manusia yang banyak kelemahan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

nani besa la tu...bkn ko ja rasa bgtu...1st aku dlu pn bgtu...mcm2 feeling ada...semua x sm mcm apa yg d hrp kn...nasib jg aku krja buli hidup sndiri d kk...jauh dr famili side asben...jd rasa yg x sdp2 tu jrg2 ko rasa....bila jauh2 wangi ja...klu dkt2 besa kna cium bau taik...b4 kawin aku mmg tgl sndiri semua nya sda lngkp...laki aku tgl cuci kaki masuk rmh sewa..7 thn kawin baru la laki beli kn rmh...sng hati aku...bila ada rmh sndiri laki rasa lbi komited dgn bini n anak2 nya...tp aku pn byk jg main peranan spy ipar2 nda berani mo kuntrul life kami...hihiks....main peranan lembut2 tp tegas...hihi