Wednesday 24 October 2012

Cawangan BSN Paling Ekstrem di Malaysia!

Kenapa aku gelarkan ekstrem, sebab berbau kurang menyenangkan dan lantai yang sentiasa kotor.

Kita faham kebanyakan yang berurusan di sini ialah orang kampung yang jalanrayanya bukan aspal, kalau bukan pasir melekat ditapak kasut, lumpur sudah tentunya.

Bau badan manusia yang meredah hujan panas menyebabkan perpeluhan menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan.

Aku kurang pasti jika jadual pembersihan bank ini tidak boleh dilakukan dengan kerap tapi aku rasa patut dikerapkan kerana keadaan ini agak memalukan.

Aku kalau tiada urusan penting di sini, memang nda sanggup masuk. Hilang keselesaan.

Untuk pengetahuan, bank ini sentiasa sibuk kerana satu-satunya bank yang mesra rakyat untuk daerah Kota Marudu dan Pitas. Namun kalau boleh, tingkatkan lagi kebersihan. Ini bank bukan pasar.

Sekian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: