Sunday 28 October 2012

Cinta Atau Duit?

Mari kita menulis tentang lelaki pula kali ini. Lelaki yang sudah menjadi suami.

Aku mulakan dengan tajuk Cinta Atau Duit.

Kamu rasa-rasa ada lagikah lelaki di dunia ini yang perfect? Mean, bukanlah dia ada keajaiban macam cerita dongeng yang mana-mana part dalam dirinya tiada point untuk dikomplen oleh orang lain.

Perfect pada syarat-syarat wajib saja. Urm, tak paham? Ok, direct to the point.

Secara umum pada mata dan fikiran ku, suami hanya ada dua jenis yang berlambak di dunia ni.
1. Suami yang mempunyai kerjaya dan kewangan stabil, mampu membiayai keluarga walau tanpa bantuan isteri. Tidaklah kaya-raya tapi 'mampu'. Dapat? Tapi walaupun mampu membuat isteri hanya mengangkang di rumah dan menghabiskan duit suami namun lelaki ni jenis suami yang payah lekat di rumah dan lagi parah kalau suka berpoya-poya di luar dan sering mengabaikan anak isteri. Hooooh! Penyakit! Penyakit!

2. Jenis kedua. Lelaki yang setia, penyayang, sayang bini, selalu ada masa untuk bini tapiiiiiiiii tidak mampu membuat bini hanya mengangkang dan menghabiskan duit suami.

3. Lelaki yang mampu menyara anak isteri dan mampu juga menyayangi keluarga sepenuh hati.

4. Lelaki yang sudahlah malas bekerja, pukul bini, kaki botol dan kaki perempuan. Yang ni kategori paling jahanam dunia akhirat (kecuali sempat bertaubat sebelum mati).

Percaya atau nda 4 kategori lelaki di atas menurut mata dan fikiran ku, adalah senario biasa dalam rumahtangga dari dulu hingga kini.

Apakah saranan kamu jika berjumpa wanita yang mengadu kategori 1,2 dan 4. Yang manakah kamu suruh bertahan dan yang manakah kamu suruh tuntut cerai secepat mungkin? Sudah tentu yang no4 suruh minta cerai teruskan?

Tapi bagi kes 1 dan 2 macam mana?

Aku pernah tanya beberapa kawan yang mengalami masalah 1, katanya lebih baik dapat yang no2. Duit tak penting, kasih sayang, kesetiaan dan cinta lebih penting.

Pada fikiran ku pula, no.1 lebih baik daripada no.2. Walah..... Kompius! Kompius!

Betulkah tidak mengapa tanpa duit asalkan dapat cinta?

Betulkah tidak mengapa tanpa cinta asalkan ada duit?

Ada pula pendapat, keduanya harus ada barulah hati perempuan dapat menerimanya.

Soalnya di sini, berapa saja wanita yang bertuah dapat kes no.3 di Malaysia ni?

Ada satu kes. Pengalaman kawan aku sendiri. Beliau bekerja tapi suami suruh berhenti kerana sunyi di rumah dan suami mampu tanggung. Kerana tidak mau derhaka maka dengan penuh taat siisteri meninggalkan kerjaya demi keluarga tercinta. Selepas berhenti kerja suami buat perangai. Jadi kaki karaoke dan simpan kekasih gelap sini-sana. Isteri diabaikan di rumah, namun begitu bekalan duit sentiasa cukup. Kawan tertekan dan kata, aku bukan mau duit! Aku mau kasih-sayang suami! So?

Yang satu kes lagi, suami penyayang, setia tapi malas berusaha untuk cari duit lebih. Isteri menanggung segala perbelanjaan rumah termasuk suami itu sendiri. Maka, dia pun berkata, apa ertinya cinta jika nafkah keluarga diabaikan. Biarlah kurg cinta asalkan cukup makan dan pakai...

Mean, kebanyakan responden mau pilih kes no.3 ya itu suami berduit dan penyayang tapi macam aku kata tadi tidak ramai kot yang bertuah dapat suami sempurna begitu.

Kebanyakannya harus memilih sma ada no.1 atau no.2 punya kes.

Aku sudah lama fikir hal ni. Kita mendengar masalah rumahtangga rakan-rakan kita bukan untuk dicanang ke sana ke mari tapi ambillah iktibar dan belajar darinya.

Pesanan ku, kalau susah-susah sangat, tinggalkan saja lelaki bodoh macam tu.

Urm, ingat cerai senangkah? Lagi pening kepala fikir banyak prosedur. So?

Aku tunggu jawapan korang pulak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Aku MamaGlam said...

kalau aku, aku lebih suka lelaki yg sederhana. tak susah, tak juga senang. mcm sekarang ni, walaupun kami tidakla ada rumah yg besar, kereta besar, hidup senang mcm org lain, walaupun mampu bagi segala kemewahan, tapi kalau kurang kasih sayang, rumah tu macam tiada erti. ikatan kasih syg dan kekeluargaan tu tiada.

ada ka ko jumpa kes yg begini, nani? lelaki yg mampu bagi kasih syg dan mampu menyara keluarganya tetapi tidak mahu terlalu memanjakan anak bininya dgn kemampuan yg blh dibagi demi menjaga keharmonian sesebuah keluarga.

walaupun mampu tapi xcukup kasih syg, keluarga akan hambar. tak mampu tapi cukup kasih syg, keluarga insya Allah harmoni dan saling lebih mensyukuri dan saling melindungi JIKA pegangan agama selari sama2 dgn kasih syg tu..

zaman sekarang mmg duit lebih penting dr segala-galanya. boleh buat kita dan keluarga gembira sbb blh guna duit pigi jln2, mkn2, etc. tp zaman sekarang ni, org cari duit sampai lupa keluarga.

aku pernah bjumpa dgn org yg pentingkan kemewahan dan sibuk mencari nafkah utk tanggung anaknya belajar tmpt yg 1st class, mkn hotel selalu. demi mo buat hati anak dan bini hepi sbb dpt mkn mewah, pakai mewah, kemudahan mewah, pelajaran hebat, tidak mcm org lain. bangga dgn apa yg ada.. tapi syg tidak merasa apa nilai sebenar kasih syg. sbb dah dibiasakan kasih syg = kemewahan. lelaki yg mampu = kaya..

(Ya Allah pjg pula komen ku kan)..

bagi aku, biarlah seseorang lelaki, suami dan ayah itu mampu beri kasih syg lebih drp kemewahan mengikut kemampuannya. lbh baik bersederhana. sbb bila kita ni berada ditengah2 diantara mampu dan x mampu, lg tenang fikiran. sbb tuhan sentiasa akan uji kita dan akan tarik sesuatu milik kita bila Dia memberikan sesuatu kpd kita.

contohnya, bg kemampuan tapi keluarga terabai, kurang kasih sayang. tiadak mampu beri kemewahan kepada keluarga tapi isi rumah penuh dgn kasih syg dan kebahagiaan. masa ni la mcm2 tekanan yg dtg kita rasai. byk duit tiba2 jatuh susah. dulu tak mampu, tiba2 dpt durian runtuh.

jd pilih la sederhana. insya Allah, tak susah, tak juga senang.. jd para suami tu, cubalah menadi suami yg sederhana.. tak salah mampu tp jgn lupa kasih syg.. sama penting..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Dlm sebuah prkahwinan mmg byk rintangan dan mslh nya...wlu duit byk pn tidak semesti nya hidup tu tnpa mslh...cuma mslh tu ber beza2 dan yg pnting kna bijak handle tu mslh...jgn kc tmbh mslh yg sedia ada...klu sda brusaha tatap jgk dpt laki yg jahat maka jgn la biar kn diri jd mngsa selama2 nya..tp laki ni sng saja mo jaga..my laki yg ckp la...hihi...