Tuesday 23 October 2012

Makan Gaji atau Surirumah?

Kalau kita mengupas perihal kehidupan satu-persatu, cinta, rumahtangga, anak-anak, keluarga, kawan-kawan, jiran, kewanitaan, kecantikan, kesihatan dan macam-macam lagi memang sampai mati nda akan ada penamatnya.

Tapi dalam hidup ni banyak konflik, masalah, tekanan, kekeliruan, persoalan dan berbagai lagi. Disanalah kita perlu untuk menrungkai satu-persatu agar dapat apa yang diingini sebagai panduan dalam setiap tindakan kita.

Soal kewanitaan aku suka ke jumiesamsudin.blogspot.com. Ya penulis seorang staf USM, berbadan besar, hitam manis, asal Penang, kelakar orangnya dan seorang wanita yang sangat positif dan yakin diri walaupun saiz badan tidaklah seramping Rozita Che Wan!

Baru2 ni topik beliau ialah 'siapa kita wanita' dan menyentuh sedikit tentang wanita berkerjaya dan wanita yang hanya menumpang rezeki suami.

Mesej sebenar entry itu ialah, wanita harus berdikari, kalau suami mampu tanggung tak bole enjoy saja tanpa memikirkan masa depan. Kelak tiba-tiba suami sakit, mati atau kawen balik apakah persediaan kita? Cuma yang macam kurang sedap ada unsur over confident bahawa bila wanita ada kerjaya, apa mau takut suami kawen lain!

Aha! Skg mmg bole cakap begitu tapi kalau betul suami kawen haruslah menangis darah sehari dua, ya dak?

Bagi yang bercadang dan sedang menyandang jawatan surirumah sepenuh masa, agak seram membaca entry ini bila beberapa risiko kehidupan dinyatakan dengan bunyi yang agak kritikal. Ya, terasa gue!

Tapi bagi aku yang berlagak presiden persatuan suri-surirumah seMalaysia ni, jangan gentar kak! Kuatkan semangat untuk terus berkhidmat untuk rumahtangga seikhlas hati.

Soal cerai, sakit dan mati urusan Tuhan yang perlu kita jalankan peranan kita sebagai ibu dan isteri. Malas kadang2 tu nda apalah. Kita bukan robot yang harus merajinkan diri 24jam sehari.

Tapi menjadi seorang surirumah juga perlu ada ilmu asas. Yang paling penting pandai buka pesbuk! .......................... Eh, silap.

Pesbuk boleh untuk kita mengetahui isu semasa dunia tapi jangan gunakan untuk menunjukkan perfect life kita yang mungkin hanya diluaran. Gunakanlah pesbuk untuk mengenali rakan-rakan baru dan terus berhubung dengan rakan-rakan lama. Jangan guna untuk menunjuk, cari gaduh apatah lagi. Jangan mengundang kedengkian rakan-rakan. Biar berlagak humble walaupun di alam maya. Kamu pun tau pesbuk tu macam-macam gaya manusia. Berlumba dan bersaing mau tunjuk pada dunia hidup siapa lebih baik, lebih romantis dan bahagia. Ah! Ada aku kesah?

Setakat pengalaman ku jadi surirumah ni, adalah tips yang nda seberapa aku bulih bagi. Silakan.

1. Sebelum ambil keputusan untuk jadi surirumah adalah lebih baik mempunyai pengalaman kerja paling kurang 3 tahun. Lebih lagi baik. Kalau yang sejak bujang sudah kerja, untunglah.

2. Jangan lost contack dengan bekas majikan. Nda kiralah dengan bos mahupun rakan-rakan sejawat, tukang air dan tukang sapu. Lawat opis lama selalu dan kekalkan hubungan baik. Dihari2 perayaan jemputlah satu opis datang rumah, raikan dorang. Manalah tau tiba2 kita menjanda, bolelah minta simpati untuk diambil kerja semula. Boleh gitu? Apapon boleh. Sila postifkan minda.

3. Jika suami bagi duit belanja rumah jangan joli semuanya. Anggap itu gaji dan buat simpanan tiap bulan. Yang si Jumie geram tu, duit yang suami bagi bulat2 dihabiskan untuk enjoy saja.

4. Cari-cari peluang bisnes kecil2an. Timba pengalaman dan sebagai pembuka minda. Anak, anak juga tapi kita kenalah tambahkan ilmu juga. Kalau suami mmg kaya raya, bukalah perniagaan salun ka, restoran ka, dan apa sajalah yang sesuai.

5. Oklah, aku pun baru setahun jagung itu sajalah tips yang ada. Hampeh tak? Hampeh tak? Hehe. Aku harap 4 tips keramat tu berguna barulah si Jumie respek kita sebagai surirumah yang 'berisi'. Kan best, disamping hanya mengangkang di rumah dalam diam kita juga ada persediaan untuk hari esok.

Untuk tidak mencemarkan nama baik surirumah, laksanakanlah tugas kita di rumah sebaik mungkin. Aku pun nda perfect dalam soal ni tapi usaha tu yang penting. Ada masa suami tegur juga bila aku lebih melayan bb daripada masak pada waktunya. Kan? Hahaha. Surirumah moden biasalah, sibuk bbm, sibuk fb, sibuk whatsapp, sibuk blogging. Penting tu!

Ok tips tambahan bila jadi surirumah, sila jaga kecantikan. Tiada salahnya kita labur duit suami sebanyak RM2500 beli sepasang lingerie pembentuk tubuh. Juga tiada salahnya mengamalkan jamu2 kasi sempit lubang faraj untuk kebahagian suami sendiri.

Surirumah zaman sekarang bukan lagi surirumah macam zaman dulu. Sepatutnya surirumah zaman sekarang setaraf dengan wanita berkerjaya dan sepatutnya lagi bergaya dan indah hidupnya.

Soal risiko kawin lain, mati dan sakit... Macam aku cakap tadi itu semua urusan Allah. Wanita yang tetap didalam rumah mendidik anak, menjaga kehormatan diri dan ikhlas berbakti pada suami (pk kos seks paling utama) adalah wanita yang semulia-mulia di sisi Allah. Jangan takut pada risiko itu. 4 tips di atas insya Allah boleh membuka jalan dengan izin Allah andai tiba masa kita diuji dengan risiko tersebut.

Kita yakin dengan kuasa Allah, kalau kita ikhlas mau jaga keluarga, pedulikan persepsi duniawi pada kita. Kita hidup untuk akhirat bukan dunia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

yes....aku suka...setuju sgtttt...mo clap2 hand....hihi....hidup brrumahtangga ni...mcm main lyg2...pegang tali jgn lps...x bole kuat tarik nnt putus jg...ikut arah angin jgn lwn angin...pjg lbr mo ckp...hihi

Nani said...

Pembetulan: jumiesamsudin.com

Qaseeh: thanks! Ramai wanita mau jd surirumah tp takut! Zmn skg mmg menakutkan tp klu btl naluri drg mau jd srt, itulah sedikit panduan yg buli diikut.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

ya...aku pn mau bgtu...malas bh mo keraja...pagi2 kepoh2 bgn lari sna cni urus anak2...baru anak 2 urg...prob teda urg jaga anak slalu big prob utk pompuan yg krja...tp bila x krja teda duit...lain la klu laki ku sultan brunei....tamahak kn aku...tp zmn skrg kta misti jd pompuan materialistik...misti ada...teda duit mo kc mkn apa anak2...teda duit mo kc skulah anak2 pn ssh...peribahasa ulat dlm batu pn buli idup langsung tidak logik...ulat ndak mkn nasi...ulat x pyh skulah...kannnnn.....maka terkurban la aku sebagai pompuan yg misti kluar berkerja utk keselesaan hidup...misti selesa...ndak mo cukup2 mkn....hihi...itu aku la....lg pn aku ada parents yg mo jg d kc hulur2...beli2 itu ini...wlu dia urg ndak mngharap...tp dlm hati dia urg mngharap tu....hihi

Nani said...

sbnrnya terpulang pada situasi bah juga untuk kita mau memilih jadi surirumah atau makan gaji. bukan semua situasi sesuai.