Wednesday 4 July 2012

Wedding 29/Jun Part ii

Setelah bertungkus-lumus bertarung dengan ke'slow'an line sejak kemarin, akhirnya berjaya juga aku update tentang wedding2 nih. Payahnya tapi aku gigih juga mau update sebab nda sabar mau share dengan semua.

TERIMALAH....

Saja letak balik pic ni walaupun sudah disiarkan di keluaran yang lalu..

Sekali lagi agar kamu teringat-ingat haha...

Kak Supiah ialah pelanggan bertuah pada pertama kalinya ambil full pakej (kanopi+pelamin) dari company i yang belom daftar ni Puteri Canopy & Bridal dengan tema biru. Kak Piah seorang guru dan memang amat menggemari warna ini.

Suasana sebelum majlis bermula.

Kasi detail skit pandangan di dalam kanopi. Reben kerusi tu sepatutnya 2m tapi bila ikat baru perasan rupanya pendek tu sebab ekor dia bantut. Sensitif sikit dengan perkataan 'bantut' ni. Tukang jahit aku (jiran sebelah rumah) ukur 2m pakai tangan so mungkin ada kesilapan di situ. Lain kali pakai kayu kak..


Sejuk mata memandang. Walaupun ada diantara komen mengatakan pelamin ini pucat, bagi aku yang berfikiran moden ni, ok pun color ni. Garang sgt kampunganlah. Taste masing2lah kan.. Tahniah Kak Piah, aku sokong pilihan kakak.

Cuma aku kurang setuju bila gerbang ini diletakkan di sisi kanopi tapi bukan di hujung (tempat tetamu masuk). Agak tidak protokol sedikit tapi tuan rumah sudah atur begini, aku ikut sajalah. Gerbang ni menghadap tangga serambi rumah (kaki lima) tempat pengantin turun dari rumah.

Maaf, kabur mungkin sebab flash kamera sudah berlanggar-langgaran tu pasal jadi kabur. Kesain kamera Samsung aku yang bukan dslr kena baham oleh kamera2 Canon yang muncung panjang-panjang tu.


Tu dia seri pengantin yang nda biasa pakai mekap. Sangat manis.

Baju tradisi suku kaum Sungai (Pitas). 


Acara memotong pulut kuning... Majoriti ahli keluarga dan tetamu mengenakan baju berwarna biru sempena warna tema pilihan pengantin.

 Kami sekeluarga.....

Kali ni selamat. Nda payah beli baju baru sebab aku memang berlambak kurung biru. Baju ni dibuat time adik aku kawin April 2010. Jimat duit aku kali ni hehe. Tudung pun recycle ja. Kalau kamu check balik entry2 lepas, aku rasa tudung ni sudah beberapa kali disiarkan..

Dari gambar atas tu hinggalah gambar-gambar solo aku di bawah ni ditangkap oleh anak aku Nadia so jangan heran kalau ada pose melampau di bawah tu nanti haha....

Nasib baik elok ja muka aku kekekek....

Tengok jam tu, 10.29 malam. Di sini acara di majlis kahwin berlangsung hingga jam2 subuh kata ko! Kalau yang nda biasa tu memang akan terkejut pengantin bersanding dari siang hingga ke subuh. Ya memang itulah budaya di sini. Acara kahwin-kahwin memang meriah.


Jangan ambil hati ya, pose ni untuk kanak-kanak bawah umur sahaja hihihi...

Nah, baru sedar perangai kau terlebih sudah..

Cakkk !!!

Haruslah kek juga berwarna biru !

Tiang kek, ko ada?

Baju tema untuk potong kek... Haruslah biru juga...

Malam tu kebanyakan dari kitorang pakai biru jenis ni. Macam hijau, dia juga. Siapa tau ni biru apa?

Jurufoto sudah moody. Jom balik!

 Majlis malam tu turut dirakam oleh RTM Sabah tapi bila dia mau kasi siar nda tau pulak. Kami belum diberi maklumat. Akhir kata, senang hati ku dapat menjadi sebahagian daripada hari bahagia orang. Terima kasih kepada Supiah dan Alif kerana bagi kami kepercayaan untuk memberi perkhidmatan ini di hari bahagia dorang. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah. *Ayat berulang...

2 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

congrats nani........akhirnya brmula sda life mu as a bisneswoman......gud luck.....

itu nama nya turqoise blue......

Nani said...

terima kasih bnyk kak. ya semoga inilah life yg aku maukan selama ini. hrp2 nda salah lagi, klu buli tingu depan, jalan terus ja ni nda mau toleh2, singgah2 lagi... bertahun sudah aku mencari life baru baru skg aku rasa aku sdh dpt. Insya Allah.