Monday 16 July 2012

Sempit Sikit Bulan Ini

Nda ramai rasanya blogger yang akan share cerita hidup yang tahap sampai begini. Kebanyakan blogger akan share benda-benda yang bila kita baca kita rasa betapa perfectnya hidup dorang dan itu juga salah satu sebab dorang akan dapat ramai follower sebab cerita hidup drg memang fun sentiasa... Yalah, aku sendiri rasa bila baca blog2 yang macam tu, aku sendiri seolah2 berada diawangan yang aku juga hidup perfect macam dorang. Lagipun aku ni memang suka berangan haha...

Tapi sekarang bukan masa berangan tapi masa untuk menjadikan angan-angan itu satu kenyataan. Bukan senang mau dapat apa yang kita mau. Betullah kata orang kerja keras tu perlu. Kalau kita tengok orang-orang kaya yang bisnes tu, life dorang macam semudah petik jari ja kan? Petik saja kita nampak dorang ada rumah banglo. Petik saja, kereta biasa bertukar kereta mewah. Hmm, mudah sangat dimata kita tapi usaha dan kepayahan itu dorang saja yang tau macam mana dan begitulah juga apa yang aku alami sekarang sebagai seorang peniaga yang belum setahun jagung pun, baru mau tumbuh ni. 

Sekarang ni, kami ibarat kais pagi makan pagi. Ada tempahan ada duit, tiada tempahan tiada duit sebab kami suami isteri full time buat kerja ni, tiada gaji bulanan yang ditunggu2. Si Panjang selalu cakap mau kerja sini, mau kerja sana tapi aku sudah tetapkan matlamat untuk dia. Tiada lagi istilah makan gaji untuk kami berdua, melainkan rezeki tiba-tiba datang dan salah seorang dari kami dapat tawaran kerja kerajaan, tu mungkin bulih dipertimbangkan tapi kalau kata kami berharap begitu memang ndalah. Bukan aku kata kerja tetap ni nda bagus tapi jiwa aku tu bukan disitu sebab aku memang malas buat kerja orang.
Ya betul. Time aku kerja di Lembaga Pertubuhan Peladang dulu pun, kerja aku update blog memanjang sampai bos sound hihi.. Teringat buku The Magic Of Thinking Big mengatakan seseorang takkan maju dalam pekerjaan yang tidak disukainya dan penulis menyarankan agar setiap individu mengenalpasti apa bidang yang diminati dan berusahan supaya bekerja di situ agar potensi untuk dia berjaya lebih tinggi. 

Penulis juga menceritakan pengalaman rakannya sendiri bernama Dan yang berbakat dalam bidang kewartawanan tetapi bekerja sebagai penolong pengarah di syarikat elektronik kerana menganggap bidang kewartanan tidak boleh menghasilkan duit yang banyak. Dan kata "gaji saya memang lumayan, tempat kerja menyeronokkan, jaminan hidup pun ada tapi entah mengapa saya tidak sukakan pekerjaan itu. Alangkah baiknya kalau saya jadi penerbit atau membuka syarikat akhbar selepas tamat pengajian dulu..."

Penulis berkata "Sikap Dan mencerminkan rasa bosannya dan dia menunjukkan sikap sinis pada banyak perkara. Dengan sikapnya begitu sukar baginya mencapai kejayaan besar selagi dia tidak berhenti kerja dan kembali bergiat dalam bidang kewartawanan. Hal ini kerana kejayaan memerlukan usaha tanpa mengenal penat lelah dan kita hanya bersedia berbuat demikian apabila kita benar2 meminati perkara yang kita lakukan" (buku ini sudah diterjemahkan dalam bahasa Melayu).

So, samalah macam aku dulu. Bila laporan banyak aku merungut, buat nda padul dan stress sendiri sebab aku rasa terpaksa buat kerja tu hanya semata-mata inginkan jaminan kewangan. Berbeza dengan sekarang, cabaran bertimpa-timpa tidak sedikit pun menjejaskan usaha aku untuk meneruskan bisnes aku walaupun pulangan masi ditahap kais pagi makan pagi. 

Dan kemarin, rakan seuniversiti aku dulu Sanisah @ Nisa tapi difacebook dia taip namanya sebagai Niesha, hah lebih glamer gitu (aku di U setakat Pra saja, kamu jangan salah faham aku ni lulusan ijazah pula hehehe) contack aku dan menanyakan pasal peluang bisnes. Dia kerja kerajaan sekarang tapi jawatannya hanya taraf SPM bukan Diploma seperti yang dia layak. Dia kata, dia pun nda tahan makan gaji dan teringin buat macam aku. Dia masih bujang. So aku bagi dia beberapa idea sebab dia bilang aku tiada otak bisnes macam kau so aku nda tau apa peluang yang sesuai untuk aku bermula... Hm, yakah aku ni otak bisnes? Aku rasa aku bukan otak bisnes sangat pun tapi keinginan aku yang berbeza dari orang kebanyakan yang mendorong dan membuka minda untuk berniaga.
Aku tanya balik apa bisnes yang dia suka, dia bilang apa-apa pun boleh tapi dia mau cari sesuatu yang boleh dilakukan secara sampingan dulu. Oleh kerana dia minat mekap so aku cadangkan dia ambil kelas mekap sebagai ilmu asas kemudian start secara slow down. Cikgu mekap aku cakap "asalkan kau sudah mula, pasaran akan terbuka dengan sendirinya yang penting kau buat beberapa strategi pemasaran yang simple. Contoh, kau praktis mekap orang, pastu kalau jadi upload dalam facebook tunggu orang like dan komen. Kalau ada yang suka insya Allah adalah yang mau jadi pelanggan kau". ( Aku ada entry lain pasal mekap, tunggu ya...) 

Dan berbalik pada cerita asal tadi, kerana masih ada bayaran tempahan lalu yang belum dibuat maka agaknya sepi ramadhan dan raya kali ni. Sudah buang duit prepare untuk wedding tiba-tiba tiada payment, sabarlah. Kereta aku pun sudah expired roadtaxnya, sabar sajalah. Pendek kata ikat perutlah macam ni, sabar sajalah.... Untuk permulaan ni SABAR SAJALAH.... Kekekekek!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sabar bh ko ya....aku phm tu ko pnya prob....tp ko salute la jgk ko nie...kuat semangat x prna putus asa pn....terus kn saja apa yg sdg ko bt ni...bisnes mmg bgtu....even cina bisnes on bgtu....mula2 rugi2...lama2 untung2....yg pnting ko bt saja yg trbaik....ko daftar dlu ko pnya bisnes d majlis daerah atleast ada lesen enterprise...lps tu ko edar pamplet bisnes ko p opis2 kerajaan n sekolah2....byk tu function2 kerajaan n sekolah guna canopy...try ur bes...gud luck

Aki said...

Kak, jan dulu suruh tu kawan ko beniaga.. dia belum sedia lagi tu.. ha ha ha.. pecaya la.. :)

Nani said...

Qaaseh: tq bnyk kak... tmbh aku bersemangat oleh kata2 mu hihi.

Aki: nda jg aku suruh dia bisnes, suruh dia bljr dlu... pastu terpulang sma dia mcmna tapi knp kau x suruh bsines? hihi

Nani said...

Qaaseh: tq bnyk kak... tmbh aku bersemangat oleh kata2 mu hihi.

Aki: nda jg aku suruh dia bisnes, suruh dia bljr dlu... pastu terpulang sma dia mcmna tapi knp kau x suruh bsines? hihi