Tuesday 10 July 2012

Buat Baik Dibalas?

Tiba-tiba bersisa kekesalan, kekecewaan dan kehampaan dalam hati yang seakan sukar hilang. Setelah dua sudah insiden berlaku... Aku rasa sudah tiba masanya aku berubah sebelum keadaan lebih parah.

Apa dia tu? Kamu mau tau?

Kalau aku bagitau apakah kamu akan kata aku bodoh atau lurus-bendul? Mari kita sama-sama nilaikan...

Insiden pertama:

Kerana pengantin orang susah, mak dia sakit tenat tapi belum tahap nazak dan bapanya sudah tua, berbini dua, anak-anak semuanya menganggur, agak kasihan melihat. Lalu, pengantin menempah kanopi yang sepatutnya berharga RM1200 tapi aku hanya caj RM900 tanpa deposit dan free alas meja dan reben bangku ikut warna tema, lalu selepas kerja-kerja pemasangan dilakukan aku menghantar sms mengatakan sepatutnya pembayaran sudah dilakukan tapi apa balasan yang aku dapat? Kata-kata yang pedas! Ya, itulah habuan bila berurusniaga dengan orang yang ada talian keluarga... Hingga kini, bila kami bersemuka rasa macam masih ada jurang sisa-sisa perselisihan akibat sms meminta bayaran itu. Bayaran sudah pun dibuat 3 hari selepas majlis namun aku percaya insiden itu masih berkesan dihati kami masing-masing walaupun kami sedang berusaha melupakannya dan hidup seperti biasa, bertegur sapa seperti biasa..

Insiden kedua:

Aku mengetahui adalagi majlis yang bakal berlangsung juga dikalangan kerabat... Atas niat yang baik dan tulus-ikhlas aku menawarkan diri untuk memberi khidmat sekali lagi untuk kanopi dan pelamin. Pengantin seorang yang baik dan soal pembayaran aku rasa tidak akan ada masalah kerana aku yakin dengan integritinya (kalaulah sikap tanggungjawab, amanah, tidak mengambil kesempatan itu boleh dipanggil sebagai integriti). Lalu semuanya berjalan dengan lancar... Kami telah melakukan yang terbaik untuk job kali ini walaupun tiada bayaran pendahuluan kerana demi atas nama 'kekeluargaan' yang sekian terjalin. Cuba teka apa berlaku pulak kali ini? Juga masalah payment. Mengelak insiden pertama berlaku lalu aku mendiamkan diri seminggu selepas majlis sehinggalah pada satu hari aku sudah tidak tahan lalu menghantar sms. Mujurlah, tiada kata-kata pedas dibalas kali ini cuma yang aku terkilan, dia tidak memberitahu terlebih dulu apa masalahnya sehingga aku menghantar sms. Aku rasa dia memang terasa hati tapi apakan daya, ini periuk nasi aku. Dia meminta tempoh untuk melangsaikan hutang itu dan aku nda kisah sebab dia sudah bagitau kenapa dia lambat bayar... Aku bukanlah kejam sangat...

Bakal Insiden Ketiga:

Kali ini pengantin kata mau bayar habis selepas semua kerja-kerja kami laksanakan dengan sempurna untuk mengelakkan dia pula yang tertipu tapi kali ini aku nda mau lagi sakit hati, makan hati atau mati hati hanya kerana benda2 buduh ni semua. Apa hal, pasal ni aku bermasam muka sama keluarga sendiri hanya kerana DUIT? Dan aku nda mau dipersalahkan lagi atau dianggap bukan2. Aku nda akan mengulangi lagi memberi diskaun kasihan atau pun menawarkan diri untuk menjadi heroin dalam majlis siapa2 lepas ni sebab nda selalunya perlakuan baik kita akan dipandang baik apatah lagi dibalas baik sebab manusia ada ego masing-masing.. Fikiran sempit dan mengambil kesempatan akan kebaikan kita. Biarlah lepas ni kita sama-sama kalah, sama-sama menang. Kau mau kau bayar, kau nda mau pigi cari lain.

***

Prinsip aku dalam bisnes ialah bukan setakat untung tapi kebajikan sesama umat Islam dan manusia pun aku mau jaga juga. Perniagaan kalau menindas  orang lain nda akan selamat di akhirat tapi memang sedih kalau kebajikan orang kita jaga tapi kebajikan kita sendiri diperlekehkan....


7 comments:

QASEEH HATIKU QASEEH said...

kesian ko kn....mmg bgtu la klu bisnes urg x phm..yg sedih tu famili sndiri pn x phm...mo free saja kn....urg takut ko kaya dr duit dia urg...tu la psl ssh mo bisnes d kalangan kluarga n kawan2....

Gunaqz said...

Hi Nani,
Memang susah bah bisnes sama kawan2 dan keluarga. Saya faham tu keadaan ko. Sabar lah ko, ya. Andang2 adat meniaga.

Unknown said...

sabar la nani.. mmg begitu adat berbisnes..

nuranne said...

Salam kak. Berbisnes mmg banyak risikonya, tapi kakak orang yg berani sbb memulakannya. Insha Allah mudah2an rezeki kakak melimpah2 lepas ni. Dan minta dijauhkan orang yang xpaham2 ni.


Terima kasih atas doa, ingatan kak trhadap saya tempoh hari.

Unknown said...

macam tu la org skarang...kita berniat baik dan ikhlas, tp drg tetap prasangka buruk. kalau stakat dihati ja nda apa jg, ni sampai mengumpat....x cek lagi btul ka inda. banyak kali kena jg mcm ni...hmmmm

Nani said...

kwn2 lain pun cerita mmg ada mslh mcmni kalau berurusan dgn keluarga so aku sdh nekad mau bertegas.

Nani said...

Qaeeh: sandi bah kan..
Gunaqs: ya bah. cabaran baini.
aming: sabar ja jadi penawar hihi
anne: tq dik... kau ok sudah?
Sa Fa Az: sedih ba tapi apa buli buat. susah dahulu senang kemudian.