Sunday 3 June 2012

Tetiba!

Hah!
Kamu harus tau dimasa kecil aku seorang kakak yang sangat kuku besi.
Tomboy.
Suka pukul adik.

Selepas akhil baligh pun aku masih seorang kakak yang tegas dan garang.

Tiba-tiba hari tu masa bapa ku nda setuju adik aku masuk Uitm, aku emo sampai menangis.

Hari ini, ketika aku menghantar adik ku ke Uitm Samarahan, Sarawak aku emo sekali lagi hingga menitiskan air mata. Ntah kenapa padahal adik aku ok ja pun.

Mungkin kerana aku terharu dengan semangat belajarnya yang tidak sama dengan semangat ku dulu.

Mungkin juga kerana adik aku jenis yg innocent sgt risau dia x bole berdikari dan aku yakin dia akan boleh dan itu yg menyentuh hati sebenarnya.

Memang pelik juga sebab selama ni aku nda pernah kisah pun jika kami beradik berjauhan. Kami sudah biasa tapi hari ni lain benar aku rasa.

Dgn perasaan sedikit kelakar, ni baru adik, kalau anak aku nanti macam manalah?

Kemarin masa shopping barang2 adik macam-macam aku suruh beli. Kalau boleh, satu mall mau angkut hingga suami aku mau marah hehe. Terus aku ketawa berabis. Membayangkan kalau anak aku nanti, segala sofa, periuk kuali aku suruh bawa masuk asrama. Adui na, blm tua lagi sudah macam macik-macik aku mengurus adik..

Kenapalah tiba-tiba begini ni....?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

nuranne said...

Saya pula dulu, mamak yg bising beli itu ini, nanti nda cukup, sy yg malas bw barang byk2. haha. sekali di hostel menyesal. stok biskut2 kurang haha.