Saturday, 2 June 2012

Suka !

Okla, tiba-tiba bila muncul balik suka taruk tajuk entry sepatah ja. Hahaha...

Hooyeh! 1st day di Kuching, Sarawak. Dalam entry sebelum ni aku sakap tidak berapa semangat mau pigi Sarawak kan, sebab aku juga lahir di bumi Borneo jadi aku rasa nda banyak beza pun (kot) life kami dan dorang di sana.. Tapi sebenarnya sedikit meleset..

Kenapa meleset?

Sebenarnya Sabah dan Sarawak ada manyak beza.. Memang manyak oo. Life kami aku rasakan nda sama langsung! Wah, tegas gitu. Langsung! (Ulang lagi tagline) Haha.

Mula2 beredar dari apot ke Liwah Hotel aku tercengang melihat lalulintas Kuching yg sgt lengang. Abang taxi cakap sbb cuti gawai bandar mmg x sebok. Ya meh? Sabah kalau Kaamatan berlipat kali ganda dia punya kesibukan. Kenapa sini sunyi?

Terus abang taxi tu cakap lagi, bandar Kuching ni besar tu la kurang sibuk, KK padat sebab kecik katanya. Urm, mungkin aku setuju. Tapi jauh dilubuk hati aku boleh lihat secara jelas dengan mata kepala dan mata hati ku apa yang membezakan ibu negeri Sarawak ni jika dibandingkan dengan ibu negeri Sabah yaitu Kota Kinabalu atau lebih mesra dipanggil, KK.

Di sini aku tgk banyak bangunan yang gah2 terutamanya bangunan hotel dan beberapa bangunan lain. Aku rasa Kuching ada potensi besar utk jadi sebuah bandar yg lebih menarik dari bandar2 yg ada di Malaysia. (Nda terlebih puji kah tu?) Namun KK masih terletak sebagai bandar paling eksotik di Malaysia bagi aku kekekek...

Pasal makan, not badlah. Sejak beberapa jam yang lalu aku di sini dan aku sudah makan di dua tempat, makanan adalah memuaskan. Syukurlah, sebab hotel ni sgt strategik. Di bawah ada restoran Melayu. Hotel Liwah ni walaupun antara hotel yang tertua di Kuching namaun facilitinya berbaloi dengan harga. RM90/malam sangat berbaloi sebab kondisi biliknya boleh dikatakan tip top utk hotel bertaraf 2 bintang. Tidak seperti sesetengah hotel yg makin lama makin lapuk sebab tiada penyelenggaraan yang berterusan.

Satu hal yang rupanya aku nda berapa sedar di sini memanglah syurga kek lapis. Hinggakan aku membuka pesanan kepada kenalan2 di Sabah utk kek dengan mengenakan sedikit keuntungan pada kek itu sebagai bisnes sampingan. Aku lucu juga, aku cakap ngan laki aku "semua benda aku rasa mau jual. (Semua benda aku jadikan perniagaan) haha.. Ingat zaman kanak2 dulu bila mama bagi bekal kuih jumput utk dimakan di sekolah, terfikir pula untuk jual pada kawan-kawan dgn harga 10sen sebiji. Bila mama bagi bekal, duit belanja mmg nda sdh dikasi. Duit belanja selalunya 20/30sen ja tp dgn menjual kuih jumput aku buli raih pendapatan sehingga rm1. Huh, banyak tuh! Hehehehe.

Aku memanglah aku. Semua benda mau dijadikan duit cuma kelemahan aku ni ialah boroslah jugak wpun. Masih di tahap yg terkawal.

Lagi satu, kawan-kawan di facebook mencadangkan aku ke Sarikin sbb bnyk brg murah.. Baru ingat, hari tu ada nmpk ni di tv. Wah, nda sabar aku pigi sana. Apapun hantar adik aku dulula bisuk di Uitm Samarahan. Di KK, manalah ada tempat shopping begini yang aku tau. Adakah? Siapa tau?

So, keseluruhannya, aku mula menyukai bumi Sarawak..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

SimplySeoul said...

eksotik kak. haha..upload gambar kak. mau tingu jg kak jalan2.