Sunday 24 June 2012

RM1 Juta, Banyak atau Sikit?


Kemarin, aku temeningu telemovie bertajuk Suamiku SuamiMu Jua... Lakonan Tony Eusof, Watie dan ex girlfriend Jehan Miskin. Lupa plak nama dia.. Jue Aziz.. Hah, kalau nda silap Jue Aziz. Suara dia yg serak-serak basah tu hehehe.
Jue

Alkisahnya si Jue Aziz ni isteri kepada Tony yg bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat pembinaan milik seorang Datuk/Dato ka tak tau tapi yang penting Datuk.

Si Jue ni suka berlagak orang kaya padahal hidup sederhana tapi dalam sinopsis katanya serba kekurangan. Engineer tu kurangkah? Gaji paling tidak RM3000++ mustahil kekurangan. Tak pa, nama pun lakonan semata-mata.
Tony Eusof.. Hanya tunggu watak yang sesuai, bakal sepopular Aaron Aziz !

Hinggalah satu hari, anak saudara kepada majikan Tony iaitu Watie Elite jatuh cinta kepada Tony dan sanggup berkorban apa saja untuk menjadi isteri yang sah. Dalam masa yang sama Tony ialah suami yang setia dan cintakan isterinya.
Happy tengok Watie kawin Joey!

Oleh kerana Watie sangat ikhlas mencintai Tony, dia buat rundingan diplomasi dengan Jue. Watie menawarkan RM1 juta kepada Jue jika Jue setuju dengan tawaran Watie. Fikir punya fikir, Jue setuju tetapi Tony pula menolak. Akibat daripada sedih dengan keputusan Tony, Jue bersedih dan jatuh sakit. Bagi Jue, peluang itu tak patut dilepaskan kerana itulah impian hidupnya selama ini iaitu menjadi jutawan. Akhirnya, Tony setuju walaupun nda rela sebab sayangkan Jue takut Jue jatuh sakit terus-terusan dek kerana angau dengan 1 juta itu. Dipendekkan cerita maka, Watie pun berkahwin dengan Tony dan mereka tinggal di sebuah banglo yang sangat mewah. Mereka sangat bahagia pada mulanya tetapi akibat daripada Jue mula lupa diri dengan kekayaan (shopping tak kira masa), mula lupa tanggungjawab dan selalu tidak mematuhi giliran bermalam dengan suami maka, akhirnya Tony keluar dari rumah dan tinggal di rumah lama. Watie dan Jue sangat sedih. Jue baru sedar bahawa kekayaan tidak bererti lagi bila suami tinggalkan dia. Watie pula rasa sangat bersalah kerana telah menghancurkan kebahagian rumahtangga Tony lalu mengambil keputusan untuk berundur diri. Selepas itu Tony dan Jue bahagia semula.

Persoalannya, Jue sangat rasa RM1 juta tu besar hingga shopping tak ingat dunia tapi bagi aku rm1 juta tu kecik ja. Adalah lebih baik simpan dalam ASB, tunggu faedah keluar baru belanjakan. Itupun dengan ala kadar bukan sebagai jutawan.

Katalah aku mau belanjakan sekalipun dengan cara Jue, kereta mewah pun sdh 6/7 ratus ribu... Banglo mewah paling murah RM500 tu pun pakai tanah sendiri... Kalau beli di bandar, maunya 1/2 juta harganya. Kan, kecikkan? Bagus simpan, hehe..

Kamu macamna pula?

Mencarut di petang hari kerana keletihan di padang bola bersma Ghazali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

kak gojes said...

aku suda tinguk ni nani..mmg buduh si jue aziz ni..adakah patut jual laki..nah padan muka dia...kotoh...

Nani said...

tp kira ok juga bah sbb sdhlah dia dpt 1juta tanpa dicerai lagi. Pastu si watie punyalah baik cuma si jue yg nda bersyukur...