Saturday 23 June 2012

Cerita Manja Kak Ani & Kacip Kak Timah

Ok, hari ni aku mau cerita tentang manja-manja dan kacip-mengacip.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, aku ni seorang yg sangat mementingkan kesihatan dalaman dan luaran. Gara2 aku terkecimpung dalam MLM (Elken) dulu pun kerana kegilaan ku pada supplement dan alat kecantikan kerana aku mau diusia 60an aku masih kelihatan 30 tahun lebih muda.

Rozita tanpa mekap 40an

Wah, mcm statement berani mata ja kan? Ada hati awet muda 30 tahun lebih muda dari umur. Macam mengarut ja kan tapi sebenarnya kalau kita betul-betul menitik-beratkan kesihatan/kecantikan itu bukan mustahil. Lihat sajalah artis-artis kita. Rozita Che Wan yang sudah 9 tahun menjanda, bukan calang2 janda walaupun sudah berusia 40an. Anita Sarawak, Sarimah dan aku juga meminati keawetmudaan Maria Farida. Kelas, macik-macik di atas tu. Sipa nda mau jadi macam dorangkan? Of kos lah mau.. Siapa nda mau mimang sot otak dia.
Sarimah di usia 60an
  
Maria 40an
Anita 50an

So untuk perempuan kamu rasa macamna mau awet muda? Pening skit makan panadol? Hah, selamat cepat mampos! Hahaha.

Bagi akulah kan, kamurang nda tau. Ni buah fikiran aku seorang. Perempuan kalau mau muda 30 tahun dari usia perlu dan sgt2, amat2 harus menjaga dalaman diri. Kita ni mesin pencetak manusia, kak. 2, 3, 4, 8, 10! Hah! Itulah antara jumlah produk yang kita hasilkan sepanjang hayat. Memanglah sedikit kalau dibanding mesin-mesin dikilang yang boleh packing bungkusan ribu2 dalam sehari tapi bagi kapasiti manusia biasa macam kita, itu sudah cukup memusnahkan allignment tubuh badan. So, haruslah servis ya akak-akak...
Angin dalam badan sudah tentu sinonim sangat dengan wanita, itu pasal masa kita berpantang, ini nda bulih, tu nda bulih, segala-galanya kalau boleh dilarang. Kenapa angin? Ntahlah, aku pun kurang pasti tapi pemahaman ku angin ni sangat memudaratkan kesihatan dan kalau yg baru bersalin tu mengikut bahasa ibunda bigat. Lagi bahaya kalau sampai tumpah darah..

Zaman sekarang yang moden, ni nda ramai yang patuh kepada undang-undang berpantang. Tapi aku peduli apa dengan mereka, yang penting aku mau jaga badan sendiri. Sebenarnya masa aku baru bersalin dulu pun, bukan ada pakai bengkung segala, paling off kipas, nda mandi dan jaga makan, tu ja. So, untuk menebus semula kekurangan itu, supplementlah jawabnya.

Supplement pun ada macam2 rupa dari yang murah hingga ke mahal. Dari jenama terkemuka hinggalah jenama tak dak muka. Dan untuk memilih supplement bukan sebarang takut-takut dapat yang tidak diiktiraf atau pun tiruan. Aku memang takut makan supplement murah-murah ni sebab selalunya yang menyebabkan produk itu murah kerana nda banyak bahan asli dalam kandungannya. Bahan kimia yang membahayakan selalunya menjadi bahan sokongan yang utama. Sangat gerun bila membaca berita di surat khabar ada pengguna yang meninggal dunia termakan racun dalam produk kesihatan.

Klimaks kepada cerita ini ialah, aku sudah seminggu mengamal minum pil manjakani dan kacip fatimah keluaran Petani. Biasalah khasiat kedua2 ramuan ini ialah mengetatkan* tapi yang aku terharu, dalam seminggu ia sudah berjaya menegangkan*. Menegangkan payudara. Ketat-ketat tu jangan cakaplah. Tapi aku nda kisah sangat part ketat2 sbb aku pun bukannya longgar sangat. Anak baru satu bah, hihi.
Harga baru RM11.90/30 biji. Memang murah. Sekarang ni time aku berjimat cermat, so memang nda mampu beli produk ratusan ringgit. Doa2 pada Allah tiada side effect dengan produk ni dan alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan dengan lancar dan MUJARAB !

Harap-harap 30 tahun akan datang aku masih macam sekarang. Woha!

So, akak-akak sekalian yang kurang mampu silalah dapatkan produk ini. Nda kisahlah jenama apa yang penting diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Sayangilah diri sendiri.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal kacip fatimah … sharing is caring :) - Kacip Fatimah Untuk Awet Muda