Wednesday 20 June 2012

Bajet Kahwin

Semenjak aku berbisnis kecil-kecilan berkaitan dengan kawin-kawin ni, ramailah yang bertanya

"Berapa bajet untuk kanopi dan pelamin?"

Maka sukalah aku menjawabnya begini.

1. Mula-mula kita congak dulu kemampuan kita takat mana. Kita kerja apa, bakal pasangan kerja apa? Gaji berapa, kemudian....

2. Tentukan berapa bajet yang kamu ada.

3. Eh, ini tips menentukan bajet kawin bukan jawapan berapa bajet kanopi dan pelamin. Ok, Ulang balik.

 *   *   *

Maka sukalah aku menjawabnya begini:

Untuk sederhana mampu jumlah paling selamat ialah RM4000. Jumlah ini buli dikatakan dapat pakej penuh bagi kategori yang sederhana mampu di mana item-item dalam pakej selalunya merangkumi kanopi bersama skalop, kerusi, meja berserta lapis dan reben, pelamin, baju pengantin L/P berserta aksesori, andaman, pintu gerbang, meja berhias, meja kek, set renjis dan lain-lain bergantung kepada pembekal anda masing-masing.

Bagi yang mampu, jangan kata setakat RM4 ribu, 40 ribu pun dia ada..

Bagi yang kurang kemampuan, janganlah kita berangan-angan tinggi mau majlis sempurna kalau kita nda mau tambah bajet. Zaman sekarang orang kawin bukan lagi macam dulu. Sekarang serba-serbi kita kena bayar. Jarang sudah buli pinjam sma orang. Contoh kalau dulu, sepupu kita kawin, dia pigi buat baju sendiri, turun-temurunlah sepupu sepapat dikasi pinjam tu baju. Save bajet tapi sekarang kalau dorang buat baju pun, belum tentu dia mau kasi pinjam. Kalau dia mau kasi pinjam pun, belum tentu kau mau sebab mungkin malu. Orang tau, "oh... tu baju si anu...".

Lagi satu, pastikan masa kamu survey2 kedai pengantin tanya bila dorang ada promosi dan kalau bulih ambil pakej time dorang promosi. Inilah penting kamu merancang majlis. Jangan tinggal sebulan baru mau sibuk-sibuk mencari. Dan jangan heran kalau kamu ambil dua, tiga item ja pun harga mencecah beribu2 tu pasal kalau kau nda ambil pakej. Yalah memanglah mahal. So, silalah ambil pakej.

Dan paling penting, sila bagi kerjasama yang terbaik kepada wedding planner kamu. Pasal payment jangan ambil kesempatan. Sila habiskan bayaran sebelum majlis bermula bagi mengelakkan hutang yang akan menyusah diri kamu juga dibelakang hari.. Perkahwinan sesuatu yang suci so jangan cemarkan dengan hutang. Peluh orang perlu dibayar. Kalau lupa bayar nda apa juga tapi kebanyakan kes buat-buat lupa. Kesian orang yang buat pelamin kamu tu, kamu fikir dia buat pelamin pakai mata ja? Jeling kiri, jeling kanan, siap! Dorang bertungkus-lumus juga so semoga kita orang-orang yang amanah.

2 comments:

Unknown said...

ya.. aku kumpul info n servay harga psl kawin ni dari tahun lepas lg.. start pilih n booked dari awl tahun lagi..

klu bajet kecik mesti mo rajin servay la.. jimat ambil yg pakej..

ada jua aku dgr ko biz kanopi dr beliau.. kalau d pitas.. mesti byk prospek tu kan.. bah.. gud luck!

Nani said...

tq ming.. nasib kau jauh, kalau dekat buli juga sponsor kanopi...

Cara kau rancang majlis sgt cemerlang, ramai diantara pelanggan aku buat nda ambil kisah ttg persediaan, aku yg kelam kabut berbanding drg.