Aku tiada komen panjang dengan isu ni, rasanya semua orang dpt update dari fb mahupun twitter.
Setakat ini sudah 2 orang polis komando terbunuh dan gambar salah seorg daripadanya allahyarham Inps. Zulkifli ada tersiar di twitter kemudian di fb. Rasanya gambar hari raya bersama isteri dan 2 org anak kecil.
Sangat2 sayu hati melihat dan memikirkan insan mulia yang terkorban itu.
Apa sudah jadi dengan Sabah?
Aku meragui adakah Sabah masih ditahap selamat selepas ini kerana populasi rakyat Sabah yang sebangsa dengan penceroboh bukan sedikit jumlahnya di negeri ini. Kenapa? Inilah sejarah politik yang menyebabkan mereka menjadi warga di sini tanpa kelayakan yg sah. Jika mereka bangkit ingin menuntut bela apakah nasib rakyat pribumi?
Sangat terkilan dengan permainan politik dulu dan inilah akibatnya.
Cuma yang aku harapkan, agar pilihanraya umum dpt dijalankan secepat mungkin utk mengakhiri semua masalah ini. Rasanya lagi lambat ia berlangsung, lagi banyak isu dan masalah akan timbul.
Ya Allah lindungilah bumi bertuah ini. Singkirkan pengkhianat2 negara. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Sedih kn tinguk gbr tu..latest info dpt tau tu wife pregnen ank ke-3...rawan hati aku bah...anak yg 2 kici lg..yg trkorban lg 1 tu..bsr2 sda anak nya...knp bh smpi 3 wiks terbiar ini pnceroboh mcm x logik kann...pdhl bala tentera kita byk bh..sgt2 terkilan dgn mainan politik yg smakin kutur dan byk tipu rasuah suma
Post a Comment