Thursday 1 November 2012

Meneroka Khasiat Minyak Kelapa Dara Cara nanialing

Mula-mula kawen dulu, baru seminggu kot... Aku masi ingat lagi bila kami dipanggil untuk menghadiri taklimat projek dari Kerajaan Persekutuan yang dikendalikan oleh JPPS masa tu di Marudu Inn, Kota Marudu.

Selepas selesai taklimat, pegawai JPPS sempat mempromosikan produk minyak kelapa dara yang pada masa itu (2006) produk ini baru juga dihasilkan.

Tidak banyak khasiat yang difahamkan kepada kami hanya satu iaitu dijadikan pelincir seks!

Ya pelincir seks!

Aku nda ingat berapa harga yang ditawarkan masa tu tapi agak mendapat sambutan hangat daripada kontraktor2 yang hadir dan ada diantaranya yang terus membeli beberapa botol. Aku saja yang tidak berbuat apa-apa kerana masih memegang status pengantin baru dan dalam fikiran aku, aku belum perlukan pengetat ataupun pelincir. Buat masa ni semuanya ditanggung *beres! Haha. Maka senyaplah pasal minyak sehinggalah pada satu hari.

Hari yang aku maksudkan itu ialah, pada tahun lepas. Aku dan suami menetap di Kota Kinabalu dan sedang window shopping di Kompleks Karamunsing.

Jalan punya jalan lalu di sebuah kedai jamu. Mula-mula aku tertarik pada satu krim *pepek bernama Ayuzip. Benda ni utk mengetatkan sewaktu *bersama. Mahal jugaklah tapi kuantitinya sikit sahaja. Di situlah aku terpandang sebotol minyak kelapa dara. Botol spray sebenarnya. Harga rm27 jika tidak silap. Dalam 100ml saja isinya. Aku tergerak hati untuk membeli teringat kepada pegawai JPPS 5 tahun lepas.

So aku beli dan pakailah pada *waktunya. Oh, yeah! Sungguh tidak mengecewakan dan dari hari itu hinggalah saat ini, tidak lengkap rasanya jika tidak ada minyak itu di bilik tidur ku. Apatah lagi di Pitas (kami menetap di kg semula) ada pengilang MKD (minyak kelapa dara) yang sangat murah. Hanya RM10 untuk 150ml!

Baru-baru ini, sorang kawan aku mengupdate gambar bbm dia (DP). Semakin cerah mukanya padahal kulit kami lebih kurang ja (Jijah). Aku tegurla, ingatkan pasal dia minum calogen dust dan vit c, tapi dia bilang dia sudah stop kalogen dan skg dia combine vit c + MKD/VCO soft gel. Oh my......... Me sangatlah jeles k. Me gugel la pasal VCO soft gel tu dan membaca beberapa testimoni dari web tu. Orait, me perlu buat sesuatu lepas ni.

Apa dia, MENEROKA MINYAK KELAPA DARA CARA nanialing!

So biar aku ceritakan serba sedikit tentang kegunaan MKD/VCO.

Utk kegunaan seks, yup! Pelincir:

Bagi yang dah kawin sama ada dah sah nikah ataupun kawen belum sah tu, op kos korang buat seks kan? Kalau yang jarang tu no hal, kalau yang agak kerap mesti ada something yang mengganggu. Betul tak?

Kalau bukan kekeringan, keperitan.. Biasalah tu.

So mkd ni boleh mengatasi maslah itu. Korang sekslah berapa kerap pun (iklan ini tidak sesuai dibaca oleh pelaku seks bebas) no problem. Mkd bukan saja melicinkan anu malah mengelakkan rasa pedih disebabkan geseran ketika seks. Tiada lagi rasa pedih dan seks boleh dilakukan sekerap yang anda mampu. Bukan itu sja, mdk membantu wanita mencapai klimaks lebih cepat dan membantu cik abang tahan lama. Caranya: sblm *bersama silalah sapu atau titiskan saja ditempat strategik. Jika rasa mengering boleh titiskan lagi. Lebih banyak lebih enak! Opps! Hehe.

Kedua, dari segi kecantikan:

Oleh kerana aku malas mau beli soft gel secara online, maka langkah awal yang aku ambil ialah menjadikan MKD yang aku ada tu sebagai pelembap muka siang dan malam.

Kepada pengamal kosmetik yang pemalas macam i tapi masi berangan awet muda, cubalah mkd. Kulit jadi licin, halus dan glowing dengan minyak kelapa dara.

Caranya: selepas membasuh muka dgn facial wash, tanpa menggunakan toner terus titiskan setitik atas tapak tangan, ratakan pada tapak tangan dan urutkan ke serata muka menghala ke atas. Urut sehingga anda rasa ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan. Selepas 15 jika rasa berminyak boleh bilas dengan air. Kalau tak rasa berminyak, biarkan macam tu ja. Gunakan setiap hari siang dan malam. Murah dah mudah. Minyak ni juga bertindak sebagai anti penuaan.

Selain itu, boleh jadikan losyen bdan dan minyak rambut.

Untuk keterangan lanjut sila gugel sajalah ya.

Tips ini adalah yang dipercayai secara peribadi, berdasarkan info yang diperolehi diinternet dan testimoni sendiri. Jika ragu-ragu, lupakan saja.

Itu saja untuk kali ini, selamat mencuba.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Unknown said...

camna nak dapatkan mkd tu???

Unknown said...

camne nak dapatkan mkd tu???

Nani said...

cri di kedai jamu or, google sb ada yg jual online.. klu berminat boleh juga dapatkan dari sya... please add wechat nanialing...