Tuesday 27 March 2012

6 Tahun DiKahwini Tanpa Lamaran Cinta

baru mau start tulis entry pasal ni, sebak pula rasa hati. uiseh !

napa juga tiba-tiba mau tulis pasal lamar-melamar ni? kamu ada nampak scha dilamar awal di tv tu?
aku tiada tinguk tapi nampaklah sedutan dia sikit di tv tadi.
selain tu, twitter pun balik-balik update pasal dorang.
ya, nda dinafikan scha dilamar penuh dramatik dan mengharukan dan artis 1st kali buat macam tu depan tv.
dan dari rentetan peristiwa ini aku terasa sesuatu.
"aku belum dilamar!".
ya, belum! sangat pasti belum.
kenapa belum? selepas 6 tahun kawin baru aku perasan akan hal ni.
aku dirisik dan ditunangkan begitu saja lalu bernikah tanpa pernah suami aku mengucapkan kata-kata ini " sudikah kau menjadi isteri ku nani?" sambil menyarungkan cincin.

hm, orang kampung macam kami perlukah buat begitu? (gelak kejap).
perlu nda perlu, kena perlu jugak!
aku nda peduli, aku mau jugak hahaha.
aku usik ghazali tadi (henpon tiba2 x bole taip huruf besar), aku cakap kau belum lamar aku. dia: sudah bah. 
aku: mana da! kau lamar aku di puncak gunung nanti! (separuh menjerit)
dia: hahahahahaha !!!
aku: kalau nda pun, 10hb april lah (anivesary percintaan kami).
dia: hahahahaha (makin gelak ni lelaki).
aku: kasi sarung cincin emas!
dia: tiada duit ku bah beli cincin.
aku: hahahahaha !!!!!!
dia: tunggu gaji dululah lepas kita bisnes nanti..
aku: buli bah tapi jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang!
dia: ngeeeeeh ! (tersengih).


*ayat di sini telah dipadam kerana 18sx ! hehehehe.


tadi sebelum balik kk, kami sempat buka kotak lama yang menyimpan surat2 cinta lama kami.
masa kami bercinta, 2003-2006 hanfon sudah digunakan secara meluas tapi masa tu kredit paling murah pun 50-30rm sahaja, so zaman surat-menyurat memang sempat kami cipta dalam hubungan kami.
punya lucu!
paling nda tahan bila salah satu surat tu aku tulis kononnya "setakat ini dulu surat ayang buat kali ini bla.. bla.. bla.. " penuh lagi 1 lembar aku sambung cerita.
wakakakakak !!!! lucu gilak!
dan ada satu kad ucapan bday laki aku bagi sama aku dia tulis guna pensil kayu.
aku tau, ni mesti pensil kayu anak buah dia yang baru sekolah tadika. dengan tulisan yang macam tulisan darjah 1 kakakakakak!!!!
tulisan dia memang buruk, ok.

aduh, macam-macam kisah ada.
dan aku perasan, aku selalu bagi dia kad warna pink! apakah? hahahaha !!!
lip lap lip lap lagi tuh. adeiii. :)))

pastu baca lagi diari detik-detik sebelum percintaan.
auwww! hehehe.
nda payah cakaplah, dahsyat.
5 hari sebelum declare couple, sudah pigang tangan jalan. adakah? perbuatan duluan sebelum perkataan.
masa couple pun dia nda tanya pun, "aku mau kau jadi kekasih aku. bulihkah?".
dia hanya cakap "kalau kita serasi, apa salahnya kita couple?".
dan kami declare couple dengan ayat ini "macam mana lah tu, kita nda jumpa 4 hari?".
wah! buli gitu ah.
aduii, buli pecah perut jugalah kalau diingat balik.

(edit) dia memangla nda melamar secara direct sama aku 
sebab segala-gala persiapan kawin mak bapa dia yang sediakan sebab masa tu kami berdua baru 21 tahun yang menganggur. harap maklum.
namun, aku nda pandang itu semua.
aku tetap tunggu lamaran dia, tu pun kalau dia masi sudilah, hahaha. kesian kau nani..

dalam perkahwinan, memang bukan sentiasa manis yang kita telan. betul!
tapi suka-duka itulah warna-warna kehidupan yang akan terlukis seindah pelangi.
perkahwinan, mengajar kita menghargai orang seadanya dalam hidup kita. 
ada masa, hati berdarah tapi percayalah, itulah nikmat hidup yang tuhan bagi sama kita. 
manis-pahit yang kita lalui ada mesej dari tuhan untuk kita.
i always love u ghazali !
sekian.

6 comments:

ladymariah said...

hahahahaha ada-ada jak kau ni nani. pasal cerita artis pun buli ko kenakan si panjang. hahahahaha.

kak gojes said...

kelucuan aku membaca ni nani..tp seronok jugak bah kan klun d lamar..terus aku mengimbas kunun kisah aku dgn lakiku..ehehheh..kami nda pakai surat..men henpon jak..walau satu tempat keja..ngehehehh

Aku MamaGlam said...

okehla tu best juga tu cara kamu mo couple n kawen. watever it is, itu la kan kenangan kita kan. walaupun lucu kan tp itu jd kenangan paling manis kan..

dulu masa aku mo kwen pun mana ada main lamar2 neh. sebab time tu kan tgh serabut kepala. aku ngn hubby dulu couple dr time skool lg, form 5 gitu. pastu on 2007 tu ntah mcm mn. kami tengah berdebat psl isu apa ntah. tp yg pasti psl kawen. last2 hubby ku ckp,

"tula kan, aku rasa kan baik kita kawen la kan? ko rasa macam mana?"

aku pun jwp la, "btl juga tu, lama suda ni kita couple ni, ok jg tu, kita kawen jak la. betul ni mo kawen sama aku ni?"

hubby: "Yala, kan suda bincang, kenapa?"

aku: "Nda la, kalau betul nih, aku mo tepon mamaku kasi tau"...

hahahaha, nah sempi gila. mcm tu la kami boleh terbersetuju mo kawen. haahha. macam bincang2 masalah negara kan, siap buli tnya lg apa ko rasa.. hahaha..


(p/s: nani, tolong dulu aku.. apa apps yg ko pakai utk post entry di BB mu? ada kawan ku tnya ba nih. dia mo post entry pi blogger guna BB mcm ko tp nda tau mo cr di mana tu apps. nnt ko komen d blog ku ya, apa nama apps tu n d mn mo cr tu apps.. tQ)

Nani said...

Mariah: dtg sot haha..
Yati: semua perempuan kesukaan klu hal lamar-melamar ni
Mamag: pakai emel baitu.. Selamba ja kan kamu belamar2 hehe... Tiada ayat spesifik. Tp ok laitu, klu aku mcm xda langsung ni.

Cinoi said...

Haha i actually proposed my fiance. Heeee. Nanti akan diceritakan di blog kalau ada amsa

Aku MamaGlam said...

salam nani, aku suda try tu guna email blogger. tp kan mcm xbuli jak. ko pigi di sini ka http://www.blogger.com/mobile-start.g

sebabnya kalau pi yg go.blogger ni kan kena register, pastu dia bg blog baru ama token. abis kalau ada blog sendiri nih, mcm mn pula kunu? register seja ka? cuba kunu ko ajar aku mcm mn mo guna tu kunu. ko email la aku di mamaglam82@gmail.com. ko ajar aku satu2. buli kan.. nnt klu d comment ni, marah pula org aku cerita ndada kaitan sama entry mu. huhuhuhu.. aku try jg guna yg antar email yan mamaglam.(xxxx) @blogger.com tu kan, nda buli lar. ada apa2 mo setting kaitu?