Monday 12 March 2012

Apa Kau Fikir?

Lama juga nda updatekan?
Sekarang kalau ada idea pun, untuk mengupasnya panjang-panjang aku macam tiada bahan. Suka fikir yang simple-simple, ringkas, pendek dan malas mahu dipanjangkan.

Minggu lepas berlaku satu insiden, bukan kemalangan bukan juga kesakitan cuma sesuatulah. Hal family..

Sekarang sudah ok, tapi aku rasa fikiran diawang-awangan. Ibarat sampan terapung tanpa pendayung, ibarat kapal dilautan hanyut tanpa layar. Mengikut saja ke mana angin bertiup.

Satu sajalah aku kena selalu ingatkan diri, ialah tentang apakah hidup ini?

Hidup ialah perjuangan bukan tunduk pada nasib. Mungkin kita tidak mampu menjadi orang sehebat idola-idola dunia cukuplah kalau kita boleh jadi idola kepada adik-beradik dan menjadi kebanggaan ibubapa. Hidup berdikari dan mencipta jalan hidup sendiri yang bermakna.

Sedikit rasa khilaf tapi aku tau apa aku buat dan kenapa aku buat.. Aku ada jawapan. Lantaklah apa orang fikir pasal aku lepas ni. Aku sudah penat menjaga hati orang, kali ini masa untuk aku melindungi dan menjaga hati ku sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Aki said...

lama tia nampak entri begambar dari kak nani.. ka sa yang lama tia bejalan ni?? :D..