Saturday 17 November 2012

Perlukah Berubah?

Penat.

Aku bukanlah orang penting dalam sesuatu majlis keluarga sama ada besar atau kecil namun setiap penglibatan memerlukan tenaga.

Kalau majlis kahwin, aku hanya jadi tukang potong-potong sayuran dan membasuh pinggan-mangkuk namun bayangkanlah 4-5 hari berturut melakukan hal yang sama. Melebihi 12 jam sehari jika disiplin dengan masa kehadiran, penat bukan.

Aku berfikir kalau turn aku pula mengahwinkan anak nanti... Macam manalah agaknya. Dengan keadaan diri yang bukanlah arif sangat di dapur, rasa macam tak patut mengharapkan jiran tetangga menjayakan majlis yang sudah tentu sangat memenatkan. Malah aku sendiri mungkin tidak mampu menanggung kepenatan sebegitu.

Memandangkan budaya di sini lebih suka mengadakan majlis kahwin di rumah sendiri, tidak menggunakan perkhidmatan catering, oh tak dapat ku bayangkan kalau aku adalah tuan rumah. Haha.

Untuk mengubahnya, aku fikir upah saja tukang masak, tukang buat air, basuh pinggan. Bagi yang biasa buat keja bosanlah nanti tiada apa yang perlu dibuat tapi bolehla dorang menghadiri majlis dengan lebih bergaya. Ahli keluarga juga selesa bersuka ria sebab aku tengok, jam9 malam ahli keluarga terdekat masih belum tukar baju lawa. Kesian. Kalau majlis belah family aku, sebelum pengantin datang kami sekeluarga sudah bersiap lawa-lawa bagi menyambut kedatangan rombongan pengantin.

Lain tempat lain cara. Adakah aku mengikut kebiasaan mereka atau mengikut cara ku sendiri?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

nuranne said...

Hari tu pernah buat kenduri. Yang tolong masak semua jiran. Tapi mak sebenarnya hulur duit. So kalau keluarga bersenang lenang, xdalah jiran tengok smcm hehe.

Aku MamaGlam said...

wah, nani. aku pernah rasa apa yg ko bayangkan tuh. ko bayangkan saja suda rasa mcm penat gila ni kan. Aku tahun lepas suda merasa. masa adik ku kawin dan tiem aku sendiri kawin. aku ngan mamaku dan asik2 perempuan ku, kami buat sendiri di rumah. kami la buruh, kami la weeding planner, kami la mandur, kamilah jg tuan rumah.

memang maha penat okeh. Tapi, sgt best jug sebenarnya. time2 mcm ni la sebenarnya ikatan silaturan antara keluarga dan saudara yg jarang bkumpul tu didekatkan.

Tapi, susah jg kalau xramai saudara mara yg ringan tulang mo tlg di belakang tabir. masa aku kawen dulu, aku la weeding planner, aku la mandur utk urusan dr area ruang tamu sampai ke luar pagar rumah. maksudnya urusan tetamu, gift, pembahagian tugas, pelamin, hantaran, pengapit, etc. my mom n sorang adik ku yg kira teror masak ni, dorg uruskan urusan d dapur shj. mean urusan mkn minum, kebajikan org yg mnolong, dll. igt lg masa mo pi nikah, aku sempat lg buat spotcheck di dapur dan bhgn ruang tamu, pelamin, mo make sure smua ok. hohohoho.. time ni mmg mamaku pun jarang dpt layan tetamu, arapkan adikku yg bongsu ja sambut tetamu.

tp thn lepas time adikku kawin, aku incharge spenuhnya dari dapur sampai ke luar pagar rumah. alhamdulillah, smua ok. tp mmg maha penat dan ngantok.

smua ni, dr kita jg. kita kena la jg selalu turun padang bila kenduri org. bak kata mamaku, ibarat kita ni sekarang tgh menyemai benih dan baja, sbb bila time kita nanti insya Allah, ramai yg sggp turun pdg utk kita.

asalkan kita jaga hubungan silaturahim.. mmg btl la nani.. lega bila ramai yg sudi tlg. keja jadi cpt, n semua blh bergaya jd tetamu. Dapur pun lengang. hihihi..

pjg pula kan.. aku ni kalau komen mmg pjg kan. hohoho..

Nani said...

Biarla panjang bah hehe. Klu ada rzki mampu upah tkg masak, bah aku upahla nanti. Tlg2 mana2 patut ja tp on time semua org kena pakai baju lawa, tida mau lg melalut smp ke malam, adalg yg blm tukar baju. Bgtu ba aku mau klu majlis aku nanti. Klu aku mampula... Hehe