Tuesday 27 November 2012

Aku Bukanlah Ibu Yang Terbaik Tapi Aku Cuba

Jangan dipandang enteng peranan surirumah juga jangan dipandang rendah seorang isteri yang tidak bekerja.

Kalau kamu mau tau sampai sekarang aku masih ada trauma bekerja. Kamu rasa aku telampau serius pasal ni padahal kamurang steady saja bekerja sampai pencen? Urm, mungkin tapi kamu perlu tau kita sama spesis manusi tapi hati kita lain-lain.

Sekali lagi aku tegaskan di sini, aku bukan ibu yang terbaik tapi aku cuba dengan meninggalkan kerjaya yang nda seberapa lalu menumpukan perhatian kepada anak yang sedang membesar masa tu.

Tugas seorang ibu dan isteri bukan mudah apalagi kalau ada suami yang kurang memahami tugas kita lalu aku memilih apa yang terbaik.

Kamu cakaplah aku bodoh dan silap buat pilihan tapi bagi aku, selepas bergelar ibu dunia anak ku lebih penting daripada harta dan kemewahan di dunia! Biarla kais pagi makan pagi asal saja anak aku tidak meraung melalak kerana ditinggal ibu bekerja.

Situasi ini juga sedang melanda adik lelaki ku. Isterinya bekerja sebagai jururawat dan selalu keja syif malam. Runtun hati bila dua orang anak 2 thn dan si adik 6 bulan meraung di tengah malam mencari si ibu. Keluar balik trauma ku. Ya Allah, memang aku tidak kuat melihat situasi ini. Siapalah lelaki yang boleh menangani situasi begini melainkan isteri juga. Apatah lagi di kala hati suami sedang tergila2kan perempuan lain, seberapa kuatkah isteri mengadapi semua ni? Nasib baikla, ada adik kami yang masih menganggur, doranglah yang bantu jaga anak-anak buah.

Hidup kami tidak mewah tapi aku bersyukur tidak lagi melalui situasi-situasi yang sukar untuk anak. Rezeki saja yang belum ada untuk aku ada baby balik tapi aku tidak terfikir lagi untuk kembali bekerja. Biarlah aku dengan anak-anak saja. Allah pasti suka dengan pilihan ini. Aku yakin!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Aki said...

relax lah kak.. yang penting, dahulukan mana prioriti diri.. kalau orang yang prioriti dia duit, memang dia kerja juga tu.. kalau yang prioritinya famili, memang famili juga yang dia dahulukan tu.. and pegang tu prinsip bagus2.. :)

mamaG said...

Suri rumah adalah sebaik2 pekerjaan. Dosa sbg isteri jg msh blh d kawal berbanding bekerja diluar. Kalau aku d bg pilihan pn aku pun mau jg jd housewife tp yg ada biz sndri d rumah ja. Hihihi...

Pilihanmu insya Allah yg terbaik.

mamaG said...

Suri rumah adalah sebaik2 pekerjaan. Dosa sbg isteri jg msh blh d kawal berbanding bekerja diluar. Kalau aku d bg pilihan pn aku pun mau jg jd housewife tp yg ada biz sndri d rumah ja. Hihihi...

Pilihanmu insya Allah yg terbaik.