Saturday 14 January 2012

Kenapa Aku Tidak Bekerja

Alhamdulillah, genap sudah dua tahun aku bergelar surirumah..

Apakah perasaan anda setelah 2 tahun bergelar surirumah?
Secara jujurnya aku sangat gembira dan selesa. Bebas dari segi tanggungjawab yang berat.. Bebas dari tekanan kerja. Gembira kerana akhirnya impian aku tercapai untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa.

Bagaimana kehidupan anda selepas meninggalkan pekerjaan?
Sebenarnya susah kerana gaji suami tidaklah setinggi mana.. Memang kekurangan itu dirasai dengan ketara, namun alhamdulillah Allah beriku rezeki dilain punca dan hakikatnya kami masih boleh bercuti dan makan makanan mewah.

Tidakkah anda teringin untuk kembali bekerja?
Jauh disudut hati perasaan itu ada tapi itu hanya keinginan kecil yang didesak oleh persekitaran. Bukan dari naluri aku yang sebenarnya, so lupakan.

Adakah ini keputusan seumur hidup anda?
Ya. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sehingga anak2 membesar dan membina keluarga masing-masing. Namun disudut lain, aku masih membuat perancangan dan impian ingin menjadi usahawan yang berjaya dimasa depan. Aku nda suka makan gaji.

Apa nasihat anda kepada wanita yang masih bekerja diluar sana?
Wahai wanita di luar sana, sila resign sekarang jugak!

Eheheh! Gurau ja..

Ok, serius. kakak-kakak, adik-adik sekalian. Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukan segala-galanya.

Janganlah desak hidup anda dengan membiarkan anak2 turut merasakan derita bila meraka terpaksa mengharungi susah payah ketika ditinggalkan bekerja.

Ambillah keputusan yang bijak dan selamat. Tidak rugi anda membesarkan anak2 dengan tangan anda sendiri. Kalau kita kembali pada fitrah yang sebenar pun, kita diciptakan untuk menjaga keluarga. Jika, suami masih mampu memberi nafkah, berkorbanlah. Korbankanlah kerjaya untuk membesarkan anak2. Percaya pada rezeki Allah. Jika kita benar2 ikhlas menjaga anak kita, Allah akan mempermudahkan. Sebaik2 tempat bagi wanita ialah di dalam rumahnya.

Pesanan ini tidak sesuai untuk semua wanita bekerja. Jika terasa pedas, maka anda sedang menggigit lada.

Naluri lain-lain. Lakukanlah apa yang
bersuara dalam hati kita.

Anda mungkin sanggup, tapi hati aku tidak! Inilah keputusan ku sehingga Allah mengaturkan jalan lain untukku. Aku percaya Allah.

Bila kita ingin berbuat sesuatu yang baik, maka perjalanan yang akan kita lalui tidaklah sebaik, tidaklah semanis mana. Setiap keimanan diturunkan ujian.

Begitu juga aku. Bila tidak lagi bekerja, kekurangan sangat dirasai.. Tapi lupakah aku bahawa, aku masih boleh bercuti, aku masih boleh keluar makan2 dan masih boleh shopping sikit2? Itu tandanya rezeki Allah tidak pernah putus walau itu semua bukan datang secara langsung dari titik peluhku sendiri.

Satu saja peganganku, "perbuatan yang baik dengan niat yang baik dengan hati yang ikhlas, tidak akan sia-sia". Walaupun susah-payah tapi aku percaya, aku yakin, Allah Maha Kaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Aku MamaGlam said...

bohongla kalau ada istri yg tidak mau jadi suri rumah dan menguruskan keluarga sendiri. Tapi semua tu bergantung kepada persekitaran dan juga keperluan. jika c isteri diperlukan suami utk bekerja utk membantu keluarga, sekuat mana pun hati tak mau bekerja, tetap juga terpaksa bekerja atas perintah org bernama suami.

Bohongla jika ada isteri tidak mahu mendidik anaknya sendiri, menguruskan rumahtanggah. Tiada impian utk menyediakan dan menyenangkan anak2 dan suami bila mereka pulang dr kerja/sekolah sama seperti drama dalam tv tuh. Tp keperluan memaksa c isteri utk bekerja.

Bohongla kalau hati seorang ibu tidak luluh dan sedih melihat anak terpaksa ditinggalkan di taska/rumah pengasuh utk c ibu keluar bekerja.

Menguruskan rumahtangga, anak2 dan suami adalah tanggungjawab yg sgt berat utk isteri bekerjaya dan tidak semua mampu mlakukannya tanpa nekad yg tetap dan niat yg btl2 ikhlas tanpa sebarang rungutan. Apatah lg dalam soal mendidik anak2.

Di sudut lain, kita mendidik anak2 berdikari dan tahu bhw ibu bapa sdg berusha keras nebcari duit utk besarkn mereka dan memenuhi setiap permintaan mereka. Betapa mereka tahum pengorbanan yg dilakukan utk mereka. dan tahu susah senang ibu bapa mereka lalui demia mereka.

Apa2 pun, kta kena bersyukur, jika inilah takdirnya si isteri kena lalui bersama suami, redha dan rela la. Allah swt itu maha mengetahui, mendengar dan maha adil. semua org ada bahagian masing-masing. Yg penting sama ada kita menghargai apa yg ada didepan kita dan yg kita ada.

di mana pun posisi dan keadan si isteri, ingatlah, itu semua adalah sudah ditentukan oleh Allah swt, jgn diragui. sebab setiap apa yg diaturkan utk kita itu mengikut kemampuan kita menghadapinya.

Wahhh, tetiba pulak kan reply pjg mcm ustajah. huhuhuhu...

Nani said...

ya betul tu mamaG.. aku harapkan aku ada kekuatan mcm kamurang ni. Superwoman betul. Aku ni tunggu sajalah. kalau memang Allah masih rasa aku buli memikul 2 tanggtungjawab insya Allah dia akan bagi kerja di masa depan. Buat masa ni biarlah aku berbakti dulu pada rumahtangga tapi ada juga kwn2 yg memang nda suka duduk rumah. walau suami mampu tapi mau juga kerja sbb bilangnya, malas mengurus di rumah. nda hairanlah sbb wanita kini makin moden. Terpulanglah baitu kan...

Aku MamaGlam said...

Ya mmg bkn senang. Dan aku paling pantang klu org membandingkn istri bekerjaya dgn istri suri rumah bila berkaitan didikan anak dan urusan rumah tangga. Peluang utk mengumpul dosa lbh tinggi bila jd istri bekerjaya kalau x hati2 n jaga diri d dunia luar. Bgitu jg dl hal2 rumahtangga, suami dan anak2. Mmg setiap saat yg berdetik itu klu tidak berhati2 senang ja dpt dosa.

Dosa sbb mengeluh, merungut, merengus, baran pd suami dgn tidak sengaja sbb penat n kelam kabut. Dosa bila kita kurang mendidik anak da suami menyalahkn kita. Dosa bila kita mnolak/x larat 'melayan' suami sbb sgt penat bekerja n menguruskn anak, rumah dan suami lepas waktu kerja. Dosa pergaulan d pej. yg kita xsedar (termengumpat, termengata, bgurau dgn laki org/bujang), n byk lg la peluang tu.

Nani said...

Betul tu mamaG. Mmg bila wanita bekerja bnyk anasir luar yg buli jd fitnah tp klu pandai jaga diri ok bah tu. Sebaik2nya wanita berada dlm rmh tp klu ekonomi memaksa dia bekerja, setiap rezeki yg dia kongsikan bersama keluarga dpt pahala sedekah.