Saturday 28 January 2012

Berita Baik dan Kurang Baik

berita baik yang pertama ialah seorang kawan mengenalkan aku sama ni produk. kalau nda silap made in singapore. (aku nda paham kenapa nda buli taip hurup besar bila edit entri ni melalui henpon. alasan kuat jangan beli henpon baru tapi beli ipad 2. lupakan iphone). 

dan aku sedang angin, tiap kali kusyuk mengupdate entri anak aku mesti buat kacau walaupun katun sedang bersiaran di tv. ya aku paham dia tiada rakan sepermainan tp please time aku update blog jgn kacau.

sori ada iklan yang nda diundang. ok, dermedex ni secara nda sengaja pun, terintroduce sama aku sebab aku suda ada set pencuci, toner dan pelembap jenama aiken. selain tu seperti yang kamu tau aku ada mesin urut muka tp aiken seolah hanya mampu mengawal keadaan dan mesin urut tu pula aku tengok hanya efektif sebagai anti ageing untuk kulit ku tp bukan jerawat aku yang sangat degil ini. untuk mau jaga hati kawan (bini bestfren suami aku), maka aku cuba juga walaupun takut risiko produk ni bakal merumitkan lagi keadaan. dipendekkan cerita, 3 hari 3 malam ja aku pakai, kesannya sangat terserlah dan mujurlah aku cuba kan? kalau nda, muka ku hanya dalam kedaan terkawal tapi bukan sembuh sepenuhnya seperti sekarang.

inilah wajah ku yang terbaru selepas menggunakan dermedex. diambil semasa dalam perjalanan ke kudat menggunakan kamera henpon 2mp saja kemarin. rasa macam fotogenik semula. kebelakangan ni sangat malas bergambar2 sebab rasa diri kurang jelita. ya lah, gambar di atas tu jelitalah sangat kan.. hehehe.

berita yang kurang baik adalah seperti dalam gambar di atas. minggu lepas kami ke kudat, sudah parking baik punya di kompleks sukan, time balik dan mau reverse, sesuatu bunyi pelik kedengaran di bawah seat pemandu. sekali check, oh no! ball joint telepas... so? rusak di kudat, time semua kedai cina tutup cuti chinese new year dan kami tinggal di kk !!! esoknya, lelaki yang sedang terbongkok itu datang dari kk menjemput kami pulang ke kk. selepas seminggu baru datang balik mau bikin tu kereta tapi teka apa yang berlaku?

masih nda settle hanya kerana satu nat penting nda buli dibuka sebab rudy (lelaki dlm gmbr yg sedang terbongkok) nda bawa dia punya spana size 36. what the *tut! masa, duit dan tenaga sia2 dibuang hanya kerana kesilapan kecil. contack sana-sini, dan kami didatangi beberapa kawan yang ingin membantu dan situasi yang hampir malam, segalanya tidak berhasil kerana spana size itu hanya dimiliki dan dijual di kedai2 part tertentu di kudat dan hari sudah gelap, mana ada kedai buka lagi.

aku dengan sedaya upaya minta pertolongan di facebook melalui group rungus fm (bangsa aku) dan menghebahkan kesulitan ku di twitter melalui @sabahinfo dan @kkcity. thanks pada semua yang prihatin tapi bantuan nda sempat diberi sebab kami pula yang kejar masa mau balik kk sebab esoknya suami harus bekerja. kerja pembaikan yg seterusnya diserahkan pada salah seorg ahli keluarga terdekat di kudat tapi sehingga kini (kurang drpd 24jam) aku belum dapat berita sama ada kereta tu sudah settle ataupun belum. diketika ini suami mungkin berasa di padang sukma/kompleks sukan likas, apalagi main bolalah. keretu rusak di tempat jauh tu pun pasal main bola juga. dan esok pun sepatutnya suami main lagi di kudat atau ranau. suami pilih ranau tp nampaknya nda dapat pigila kali kalau kawan dia nda bawa kereta. 

apa yang berlaku dengan kereta tu aku memang kesal. kereta tu baru tukar part yang sudah expired dan langsung tiada tanda2 ada kerosakan lain sehinggalah ia menunjukkan diri. ya, jalan jauh memang adakalanya kereta buat hal tiba2. bagi kereta baru mungkin tiba2 tayar pancit tapi bagi kereta yang nda baru macam kereta kami tu, bukan setakat tayar tapi risiko untuk rosak di mana2. 

mekanik aku cakap, jangan risau. selepas semua kerosakan ni dibaiki, insya allah tiada lagi yang perlu dirisaukan. sebagai kereta lama, sudah masanya dia memerlukan anggota badan yang baru dan sebagai honda, memang sudah dikenal pasti alat2 gantinya mempunyai jangka hayat yang lama.

aku yakin kata2nya tapi aku nda sabar semuanya diselesaikan secepat mungkin. aku sayang kereta ni, aku harap dia tabah hati membawa kami yang selalu berjalan jauh. info tambahan, jalanraya kota belud-kota marudu sangat teruk buat masa ini kerana kerja2 pembaikan jalan sepanjang beberapa km sedang dijalankan.

walaupun berita kerosakan kereta ku ni seolah memberi persepsi yang kurang enak terhadap kereta2 terpakai, tapi janganlah kamu rasa terganggu bagi yang bercadang ingin memiliki kereta terpakai. itu hanya kerosakan kecil, kereta tu secara keseluruhannya masih ditahap yang tip top condition. time kereta tu jalan, dia lebih smooth berbanding toyota cygnus yang berharga hampir setengah juta atau sekurang2nya 350k mengikut pengalaman pemanduan suami ku sendiri. sedangkan honda tu hanya beberapa belas ribu sahaja harga dipasaran semasa.

kami nda mampu beli kereta yang perlu bayar ansuran tiap bulan. kami mampu beli kereta terpakai secara cash ja buat masa ni dan kalau mampu pun belum pasti aku mau memilikinya kerana aku nda buli hidu bau kereta baru. aku mabuk, percayalah! dan aku memang suka kereta lama. eksotik, seksi dan menggiurkan! yakah? hahaha....

dan aku rindu kereta tu. oh !!!!

3 comments:

Raja Yomog said...

nice blog...
Apa pun... sabar2lah dengan kereta nani tu...
ikhlas, Hafiz Abdullah

Unknown said...

Nani....:D

Unknown said...

Nani....:D