Thursday 5 April 2012

Naik Gunung 2 Apr 2012

Maaflah sebab entry ni tiak beredit sekian lama. Bila blogger tukar muka baru susah pula mau update melalui hanfon. Ni gambar sebelum memulakan pendakian. Kami seramai 13 orang yang 3 orang dari kiri merupakan team Pitas, 3 orang kedua dari kiri Kota Belud dan seterusnya yang lain dari KK.

Budak sebelah aku tu pada permulaan pendakian belum sampai 1km dia hampir pitam. Mungkin sebab dia jalan laju sangat, kedua beg dia berat, ketiga bau dia tebal sangat. Badan over heat. Tengok baju dia 2 lapis yang mana keduanya labuh. Tambah lagi dengan tudung panjang. Memang panas. Suhu sejuk nda rasa lagi di bawah ni sebab perpeluhan masih aktif.

Antara laluan yang nampak mudah tetapi dengan keletihan melampau sesungguhnya laluan ini menjadi sukar.

Berehat di perhentian yang ke4. Tupai tu jinak dan sangat comel. Dia kuat makan.

2km sebelum sampai Laban Rata. Makin tinggi laluan makin sukar/curam.

Sempat ambil pic ngan minat salleh yang pancit. Hehehe...

Oh, sudah kelihatan puncak Kinabalu. Hati semakin bersemangat tetapi letih jangan cakap. Macam nda sanggup meneruskan pendakian. Bersama suami.

Budak ni, dari hampir pitam dan tertinggal jauh tiba2 3km sebelum Laban Rata dia overtake kitorang laki-bini. Wah magic!
Anak cikgu berpangkat haji. Tengok bajulah.

Yeay!!! Sampai Laban Rata dan kami menginap di Gunting Lagadan Hut. Nama Gunting diambil sempena nama seorang guider terawal di sini yang bertugas sejak 1888-1966 kalau nda silap. Di sini sangat sejuk. Keletihan masih tahap melampau. Membayangkan kena mendaki awal subuh esok, rasa macam mau nangis oh. Huaarrrghhhh !!!

Akhirnya pada jam 5.30am kami berjaya sampai ke puncak. Alhamdulillah, Allahu Akhbar!
tapi pic ni diambil time turun pada jam7 am. 

Ini saja gambar paling cantik yang kami dapat abadikan kerana di atas erlalu sejuk sampai tangan jadi kaku. Angin pun kuat, mau ambil gambar banyak-banyak memang payah sebab jari nda dapat tekan punat kamera dengan baik. Ni pun nasiblah ada uncle Cina yang tolong snapkan.. Lawa pula dia ambil pakai hanfon bb aku ja. Thanks uncle. 

View belakang tu adalah puncak untuk melihat matahari terbit tapi kami berdua nda sampai sana. Panjang hanya mampu mendaki sampai tempat kami begambar ni ja, aku di bawah puncak belakang tu ja. curam sangat aku tingu, nda sampai hati mau pi sana. Terus rasa macam mau daki balik hehe..

Kalau ikutkan kami memang nda sempat menghayati sepuasnya keindahan alam dari puncak Kinabalu sebab kelam-kabut mau turun untuk check out sebelum jam10.30 am. Takut kena extra charge. Mendaki ke puncak sejauh 2.5km mengambil masa 3 jam bagi kelajuan normal mendaki macam kami. Kalau laju 2jam. Kalau slow macam kura2 4 jam. Turunnya sejam setengah ja.

Naik dari bawah sejauh 6km bagi kelajuan normal 7 jam, turun bagi kelajuan maksima bagi orang yang !st time mendaki 1 jam 45 minit. Masa turun lutut memang hangkang abis sudah tapi aku paksa ja jalan laju untuk menguji tahap kelajuan kami dan kami laki-bini berjaya ambil masa kurang dari 2 jam. Yeah!

Selepas pendakian ini, perasaan aku kalau dibagi sejuta ringgit pun aku nda akan naik gunung lagi sebab kepayahan, kesakitan itu sangat2 mencabar dan kalau boleh aku nda sanggup mengalaminya lagi. Tapi selepas seminggu, aku sudah pulih dari sakit baru terasa rindu balik dan rasa macam mau mendaki lagi. Wahai Kinabalu, kau umpama satu bisikan yang memanggil semula sesiapa saja yang pernah menawan puncak mu!

2 comments:

kak gojes said...

wah si nani naik gunung bah..eheheheh..sampai puncak ka?

nuranne said...

Sampai sudah sis. Saya nda tau la bila mau daki ni.