Monday 16 April 2012

Kau Mau ka Nda Mau?

Siapa masih ingat aku pernah buat MLM?

Siapa masih ingat aku begitu taksub dengan MLM?

Siapa? Siapa?

Ok,mari kita imbas kembali sejarah hidup aku 2 tahun lalu. Masa tu aku memang ligat buat MLM dan company kesayangan aku hingga sekarang ialah ELKEN.


Aku memang suka buat MLM sebab sikap-sikap positif sentiasa disuntik masuk dalam daging. Boleh dikatakan setiap hari kau kena suntik. Aku belajar bahawa dalam dunia ni tiada yang mustahil hasil dari suntikan itu. Aku juga belajar macam mana kita mau kenal pptensi diri kita. Tidak dinafikan sistem pendidikan Elken masih sebati dalam jiwa hingga kini. Tapi soalannya,kenapa aku kandas dalam bidang ni?

Buat MLM ni, ndalah susah sangat.Kalau company tu bagus dia pasti boleh tunjuk cara yang berkesan dan asas kepada MLM ialah "buka mulut, buka kedai". Tutup mulut, kau lingkup. Simple kan? Ok, diulang soalan. Kenapa aku kandas? (jangan sebut gagal, nda bulih). Aku terkandas kerana aku kain sedar bukan life begini yang aku mau walaupun matlamat aku tetap ke arah "kejayaan dan kebebasan".



Dari dulu,aku mau cari pekerjaan yang boleh menjana duit melalui perkara yang aku suka lakukan sebab bila start keja opis pada tahun 2007 aku rasa sangat terikat dan banyak karenah di tempat kerja yang nda berapa aku senangi.Masa tu aku ada membuka kedai runcit tapi lingkup setelah ketiadaan taukehnya (aku). Kalau diikutkan pendapatan kadai runcit aku lebih banyak berbanding gaji bulanan aku tapi agak silap perkiraan di situ lalu bisnes aku terhenti.

Selepas berenti keja dan mula buat MLM, aku dalam keadaan tertekan. Aku nda bulih buat kerja dengan cara aku sebab upline guide kita berpandukan sistem pendidikan syarikat. Ndalah membebankan sangat cuma mungkin bukan cara itu sesuai aku aplikasikan dalam menjalankan bisnes aku dan akhirnya aku sedar bahawa bukan bidang ini yang aku suka dan aku mau. Sehingga kini aku masih sharekan kebaikan produk tapi tidaklah menganggap sharing itu sebagai bisnes. Aku seorang yang sangat mengambil berat tentang kesihatan dan aku mau orang lain juga buat hal yang sama.

Akhirnya selepas melalui fasa pening-pening lalat selama 2 tahun, aku percaya Allah sudah temukan aku dengan perniagaan yang boleh menenangkan hati disamping membantu orang yang memerlukan.

KANOPI

SUMBER: GOOGLE
Sebenarnya, dalam apa juga yang kita impikan, sama ada susah atau senang untuk dicapai, sama ada lama atau sekejap untuk kau dapat, pokok pangkalnya kau mau atau TIDAK. Benda ampai-ampai depan mata kalau kau nda mau pun,benda tu nda akan jadi milik kau.


No comments: