Tuesday, 31 January 2012
Hari Minggu Berpetak-petak
Saturday, 28 January 2012
Sabar Ja !
Selain tv LED yg betul2 aku wish skg ni, iPad juga adalah dlm wish simpanan ku tapi aku belum decide betul2 mau ipad sbb nanti laptop tu hilang fungsi di rumah. Lagipun di rumah ni aku sorang ja ada urusan sama internet. Si Ghazali bukan ada masa sebab dia keluar subuh, balik malam. Malamnya hanya utk makan dan tidur. Kadang2, sempat beramah mesra sama aku pun nda. Bukan pasal dia overtime gila2 tp balik kerja terus pi padang bola main hoki! Main bola lah, apalagi? Dan aku makin perasan badan dia turun. Aku masak sedap pun sama jugak. Penat membuatkan dia nda dapat layan sangat selera makan. Bila mama dia ka, kakak dia tegur pasal perunbahan tubuh badannya, rasa bersalah pula. Yalah, aku duduk rumah makan tidur ja kan? Tersentaplah bah juga. Ada aku kisah? Bukan aku nda jaga makan minumnya tapi dia yang nda mau jaga badan sendiri. Sudahlah keja 10 jam sehari, 6 hari seminggu. Pastu jam4.30 am keluar rumah sudah, apa nda gitu. Aik, melarat pula aku ni hehehe.
Aku suka henpon Blackberry ni tapi kenapa tiba2 aku rasa aku makin tamak mau henpon yg cekap berinternet? Takut nanti kalau aku beli iPad, adalagi alasan, ipad walaupun buli bawa jalan tapi besar. Bagus lagi Samsung Galaxy... Pastu beli lagi ... Hutang masih keliling pinggang tapi mau juga begaya. Jangan! Jangan amalkan! So, tunggu aku beli sim baru broadband, aku mau tau adakah keinginan ku yg tipis untuk memiliki iPad akan hilang atau sebaliknya... Tv LED pun tangguhkan dulu. Slow... Slow... Kereta pun masih dalam pemerhatian.
Aku mau on balik kebloggeran ketegaran keakuan.. Digi, tunggu kau bisuk !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berita Baik dan Kurang Baik
Tuesday, 17 January 2012
Oh, Mereka Makin $%^*&&**()*( !!!
Sesi blogwalking baru selesai biarpun nda semua blog dlm list aku sempat jenguk.
Dan, ya! Mereka-mereka makin meletup-letup.
Header tukar, banner baru. Pemilik blog pun makin tambah jelita. Siapakah itu?
oh!
Aku bila lagi ya?
Tunggu aku beli iPad tapi tahun depan.
Depan?
Hahaha, pasti ketinggalan jauh dan akhirnya blog ini hanya tinggal sampah yang nda berbau tapi menyemakkan mata saja.
Blog si Aki pun makin mantap.
Warna-warni gitu. Oh, aku jeles !!! Hehehe...
Tunggu, tunggu !!!
p/s: aku boleh drive sudah pada kelajuan 60-80/kmj.
Saturday, 14 January 2012
Kenapa Aku Tidak Bekerja
Apakah perasaan anda setelah 2 tahun bergelar surirumah?
Secara jujurnya aku sangat gembira dan selesa. Bebas dari segi tanggungjawab yang berat.. Bebas dari tekanan kerja. Gembira kerana akhirnya impian aku tercapai untuk menjadi ibu dan isteri sepenuh masa.
Bagaimana kehidupan anda selepas meninggalkan pekerjaan?
Sebenarnya susah kerana gaji suami tidaklah setinggi mana.. Memang kekurangan itu dirasai dengan ketara, namun alhamdulillah Allah beriku rezeki dilain punca dan hakikatnya kami masih boleh bercuti dan makan makanan mewah.
Tidakkah anda teringin untuk kembali bekerja?
Jauh disudut hati perasaan itu ada tapi itu hanya keinginan kecil yang didesak oleh persekitaran. Bukan dari naluri aku yang sebenarnya, so lupakan.
Adakah ini keputusan seumur hidup anda?
Ya. Kalau boleh aku mahu menjadi surirumah sehingga anak2 membesar dan membina keluarga masing-masing. Namun disudut lain, aku masih membuat perancangan dan impian ingin menjadi usahawan yang berjaya dimasa depan. Aku nda suka makan gaji.
Apa nasihat anda kepada wanita yang masih bekerja diluar sana?
Wahai wanita di luar sana, sila resign sekarang jugak!
Eheheh! Gurau ja..
Ok, serius. kakak-kakak, adik-adik sekalian. Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukan segala-galanya.
Janganlah desak hidup anda dengan membiarkan anak2 turut merasakan derita bila meraka terpaksa mengharungi susah payah ketika ditinggalkan bekerja.
Ambillah keputusan yang bijak dan selamat. Tidak rugi anda membesarkan anak2 dengan tangan anda sendiri. Kalau kita kembali pada fitrah yang sebenar pun, kita diciptakan untuk menjaga keluarga. Jika, suami masih mampu memberi nafkah, berkorbanlah. Korbankanlah kerjaya untuk membesarkan anak2. Percaya pada rezeki Allah. Jika kita benar2 ikhlas menjaga anak kita, Allah akan mempermudahkan. Sebaik2 tempat bagi wanita ialah di dalam rumahnya.
Pesanan ini tidak sesuai untuk semua wanita bekerja. Jika terasa pedas, maka anda sedang menggigit lada.
Naluri lain-lain. Lakukanlah apa yang
bersuara dalam hati kita.
Anda mungkin sanggup, tapi hati aku tidak! Inilah keputusan ku sehingga Allah mengaturkan jalan lain untukku. Aku percaya Allah.
Bila kita ingin berbuat sesuatu yang baik, maka perjalanan yang akan kita lalui tidaklah sebaik, tidaklah semanis mana. Setiap keimanan diturunkan ujian.
Begitu juga aku. Bila tidak lagi bekerja, kekurangan sangat dirasai.. Tapi lupakah aku bahawa, aku masih boleh bercuti, aku masih boleh keluar makan2 dan masih boleh shopping sikit2? Itu tandanya rezeki Allah tidak pernah putus walau itu semua bukan datang secara langsung dari titik peluhku sendiri.
Satu saja peganganku, "perbuatan yang baik dengan niat yang baik dengan hati yang ikhlas, tidak akan sia-sia". Walaupun susah-payah tapi aku percaya, aku yakin, Allah Maha Kaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, 13 January 2012
Sekarang Aku Kisah
Bukan apa, dulu aku nda risau pun kalau aku makan banyak. Itu memang tabiat aku yang sukar dikikis. Aku bukan diet punya urang, k. Aku kuat makan. Selain puasa, aku mana boleh tahan makan. Sarapan pagi ja pun, aku mana bole ambil yang ringan2. Mesti ambil yang berat macam nasi atau mee. Sebab kalau aku nda ambil sarapan berat, aku tiada tenaga mau buat kerja menjelang makan tengahari. Tapi walaupun tabiat ini agak kronik bagi kebanyakan orang, bagi aku normal sebab kadar metabolisma ku cukup tinggi. Segala lebihan tenaga dari karbohidrat dan lemak senang dibakar dalam badan ku. Nda payah senaman, asalkan aku ada gerakan rutin tiap hari dan sepanjang hari. Kalau dulu ya la kali sebab aku wanita yang bekerja. Hari-hari turun opis, naik tingkat atas hantar faks, dan bergosip sama admin ku hehehe.. Tapi kini kerana ku bergelar surirumah, mau gerak di mana? Gerak ja, peti sejuk. Gerak ja, dapur. Gerak ja, ambil pinggan isi makanan. Nda selera makan di rumah, pigi makan di restoran macam-macam. Akibatnya, naikla badan. Tambahan lagi, jarang sudah aku makan Spirulina. Cuci usus pun jarang, mana nda jadi begini.
Masa kawan-kawan ku dari KL pigi sini hari tu, si Cidot bangun pagi ja terus pigi dapur "ketung-ketang, ketung-ketang". Masaklah. Rasa macam ada bibik pula dalam rumah. Bangun ja, buka mulut buli makan. Ada tukang masak yang sangat rajin. Masakan pula, memanglah sedap. Macam mana mama dorang kasi lahir dorang ni. Sudahlah rajin masak, masak pun sedap gila! Jumpa orang macam aku, nah abislah! Padahal si Cidot tengah diet. Siap ambil HerbaLife lagi.. Eeee, nda aku taulah macam mana dia buli tahan nafsu makan dengan memasak. Aku, buli nangis kalau tahan makan oh. Bila Cik Dot balik, kami laki bini masi tercari2 makanan bila bangun pagi. Sampai laki ku cakap, bagusnya kalau si Dot masi di sini. Buka mata ja buli makan. Hahaha.. Macam ada tanda2 kena madu tau... Hehehehe..
Entahlah, sejak aku nda keja sudah ni kan, malas ku menjadi2. Kalau aku bangun jam5 pagi pun, aku bukan buat keja di dapur tu. Macam-macam lagi aku bikin. Maunya jam10 baru aku masak. Pastu aku jarang sudah masak yang special.. Kalau dulu masak daging blackpaper la, ayam masak merah la, aik macam2la konon. Sekarang, aku suka masak yang simple2. Ayam goreng. Sup herba. Sayur tumis. Telur goreng. Adakah kerana aku tinggal di bandar menyebabkan aku jadi begini? Bila mau makan sedap, cari di luar. Di rumah masak simple.. Mungkinlahkan? Oh, tapi aku rindu masak nasi ayam dan nasi lemak. Blender aku pun suda ada sini so bulilah mengeluarkan bakat lama yang tersimpan sekian lama.. Mendrive pun buli sudah so anytime pigi pasar beli keperluan dapur. ( Ayat menebus dosa2 lalu).
Balik dari Kundasang hari tu si Ghazali @ Panjang masi ada cuti satu hari maka kami pigi 1B tingu wayang. Masa tu aku pakai t-shirt putih ja dipadankan dengan jeans.. Sangat simple hinggakan aku rasa dressing tu macam penjual sayur ja. Alolo.... Pastu aku komplen la dengan suami. Aku cakap " aku makin gemuk. Aku nda lawa sudah... Aku sedih...". Ghazali senyum ja pastu dia cakap " cantik pun begini. Comel. Nda ba juga gemuk sangat. Kalau gemuk pun aku sayang juga...". (Semua suami akan cakap yang sama). Aku balas lagi " pasal yang sayangla ayang mau jadi cantik. Biar suami ayang senang hati..". Pastu dia bilang, "yalah. Jangan difikir sangat..". Isk, gedik pula adegan tadi kan...
So, aku ambil keputusan mulai minggu ni aku start joging. Joging tu lebih kepada maksud jalan kaki laju-laju. Mau kurangkan pemakanan tu mungkin belum mampu so rajin makan kenalah rajin makan. Cuma, joging pun aku ada masalah jugak. Kena bawa anak, sebab Ghazali pulang petangnya enggak tentu kok. Bila bawa anak, 4atu round tasik Taman Tun Fuad ja lah jawabnya aku mampu buat. Terpaksa anak aku pun ikut jalan kaki laju-laju. Bila penat aku sikut dia di belakang ku. Takut memudaratkan tulang belakang so aku nda berani melakukan aksi itu hari-hari. Plan B, kena bincang masa dengan Ghazali. Petang turn aku bersukan, dia jangan pigi main bola. Biar malam baru dia main futsal. So, deal!
Kecantikan tu penting dan diinginkan setiap wanita. Cuma kesedaran dan kesungguhan ja yang menentukan secantik mana kah kita. Paling penting cantik untuk sihat dan sihat untuk cantik. Kamu kenal Maria Farida kan? Aku lebih kagum kecantikannya berbanding Rozita Che Wan. Rozita nampak kurus dan boleh diteka usianya. Maria Farida nda nampak kurus tapi nampak kecil, berisi dan sangat muda. Kulit pejal-pejal gitu. Geram aku tengok. Dan, Maria Farida comel. Sentiasa nampak belasan tahun. Aku rasa nanti dia berumur 60 tahun, kulitnya takkan benyak beza dengan sekarang. Harap2, kita semua boleh jadi macam Maria Farida.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Beep!!! Peep!!!
Sunday, 8 January 2012
3-8hb Jan 2012
Monday, 2 January 2012
Hari Bekerja
Rindu kawan2...
Rindu bos, hehehe...
Hari ni bukan hari bekerja korang ja, aku pun banyak keja yang perlu disiapkan semuanya hari ni jugak kerana malam nanti ada pelawat datang rumah.. Kawan2 dari kL. Man, Jijah, Cik Dot dan Syima, yeay !!!
So keja2 yang perlu dibereskan hari ni, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, sapu dan mop. Malangnya, belum sempat abiskan semua kain dibasuh, mop pun belum, bekalan air putus. Aku nampak ada traktor di tepi jalan sana, ini mesti paip pecah lagi ni.. Lantai ndala kotor sgt tapi mau juga mop, biar tetamu selesa. Harap2 belum petang sangat air sambung balik.
Jam7 malam, dorang akan sampai aport Man minta terus ke Upperstar, Suria. Nah kejangkitan suda dia demam Upperstar ku. Best bah Upperstar di Suria tu. Cantik deconya.. Ada pc lagi untuk online.. Kalau mau buang2 boring sambil makan2 dan online, sanala tempat paling sesuai... Isk, nda sabar bawa dorang sana hehe..
Esok pula, pigi Manukan then kalau tiada plan lain, dinner di Anjung Selera, Tanjung Lipat. Tunggu update seterusnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, 1 January 2012
Usia dan Kulit Wajah
Aku sejak remaja lagi memang sudah memasang angan2 dan impian bahawa bila dewasa nanti aku akan menjadi perempuan yang cantik hingga ke usia tua jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Insya Allah...
Aku pernah tulis dalam dairi yang bila dewasa nanti aku akan memakai set penjagaan wajah dari jenama2 yang mahal seperti Clarins dan membayangkan diri begitu jelita diusia 20-an... Hehehe... Kalau nampak iklan2 kosmetik dimajalah2, aku teruja sangat membaca apakah kebaikan produk itu. Dan kegilaan ku membeli majalah Remaja telah memberi aku ilmu facial sendiri di rumah. Pada usia 18 tahun aku suda start facial sendiri. Masa tu aku memang ada set pencuci muka, skrub dan mask sbg bahan asas dalam melakukan facial. Cara2 yang aku biasa amalkan dulu ialah:
1. Cuci muka dengan sabun muka.
2. Stimkan muka menggunakan wap air mendidih ( aku akan tuang air panas dalam besen kecik dan hadapkan muka atas permukaan besen. Tujuannya, wap itu akan melembutkan dan membuka liang roma yang tersumbat bagi memudahkan penyentalan kulit mati, whitehead dan blackhead).
3. Pakai skrub.
4. Pakai mask.
5. Bilas muka pakai toner dan pelembap.
Ok, inilah rutin aku tiap minggu. Alhamdulillah, rutin ini banyak membantu kesihatan kulit. Muka ku mudah diserang jerawat pasir.. So bila ada jerawat yang mengering, muka ku sangat kasar so disanalah peranan skrub untuk mengembalikan kelicinan kulit. (Napa ayat2ku ni skema betul?).
Dalam family aku, terutama mama, bukanlah pengamal ilmu2 kecantikan. Tambahan pula, semasa muda kulit mama memang cantik semulajadi tanpa sebarang masalah. Hanya bila sudah beranak-pinak dan usia meningkat baru nampak masalah kulit mama tapi mana dia kisah.. Aku balik2 nasihat pun nda mau dengar. Cuci muka, dan taruh pelempab pun nda disiplin. Skrub, masker lagilah jauh sekali. Naa, dari situ aku macam takut dengan penuaan pramatang pada kulit. Tambahan lagi kulit ku memang sensitif dan susah dijaga.. So sampai sekaranglah rutin itu masih aku buat sejak usia 18 hinggalah 27 tahun. Sampaikan abis ribuan membeli mesin facial tapi berbaloilah. Walaupun kulit muka ku ndala secantik yang lain sbb kulit memang mudah bermasalah, tapi paling penting, kedutan2 ketara di tempat2 yg familiar macam belum kenampakan dan sepatutnya pada usia ni perlu suda mengamalkan kalogen untuk menentang masalah kulit pada umur 30-an yang mana keanjalan kulit akan mula jatuh menjunam tapi buat masa ni belum lagilah aku start dan kalau aku mau start nanti jenama pilihan suda ada iaitu El-Marino, Elken !
Tentang pemilihan jenama produk ni pula, bezanya jenama di pasaran dan El-Marino, Elken ni ialah produk kalogen yang ada dipasaran tu lepas kita minum dia pandai hilang.. So kena konsisten pengambilannya sepanjang masa jika mau kulit sentiasa ada bekalan kalogen tapi apa yang aku tau El-Marino ni, kalogen yang kita minum akan kekal dalam kulit. Hilang secara semulajadi bukan hilang kerana cara kalogen itu dihasilkan sebelum dijual. Lain company lain cara buatkan, naa itulah kelainan Elken.
Aku bukan taksub sangat dengan produk Elken, tapi sebelum dia buat produk dia akan kaji kenapa produk dia lebih baik dari produk yang sedia ada... Selagi dia bukan terbaik dalam pasaran Elken nda akan buat produk itu. Itu memang prinsip dia. Dan dia cari produk bukan sekitar Malaysia tau, dia akan cari seluruh dunia, pilih semua yang terbaik, buat perbandingan dan akan ambil yang terbaik dari yang terbaik! Memang baik punyalah! Sebab itu harga agak mahal tapi kualiti memang nda buli cakaplah.
Lagi satu Elken punya cara sebelum dia pasarkan produk, dia ambil masa yang lama untuk kenalpasti produk itu betul2 terbaik. Selepas produk itu dibuat, orang dalam akan mengamalkan dulu produk itu untuk membuat testimoni, barulah dijual secara rasmi. Dia bukan upah siapa2 untuk test produk tu. Tidak perlukan mana2 artis untuk jadi duta walaupun ada artis yang guna produk dia.. Nda perlu balik2 masuk Selamat Pagi Malaysia, Wanita Hari Ini untuk buat publisiti atau pasang banner di setiap tempat untuk promote dia punya barang. Sangat ekslusif. Dan ada diantara produk itu mengambil masa sehingga 2 tahun untuk testimoni sblm dilancarkan.. So itu yang aku trust sgt2 produk Elken.
Ingat lagi dulu ada kawan tanya "kalau Elken tu best sangat kenapa nda pernah keluar tv?". Segala apa barang yang diiklankan di tv tu bukannya semua bagus. Iklan tu berharga beribu-ribu ringgit jadi ada dia kisah produk kau bagus ka nda? Yang dia tau, kau bayar, dia iklan. Itu ja. Sudah famous, seluruh dunia mau beli. Barang laku, stesen tv pun tambah kaya. Atau Elken tiada duit untuk kos promosi bayar tv dan bayar artis jadi duta? Rekod jualan Elken yang baru 16 tahun ditubuhkan, tiap tahun setanding dengan company MLM yang suda 40 tahun di Malaysia. Ratusan juta. (Tiba2 emo..).
Maksudnya di sini, jenama lain bukan nda baik tapi kita mau yang terbaik. (Urm, poyo!). Apapun pilihan ditangan masing2. Hehe..
P/S: Hinggakan panty liner pun, aku hanya guna Elken punya.. Ta' mau jenama lain.. Jenama lain aku akan gatal2 kalau pakai... ( Fanatikkan?). Tapi kegfanatikan terbaru ku, Holika Holika !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.