Tuesday 11 September 2012

Mesej Dari Mimpi

Sejauh mana kamu percaya tentang mimpi?
Aku pun nda percaya tapi aku yakin setiap mimpi ada mesejnya.
Beberapa malam yang lepas aku mimpi memiliki dua buah banglo mewah atau juga boleh digelar rumah agam sebab rumah tu luas sangat bagaikan istana.
Rumah pertama banglo yang sudah lama, rasanya dalam usia puluhan tahun kot. Rumahnya bercat hijau dan berdinding kayu di sebelah luarnya. Rumah banglo ala kampung yang sangat mendamaikan.
Di luar rumah terparkir dua buah kereta mewah yang ala-ala sport gitu. Kereta design baru.
Banglo tu terletak di atas bukit di sebuah perkampungan dan di belakangnya terdapat sebatang sungai yang besar. Terbina tangga dari banglo menurun ke tebing sungai dan kelihatan beberapa muda-mudi sedang bermandi-manda tapi air sungai agak keruh. Di hilir tidak jauh dari banglo terdapat sebuah jambatan gantung, laluan pejalan kaki penduduk kampung.
Tapi di bahagian lain rumah tu terdapat kamar-kamar tidur yang sangat luas dan setiap darinya mempunyai bilik peribadi yang agak rahsia... Namun, semua bilik itu usang kerana ketiadaan penghuni dan buruk.
Di banglo itu aku aku tinggal kononnya, manakala banglo baru itu belum diduduki. Banglo baru tu rekabentuknya moden dan di dalam serba mewah. Hiasan dalam yang ringkas namun agak kosong.
Di banglo lama itu, aku didatangi seorang jejaka sederhana paras-rupanya. Jejaka itu sedang memujukku untuk mengahwininya. Dia tahu aku sudah bersuami. Haha, ini agak kelakar. Selepas jejaka itu masuk dalam mimpi, aku terjaga.
Aku menceritakan mimpi itu pada kawan-kawan dan sorang daripadanya berkata "kau akan tinggal di banglo mewah itu jika kau berkahwin dengan jejaka tersebut". Aku tergelak besar. Sayangnya itu hanya mimpi, apo nak buek...
Dan mesejnya...
I think la kan, simbolik rumah tu ialah kehidupan yang sedang aku lalui sekarang.
Mean, banglo tu walaupun sudah lama namun masih aman untuk diduduki dan begitu juga hidup aku sekarang sudah cukup sempurna.
Simbolik pada bilik-bilik usang itu ialah part-part dalam kehidupan ku yang perlu aku perbaiki atau direnovate agar rumah tu kembali indah dan hidup ku bertambah sempurna. Spesifiknya ialah dalam mengukuhkan kestabilan ekonomi kami sekeluarga dan lebih gigih dalam apa yang kami sedang usahakan sekarang.
Aku rasa itulah mesejnya sebab aku selalu berfikir apa pula selepas ini...
Lain pula dengan sorang kawan lain. Katanya mimpi suami berskandal. Hah, itu yang bahaya.
Mimpi kita ialah apa yang kita fikirkan. Aku banyak fikirkan masa depan berbanding hal-hal lain so aku mimpi sesuatu tentang kedudukan hidup ku.
Dia selalu berfikir tentang kejujuran suami, maka dia bermimpi suami curanglah pulak. Jauhkan... Jauhkan...
Korang tak mau cerita pasal mimpi? Citerlah, citerlah. Hehe...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
















No comments: