Tiba-tiba kemarin terupdate di status facebook (dalam group rahsia) yang aku mahu menulis satu buku bila tiba harinya kelak.
Sejak tahun 2009, hidup aku banyak cerita, konflik yang memerlukan aku bertindak lain dari yang lain. Bekorban sesuatu demi rasa cinta ku, prinsip ku dan kemahuan ku dalam hidup. Isu utama ialah aku mau jadi isteri dan ibu yang sempurna untuk keluarga ku dan kerana itu aku melakukan semuanya. Itulah yang kamu mau cerita jika dimurahkan rezeki aku boleh menrbitkan buku sendiri tentang pengalaman aku dalam rumahtangga. Aku pasti ramai wanita yang menghadapi dilemma tu tapi nda ramai yang bertindak mengikut kata hati macam yang aku buat.
Aku mau wanita diluar sana berani bertindak sebagai wanita yang sebenar. Maksud aku menurut naluri seorang perempuan, isteri dan ibu yang sebenar bukannya menguburkan segala hasrat keibuan, keisterian dan keperempuanan kerana TAKUT tersalah langkah. Hidup perlu berani untuk menuntut kemahuan sebab manusia jenis aku memang nda bulih hidup di bawah kawalan orang lain yang tidak menepati kehendak ku. Aku rasa dunia sangat kejam dan aku nda sanggup menurutinya.
Aku mau bagi inspirasi kepada wanita yang ingin mempertahankan haknya tanpa mengabaikan hak orang lain. Dapat menangkan semua orang. Bukan mudah tapi ada cara.
Family first!
Insya Allah semoga tercapai.
No comments:
Post a Comment