Tuesday 18 October 2011

Diet Kerana Bola

Kemarin aku ikut si Panjang pigi Stadium Likas, dorang ada training di Padang B untuk Liga KK yang akan diadakan pada hujung minggu ni. Dorang coach dorang sendiri yang dikenali sebagai Coach Yaya. Berumur dalam lingkungan awal 50an. Masih berkhidmat dengan kerajaan. Ingatkan dorang training main bola rupanya hanya fitness training ja. Joging-joging, buat senaman regangan dan beberapa lagi jenis senaman yang aku nda tau namanya.

Dihujung2 waktu latihan, Panjang semput dan nda buli suda teruskan senaman lain. Coach Yaya mau kalau Panjang teruskan (setengah jam sebelum sesi latihan tamat) tapi Panjang nda buli sudah paksa sebab dia takut cramp. Ya dia pernah mengalami hampir satu badan sampai dia masuk wad kecemasan tahun lalu so dia sedikit trauma.

Lepas tu Coach Yaya membebel. Katanya Panjang ada badan dan bakat, sepatutnya Panjang boleh pergi jauh dan kalau boleh Coach Yaya mau Panjang hingga ke tahap pemain Liga Malaysia dengan syarat Panjang kena tingkatkan stamina dan prestasi permainan. Kononnya potensi itu suda terserlah. So malam tadi aku cadangkan supaya Panjang kurangkan sikit makan sebab sekarang beratnya kalau nda silap 80kg lebih dgn ketinggian 6 kaki lebih. Dulu masa kami masi kapel2 beratnya baru 68kg. Bnyk jugalah naik kan? So Panjang pun setuju walaupun agak keberatan sebab dia memang kuat makan. Hehe, samalah macam aku. Hahaha.

Maka dengan itu, kami cadang kalau malam nda makan nasi, just makan ruti paun (roti) atau sandwich ringan ja dengan segelas teh atau milo panas. Dengan aku2 sekalilah ikut diet. Hehehe.

So kepada peminat2 bola sepak yang membaca entry ini, siapa kata aku nda support laki aku main bola? Aku pernah hadiahkan Panjang kasut bola berharga RM799 dan RM499 pada tahun 2009, dan pernah juga paksa dia ikut ujibakat Futsal RTM pada tahun yang sama tapi dia tidak terpilih. Aku juga suka mengikutnya ke mana2 anjuran pertandingan bola sepak dan menjadi pom2 girl yg duduk diam2 ja sambil kontrol ayu di astaka dengan harapan dia tambah power di padang kalau nampak aku duduk2 dengan penuh gaya menawan. Haha. Tapi kadang2 dia pandai hilang fokus kalau aku ada menonton sebab mungkin dia takut ada penyokong lain mau mengurat time duduk2 di astaka ataupun dia malu2 kucing untuk jadi lebih hebat di padang. Woha (tagline keretamayat).

Aku sanggup berkorban semampu yang boleh untuk support dia dalam sukan bola sepak sebab aku tau itulah sebenarnya cita2 dia. Aku rasa dia masih ada masa untuk mencapainya kalau dia betul2 fokus dan berusaha dan aku pun masih berharap kalau cita2 itu boleh tercapai. Tengoklah macam mana.

So, selamat berdiet Nani dan Panjang....

1 comment:

Aki said...

selamat berdiet kak.. he he he.. :-p.. Bulih tu.. jan susah.. :-p