Wednesday, 29 February 2012
Jangan Feeling Lawa Selalu
Tuesday, 28 February 2012
Adik-Beradik Keluar Bersama
Selingkuhan Suami ku ..
Monday, 27 February 2012
Wedding Diary
So what? Pening aku baca status orang di Twitter nda abis-abis membodek Yana Samsudin lebih-lebih lagi bila dorang fly ke KK dan Sarawak. Sampai hari ni, status twit masi sesak oleh peminat2 dorang gara-gara Adnan Sempit. Dan aku? Aku nda rasa pun filem tu bagus. Bagi aku Adnan Sempit hanya satu bentuk filem yang hiburan semata-mata tiada mesej bermoral yang jelas dan not my tastelah actually. Aku rasa lagi best Bujang Terlajak dari Adnan Sempit ni. Diakui, dalam panggung nda sunyi dari tawa hilai penonton, termasuk laki aku. Sesekali aku jeling dia dan bertanya dalam hati, apa yang lucu ah? Hadoi, memang aku tiada perasaan betul dengan filem ni walaupun aku juga minat Yana not Sahizey, Nabil yes! Tiba-tiba minat Nabil mungkin sebab dia hansem macam laki aku. Hansem? Lu pikirla sendiri. Hahahaha...
Dan apa pula filem yang selepas aku tinguk, balik2 aku mention bila bercerita sama laki aku dalam kereta? Yeah! WEDDING DIARY !!!!
Aku nda juga minat filem Cina ni kalau bukan filem yang berkisarkan sejarah/dulu-dulu tu pun memilih juga tapi masa tunggu kena singgah (utk pulang) oleh si Ghazali malam hari Ahad tu, kami isi masa tinguk wayang. Mula-mula mau tinguk This Means War (aku suka Reene Whiterspoon. Aku lupa ejaan, antam ja) tapi lambat dia main so, bila baca sinopsis Wedding Diary, hati terus terpaut dan sekali masuk panggung, hanya kami bertiga Melayu dan pakai tudung dalam panggung, yang lain semua Cina ! Hahahaha... Start ja wayang tu, kepala ku tegak nda guyang. Pembuka ja sudah siuk berabis dan lucu. Nda buleh cakaplah, memang ngam tepat terpahat dalam hati filem ni. Perlukah aku bagi sinopsisnya? Bah bulihlah aku cerita skit.
Begini, ia mengisahkan seorang lelaki yang nda kaya (bukan miskin sebab dalam cerita dia seorang Engineer di Singapura) dan kurang hansem (sedikit huduh macam laki aku masa muda-muda dulu wakakakak!) Kawin dengan anak orang kaya dan cantik pula tu. So terjadilah konflik masa dorang mau buat majlis perkahwinan yang mana gadis tu rupanya anak orang yang paling kaya di Singapura iaitu Collin Chong! So situlah cerita dia, di mana tu lelaki hampir muflis sebab menanggung kos perkahwinan yang sangat mahal tetapi cuba menyembunyikan masalah kewangan dari isterinya... Yang lain, pigi tinguk sendiri hehehe.. Memang lucu! Hahahaaha.
Dan kemarin, balik2 aku cerita pasal filem ni sama si Ghazali sebab awal cerita dia nda sempat tinguk. Dia datang lambat!
Dan sebenarnya, kenapa aku suka filem ni sebab sangat berkait dengan kami laki bini. Kini, aku gelarkan bapa ku sebagai Collin Chong dan laki aku sebagai menantu Collin Chong hahaha...
Paling lucu bila Colling Ching pigi jamin menantu dia di balai polis sebab bawa duit palsu bikin bayar hotel tempat dorang kawin. Kekekekekek! Rusak bah urang kaya hahaha. Lucu betul tinguk ekpressi muka si Collin Chong. Aiyak, macam bapa aku wooo.
Persamaannya ialah, aku kira anak orang kayalah juga (nah, jaga kamu. Temberang suda ni), walaupin kekayaan bapa ku ndalah macam si Collin Chong dan bapa aku ni nda suka sama menantu pilihan anaknya (nda setaraf dan kurang hansem hahaha). Astaga, ketawa ja aku ni.. Cuma bezanya, si Keat (menantu) seorang berdikari tapi menantu bapa ku ni anak manja.. Tahun 2010 bapa ku kasi beli aku kereta Toyota Land Cruiser (kereta ninja dulu-dulu). Sekali tahun lalu roadtaxnya mati, kami kasi balik tu kereta sama bapa ku sebab roadtax mahal dan jugha tayar botak sudah semua.. Mana mau cari duit bikin renew dan beli tayar? Tayar 1 biji pun suda berapa? Pastu kena saman lagi sebab nda perasan roadtax mati suda.. Nda pasal2 kantoi masa roadblock. Hahahaha! Lucu! Lucu! Kasian butul! Last2 beli Honda Accord yang roadtaxnya dan tayarnya bulilah ditanggung sikit walaupun duit tu aku kurik juga dari akaun company sebab akulah anak si Collin Chong! Adui, bah! :)))
Sori! Bukan mau aibkan suami aku yang aku cinta tu tapi inilah realiti dunia. Sebenarnya moral filem ni ada dua yang jelas!
1. Wanita kaya dan cantik nda juga pandang pada rupa dan harta pada lelaki asalkan lelaki tu ada 'hati'. Mean, jujur, respek, setia dan cinta sampai mati sama perempuan. Dan dlm filem ni juga persepsi ku sendiri, itulah yang berlaku. So kepada lelaki2 yg kurang hansem diluar sana kamu masih ada peluang mengurat sama si Neelofa! Sori, Lisa Surihani sudah kena ambil duluan.
2. Bakal2 pak mertua, janganlah nilai bakal menantu dari segi kemampuan wang ringgit... Manusia bukan bernilai di situ saja. Kenali dulu hati budinya. Asalkan dia ikhlas mengahwini anak kamu. Ya sejak 6 tahun ni laki aku memang daif tapi alhamdulillah dia masih boleh jaga aku dengan baik berbanding bapa aku jaga mama aku.. Mama aku sejak 29 tahun yang lepas belum abis deritanya.. Nda payahlah aku cerita panjang. At least, suami aku walaupun tiada harta tapi ada HATI. Aku jauh lebih bertuah dari mama ku kalau dari segi rumahtangga. Alhamdulillah. Anugerah Allah.
Dan filem ni memang mengharukan! Kamu pigilah tinguk.
Saturday, 25 February 2012
Ayam Goreng
CP masi jam ka? 1B? Suria?
Skandal cousin aku sms tadi suruh aku join dorang tinguk wayang tapi malaslah pulak jalan. Sejak minggu lalu dan minggu ini, kalau mau keluar kena laki yang bawa atau naik bas atau naik chater atau ahhh! Diam! Kereta antik kesayangan tinggal di Pitas sebab minggu lalu balik sini pak dan mak mentua aku ikut jadi inda bah buat sana Honda. Adik aku pun ikut juga jadi berehat mendrivelah dulu sebab kami bawa kereta beliau Toyota Land Cruiser atau kami panggil Wagon. Nda lagi aku campen bawa tu kereta, sudahlah manual, besar lagi pulak. Bawa-bawa berehat.
Cakap pasal makan, lainkan kalau kita mau makan sesuatu tu tapi kita tiba-tiba tukar menu lain. Mesti rasa macam nda puas. Walaupun kita sudah makan dua, tiga jenis makanan tapi rasa macam masih mau lagi sebab makanan yang sebenarnya kita mau tu belum kita telan.
Tengahari tadi patut makan nasi dengan ayam goreng tapi adik belanja makan di luar dan aku ambil soto. Ya kemarin siang dan malamnya aku tiada sentuh nasi hinggalah tadi. Opps! Ada pulak bah. Balik dari KK tu makan pula kami semalam nasi. Aik, pelupa sudah tapi hati masih nda keruan.
Dua orang adik bujang perempuan aku ada di rumah ni sekarang. Kami pakat-pakat tadi mau turun KK tinguk wayang dan lepak sana Anjung Senja tapi nda semangat mau jalan bila Nadia ada. Mau jalan tanpa budak bah baru bebas.. Jadi, dua urang bujang tu menidurkan diri dan aku melayan perasaan.
Sebenarnya sangat gelisah bila kita cuba mengontrol diri untuk makan sesuka hati. Nda susah pun tapi tulah, kita manusia ni seringkali tewas dengan nafsu sendiri.
P/S: Sebelum Mac mungkin aku boleh settlekan hutang kad kredit aku dan ianya sungguh melegakan... Insya Allah this Oct mau bawa si Ghazali honeymoon di Langkawi. Love... Love... Love... Aku hidup dengan penuh rasa CINTA... Uhuk! Uhuk!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kejadian Hari Ini
Thursday, 23 February 2012
Cerita Kawen-Kawen
Mungkin pasal aku mengupdate dari hanfon ja yang menglimitkan kekreatifan aku berkarya. Sangat limit.. Entry pun sangat skema sebab kau nda dapat main color sama font, kasi bold atau kasi miring tu tulisan bila mau highlight sesuatu ayat atau perkataan. So tiada keterujaan mau becerita yang siok-siok..
Bila mau post entry bergambar terpaksa send gambar dulu baru edit. Bila lambat edit, komen akan duluan masuk sebelum cerita sebenar lalu si Aki : mana ceritanya? Takkan gambar ja? ~ Naaa, kan. Kena tiau sudah.
Si Aming pula mau cerita kawen-kawen. Hmm, apa yang aku mau share pasal kawen aku? Yang penuh kontroversi tu ka? Hahaha.. Aiyo, macam nda sanggup mau mengimbas balik. Terasa sangat banyak onak duri dan ranjau sebelum naik pelamin.
Kami bertunang secara nda rasmi pada tahun 2004. Rasmi pihak lelaki tapi belum rasmi pihak perempuan kerana percanggahan adat dan budaya yang berbeza. Pihak suami aku mau pakai adat dia dan kami sudah tentu mau pakai adat kami juga sebab kelaziman pihak lelaki kena ikut adat perempuan kan? Dan sangat nampak kedua keluarga nda mau kompromi hinggalah akhirnya kami bertunang secara rasmi 2 tahun kemudian. Kau ada? Bertunang dua kali? Hahaha..
Tunang Januari 2006, nikah September 2006. Sepatutnya lebih awal tapi atas permintaan pihak lelaki maka ditunda hingga ke bulan September. Majlis berjalan dengan sempurna.
Boleh dikatakan, segala persiapan perkahwinan aku yang buat sendiri. Masa tu makcik2 aku, apatah lagi mama aku tiada pengalaman mengatur pasal kawin-kawin ni, so akulah yang ulang-alik KK beli kain untuk buat baju pengantin. Mak Andam dan pelamin pun aku yang tempah sendiri.
Apa yang aku nda pernah lupa, perkahwinan kami tidaklah mengundang kegembiraan seluruh keluarga terutama orang tua ku sebab dorang belum bersedia untuk mengahwinkan aku. Dorang masih mau tinguk aku menggapai cita-cita, namun bolehkah kita mengubah takdir? Jodoh? Ajal? Suami aku memang bukan siapa-siapa. Bukan pegawai tinggi, bukan lawyer, bukan pesuruhjaya Polis, bukan bos besar tapi itulah insan yang Allah pilih untuk aku.
Ibubapa mana yang nda mau perkara terbaik diterima oleh anak-anak kan... Tapi alhamdulillah kami bahagia dan aku jauh lebih bertuah dapat suami macam tu... Kenapa pula? Aku taulah, kekekekek! Senang atur juga bos aku ni, so setakat ini kasih ku sinta ku semakin banyak untuk dia.. Hahaha..
Dan gambar-gambar dientry yang lepas itu, haaa itulah kami. Sweet couplekan? Kan? Kan? Siapa nda kan, aku nda kawan! Hehehe.
Sekian entry kawen-kawen ku ni. Kalau nda cukup, minta lagi :p.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.