Monday 29 October 2012

Takut Menjanda

Ehehe..

Belum pun sempat aku publish komen di entry lama, buat entry baru sudah konon. Sebenarnya bukan nda sempat tapi line slow gila di rumah aku ni. Email dan whatsapp ja laju. Facebook, bbm slow.

Betul kata Qaseeh, kalau rasa-rasa tak boleh pikul lagi penderitaan, why not minta cerai or berceraikan?

Tapi wanita-wanita kebanyakan di Malaysia masa kini belum sebati dengan budaya cerai-verai ni. Mereka takut title janda. Mereka takut maruah tercalar jika menjanda. Mereka takut dingorat jantan-jantan gatal yang masi berbini. Eee, banyak ketakutan sebenarnya. Bukan senang.

Ya aku setuju, alangkah bagusnya kalau bila saja ada sesuatu yang menghalang kebahagiaan suami-isteri, isteri cepat-cepat bertindak untuk melepaskan diri dan jangan biar diri tersiksa, setahun? 3 tahun? 10 tahun? Apalagi kau berpuluh tahun.

Tapi wanita Malaysia ni memang tak sampai hati tukar-tukar laki. Bagi dia biarlah kawen sekali seumur hidup dan sanggup tersiksa fizikal dan emosi hanya kerana ingin mempertahankan rumahtangga. Hurm, rumit isu ni sebenarnya.

Kita suruh isteri bersabar, laki naik kepala. Kita mau suruh bercerai, tidak tenteramlah arash Allah SWT. Ada saja yang menggegarkannya.

Pendek kata, kalau kita rasa-rasa pendapat kawan-kawan nda boleh pakai, mintalah petunjuk Allah. Allah Maha Mengetahui.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 28 October 2012

Cinta Atau Duit?

Mari kita menulis tentang lelaki pula kali ini. Lelaki yang sudah menjadi suami.

Aku mulakan dengan tajuk Cinta Atau Duit.

Kamu rasa-rasa ada lagikah lelaki di dunia ini yang perfect? Mean, bukanlah dia ada keajaiban macam cerita dongeng yang mana-mana part dalam dirinya tiada point untuk dikomplen oleh orang lain.

Perfect pada syarat-syarat wajib saja. Urm, tak paham? Ok, direct to the point.

Secara umum pada mata dan fikiran ku, suami hanya ada dua jenis yang berlambak di dunia ni.
1. Suami yang mempunyai kerjaya dan kewangan stabil, mampu membiayai keluarga walau tanpa bantuan isteri. Tidaklah kaya-raya tapi 'mampu'. Dapat? Tapi walaupun mampu membuat isteri hanya mengangkang di rumah dan menghabiskan duit suami namun lelaki ni jenis suami yang payah lekat di rumah dan lagi parah kalau suka berpoya-poya di luar dan sering mengabaikan anak isteri. Hooooh! Penyakit! Penyakit!

2. Jenis kedua. Lelaki yang setia, penyayang, sayang bini, selalu ada masa untuk bini tapiiiiiiiii tidak mampu membuat bini hanya mengangkang dan menghabiskan duit suami.

3. Lelaki yang mampu menyara anak isteri dan mampu juga menyayangi keluarga sepenuh hati.

4. Lelaki yang sudahlah malas bekerja, pukul bini, kaki botol dan kaki perempuan. Yang ni kategori paling jahanam dunia akhirat (kecuali sempat bertaubat sebelum mati).

Percaya atau nda 4 kategori lelaki di atas menurut mata dan fikiran ku, adalah senario biasa dalam rumahtangga dari dulu hingga kini.

Apakah saranan kamu jika berjumpa wanita yang mengadu kategori 1,2 dan 4. Yang manakah kamu suruh bertahan dan yang manakah kamu suruh tuntut cerai secepat mungkin? Sudah tentu yang no4 suruh minta cerai teruskan?

Tapi bagi kes 1 dan 2 macam mana?

Aku pernah tanya beberapa kawan yang mengalami masalah 1, katanya lebih baik dapat yang no2. Duit tak penting, kasih sayang, kesetiaan dan cinta lebih penting.

Pada fikiran ku pula, no.1 lebih baik daripada no.2. Walah..... Kompius! Kompius!

Betulkah tidak mengapa tanpa duit asalkan dapat cinta?

Betulkah tidak mengapa tanpa cinta asalkan ada duit?

Ada pula pendapat, keduanya harus ada barulah hati perempuan dapat menerimanya.

Soalnya di sini, berapa saja wanita yang bertuah dapat kes no.3 di Malaysia ni?

Ada satu kes. Pengalaman kawan aku sendiri. Beliau bekerja tapi suami suruh berhenti kerana sunyi di rumah dan suami mampu tanggung. Kerana tidak mau derhaka maka dengan penuh taat siisteri meninggalkan kerjaya demi keluarga tercinta. Selepas berhenti kerja suami buat perangai. Jadi kaki karaoke dan simpan kekasih gelap sini-sana. Isteri diabaikan di rumah, namun begitu bekalan duit sentiasa cukup. Kawan tertekan dan kata, aku bukan mau duit! Aku mau kasih-sayang suami! So?

Yang satu kes lagi, suami penyayang, setia tapi malas berusaha untuk cari duit lebih. Isteri menanggung segala perbelanjaan rumah termasuk suami itu sendiri. Maka, dia pun berkata, apa ertinya cinta jika nafkah keluarga diabaikan. Biarlah kurg cinta asalkan cukup makan dan pakai...

Mean, kebanyakan responden mau pilih kes no.3 ya itu suami berduit dan penyayang tapi macam aku kata tadi tidak ramai kot yang bertuah dapat suami sempurna begitu.

Kebanyakannya harus memilih sma ada no.1 atau no.2 punya kes.

Aku sudah lama fikir hal ni. Kita mendengar masalah rumahtangga rakan-rakan kita bukan untuk dicanang ke sana ke mari tapi ambillah iktibar dan belajar darinya.

Pesanan ku, kalau susah-susah sangat, tinggalkan saja lelaki bodoh macam tu.

Urm, ingat cerai senangkah? Lagi pening kepala fikir banyak prosedur. So?

Aku tunggu jawapan korang pulak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 27 October 2012

Idul Adha

Pelik bebeno rasa badan...

Sangat keletihan.

Malam hari khamis tolong kakak ipar goreng ayam sampai jam12 tghmalam.

Kemarin bersilat didapur dalam kedaan kelam-kabut. Ingatkan tak jadi masak-masak, sekali aku datang rumah mama pagi-pagi ayam daging sedang berendam dalam bisin. Aik apa ceta ni? Mmg semalam adik ipar aku ada mesej, dia tanya mau masak apa sebab dia mau beli barang, kebetulan raya haji kali ini jatuh pada hari lahir anak sulung adik aku yg ke2 tahun, plan awal sambut sekali di rumah mak saudara sebelah rumah sebab sana ada kenduri doa selamat kecil-kecilan sempena hari lahir cousin (sama tarikh ngan anak buah) dan kelahiran anak si cousin (yang sambut bday). Nda bagitau pun dia ada beli barang.

Sudah tu, menu mula-mula nasi ayam ja, pastu aku pula meleret ke soto, lauk, sayur semua. Isk! Isk! Haa, tanggung sendiri. Jam9 gitu baru sibuk ke pasar beli ais, serai, limau, cili dan lain-lain. Terpandang pakis, beli 3 ikat. Pung pang, pung pang, siap solat Jumaat baru semua makanan ready. Akhirnya menu nasi ayam, soto ayam, daging payau masak kicap, pakis tumis, sejenis siput (bukan siput sedut) direbus sedap makan cicah dengan limau.

Abis acara sini, ke sebelah pula rumah mak saudara. Sana lepak saja sebab nda larat makan suda.

Balik dari rumah macik (malam), aku hentam 2 pinggan nasi dengan siput tu.. Klu 50 biji, ada kot aku makan, ngeeee!

Dalam jam9 malam, aku balik rumah aku. Laki aku tiada, dia ke rumah cousin dia, juga kenduri. Tengok tv sekejap pastu aku tukar cadar tilam (sebulan kot nda berganti) dan masuk tidur dulu. Namun, tidur aku tidaklah senyenyak hari biasa kerana aku diserang batuk berkahak. Mau peluk laki pun nda selesa, baru ampai tangan, sudah uhuk! Uhuk! Kesian laki, sedap-sedap tidur terjaga oleh batukku yang kuat gitu.

Pagi tadi bangun jam6 terus keluar simbol mentol dalam kepala. Ooo, aku teringatkan makanan. Ok, aku lapar. Sangat lapar. 2 pinggan dan 50 ekor siput tiada kesankah semalam?

Terus bergegas ke sebelah (rumah mertua yang diduduki bersama oleh 3 beradik suami, 2 berlaki, sorang bujang dan 3 anak-anak buah). Apa motif mau bagitau jumlah isi rumah ni? Banci ka apa...

Saja mau bagitau sebab dengan jumlah isi rumah yang agak luar biasa, aku sepatutnya tebal muka sikit mau ambush dapur orang pepagi, tapi ada aku kesah? Hari ni aku nda kesah tu semua asalkan aku dapat makan.

Rumah aku? Kalau time-time sibuk macam ni memang dapur aku kosong sebab tiada orang pun akan mengusik nanti. Nanti berbulan stok makanan nda abis sebab hidup aku ni, asik ke sana ke mari. Rumah macam persinggahan saja. U understand?

Harap2 adalah baki-baki sup tulang, nasi pulut kuah kacang tinggalan open house mertua kemarin, sekali check, nada! Huuuuh, sedihnya hati tapi apa boleh buat. Goreng mihun sajalah nampaknya.

Lepas bekpes, aku basuh baju sebab cuaca hari ini agak cerah. Isnin laki mau balik Kudat sambung training bola, nanti nda kering pula stokin-stokinnya. Air pula punyalah slow keluar dari paip. Adeh. Baju-baju ja yang sempat cuci, cadar, selimut dan tuala kotor terpaksa cuci esoklah.

Siap basuh baju, bergegas ke rumah mak saudara yang sorang lagi sebab anak tirinya buat kenduri bercukur untuk baby. Ikutkan hati aku memang nda larat sudah ni tapi nanti apa pula katanya. Rumah macik aku sorang ni bukan selalu buat kenduri so haruslah hadir.

Time kenduri, sepupu aku yang keja di Yapiem Otok (Siti Noorjannah) buat plan pula pigi piknik ni petang. Ooo hati ku tetaplah mau join tapi balik rumah aku sidai kain yang nda sempat sidai pagi tadi. Sempat lagi tingu siaran ulangan si Kimora dan aku tertidur. Memang baring tingu tv tu motif tidur pun. Dalam tidur aku sedar aku macam meracau. Tandanya, kepenatan yang terlampau dengan kesihatan yang nda berapa baik. So, cancel pigi piknik. Sejam tidur, terjaga dan update blog, kenapa aku tiba-tiba rasa mau makan di rumah mama lagi ni?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 24 October 2012

Cawangan BSN Paling Ekstrem di Malaysia!

Kenapa aku gelarkan ekstrem, sebab berbau kurang menyenangkan dan lantai yang sentiasa kotor.

Kita faham kebanyakan yang berurusan di sini ialah orang kampung yang jalanrayanya bukan aspal, kalau bukan pasir melekat ditapak kasut, lumpur sudah tentunya.

Bau badan manusia yang meredah hujan panas menyebabkan perpeluhan menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan.

Aku kurang pasti jika jadual pembersihan bank ini tidak boleh dilakukan dengan kerap tapi aku rasa patut dikerapkan kerana keadaan ini agak memalukan.

Aku kalau tiada urusan penting di sini, memang nda sanggup masuk. Hilang keselesaan.

Untuk pengetahuan, bank ini sentiasa sibuk kerana satu-satunya bank yang mesra rakyat untuk daerah Kota Marudu dan Pitas. Namun kalau boleh, tingkatkan lagi kebersihan. Ini bank bukan pasar.

Sekian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yang Aku Heran Tentang Hal Kekeluargaan

Sejak kawin aku memang selalu mengalami konflik terpencil tentang silaturahim keluarga. Pertembungan budaya antara aku dan suami. Kami sangat berbeza sebenarnya dan seboleh aku kena mengikut cara dorang dan kalau boleh juga aku meninggalkan terus cara ku.

Keluarga suami mempunyai budaya yang dari luaran nampak erat, mesra dan meriah. Yes! Kalau ada majlis kahwin atau kenduri dorang paling manang. Kecoh sekampung. Best jugalah, sepupu-sepapat sangat rajin dan pandai pulak di dapur tapi aku nda pandai sesuaikan diri dengan kekecohan atau kemeriahan yang tercetus!

But at the other side bilang urang putih sesat, ada kepincangan juga sebenarnya. Urm susahlah aku mau hurai di sini. Hal dalam kelambu.

Kami pula, oleh kerana aku merupakan anak mualaf, maka lebih ramai keluarga yang bukan Islam (Kristian). Kemeriahan apa juga aktiviti tidaklah terasa sangat kerana bilangan kami yang beragama Islam sangat sedikit. Kalau ada kenduri pun kami jenis yang slow motion ja so nda heranlah kenapa aku susah menyesuaikan diri dengan kekecohan.

Yang adakalanya buat aku tertekan, setiap aktiviti keluarga suami harus dihadiri, jika tidak, rasa seperti ada pemarkahan de merit. Aiyo! Aku pula jenis yang pendiam so rasa macam susah masuk kod dikalangan ipar-duai yang lain tapi tidaklah kritikal sangat tapi hal-hal dapur aku ni malas sikit. Hehe.

Oklah, dipendekkan cerita (macam makin berbelit sebelum sampai ke isi penting), aku harap family suami faham kalau aku nda dapat hadir semua acara tidak kira penting atau tidak. Janganlah itu dijadikan ukuran dan disalah ertikan bahawa aku ni ahli keluarga yang baik atau tidak. Dorang harus faham latar belakang aku.

Maksudnya, aku tidak dibesarkan dalam suasana yang tiap minggu ada kenduri, ramai sepupu, kecoh dan meriah. Aku harap dorang faham kalau aku nda mau ikut serta. Walaupun sudah 6 tahun aku dalam family baru namun budaya itu masih tidak sebati dalam diri aku.

Kehadiran dalam acara bukan ukuran pada silaturahim. Kalau hanya bertegur sapa diketika kenduri-kendara dan dihari2 biasa tidak, sama juga ceritanya.

Aku dengan keluarga bukan Islam di kampung walaupun jarang jumpa, tapi bila aku balik kampung aku rasakan silaturahim lebih erat berbanding family aku yang balik2 jumpa di kenduri. Aku akan jemput macik-macik datang rumah, minum petang bersama, bersembang dan gelak tawa bersama. Ya, mak2 sedara aku sebelah mama memang spoting.

Beza dengan senario keluarga Islam ku. Kami selalu bekerjasama dalam kenduri kahwin, kesyukuran, doa selamat mahupun kematian tapi sebenarnya ada gunting dalam selimut. Kepura-puraan bila berdepan, di belakang macam-macam sangkaan.

Letih untuk memaksa diri mengikut budaya yang baru dalam hidup kita. Tidak diikut, kecil hati bagai. Sebab itulah aku tidak mimpi mau jadi isteri kerabat Diraja, menteri dan apa juga jenis VIP.

Aku nda suka hidup yang ada protokol. Aku mau jalani hidup dengan cara sendiri. Aku tidak suka dinilai, bersaing dan berpura-pura.

setelah panjang lebar celoteh ku, sebenarnya aku mau cakap, raya haji tahun ni aku mau sambut bersama family ku. Suami biar sambut dengan familynya. Suami juga ada masalh untuk menyesuaikan diri dengan family ku atas sebab title diri.

Dan aku harap my mertua nda payah mau sangka bukan-bukan. Aku bukan benci dorang tapi biarlah aku memilih apa yang aku suka dan selesa. Dorang ni sensitif dan menjadi satu tekanan sama aku untuk memenuhi keinginan dorang. Berilah kebebasan tanpa prasangka. Aku tau aku manusia yang banyak kelemahan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 23 October 2012

Makan Gaji atau Surirumah?

Kalau kita mengupas perihal kehidupan satu-persatu, cinta, rumahtangga, anak-anak, keluarga, kawan-kawan, jiran, kewanitaan, kecantikan, kesihatan dan macam-macam lagi memang sampai mati nda akan ada penamatnya.

Tapi dalam hidup ni banyak konflik, masalah, tekanan, kekeliruan, persoalan dan berbagai lagi. Disanalah kita perlu untuk menrungkai satu-persatu agar dapat apa yang diingini sebagai panduan dalam setiap tindakan kita.

Soal kewanitaan aku suka ke jumiesamsudin.blogspot.com. Ya penulis seorang staf USM, berbadan besar, hitam manis, asal Penang, kelakar orangnya dan seorang wanita yang sangat positif dan yakin diri walaupun saiz badan tidaklah seramping Rozita Che Wan!

Baru2 ni topik beliau ialah 'siapa kita wanita' dan menyentuh sedikit tentang wanita berkerjaya dan wanita yang hanya menumpang rezeki suami.

Mesej sebenar entry itu ialah, wanita harus berdikari, kalau suami mampu tanggung tak bole enjoy saja tanpa memikirkan masa depan. Kelak tiba-tiba suami sakit, mati atau kawen balik apakah persediaan kita? Cuma yang macam kurang sedap ada unsur over confident bahawa bila wanita ada kerjaya, apa mau takut suami kawen lain!

Aha! Skg mmg bole cakap begitu tapi kalau betul suami kawen haruslah menangis darah sehari dua, ya dak?

Bagi yang bercadang dan sedang menyandang jawatan surirumah sepenuh masa, agak seram membaca entry ini bila beberapa risiko kehidupan dinyatakan dengan bunyi yang agak kritikal. Ya, terasa gue!

Tapi bagi aku yang berlagak presiden persatuan suri-surirumah seMalaysia ni, jangan gentar kak! Kuatkan semangat untuk terus berkhidmat untuk rumahtangga seikhlas hati.

Soal cerai, sakit dan mati urusan Tuhan yang perlu kita jalankan peranan kita sebagai ibu dan isteri. Malas kadang2 tu nda apalah. Kita bukan robot yang harus merajinkan diri 24jam sehari.

Tapi menjadi seorang surirumah juga perlu ada ilmu asas. Yang paling penting pandai buka pesbuk! .......................... Eh, silap.

Pesbuk boleh untuk kita mengetahui isu semasa dunia tapi jangan gunakan untuk menunjukkan perfect life kita yang mungkin hanya diluaran. Gunakanlah pesbuk untuk mengenali rakan-rakan baru dan terus berhubung dengan rakan-rakan lama. Jangan guna untuk menunjuk, cari gaduh apatah lagi. Jangan mengundang kedengkian rakan-rakan. Biar berlagak humble walaupun di alam maya. Kamu pun tau pesbuk tu macam-macam gaya manusia. Berlumba dan bersaing mau tunjuk pada dunia hidup siapa lebih baik, lebih romantis dan bahagia. Ah! Ada aku kesah?

Setakat pengalaman ku jadi surirumah ni, adalah tips yang nda seberapa aku bulih bagi. Silakan.

1. Sebelum ambil keputusan untuk jadi surirumah adalah lebih baik mempunyai pengalaman kerja paling kurang 3 tahun. Lebih lagi baik. Kalau yang sejak bujang sudah kerja, untunglah.

2. Jangan lost contack dengan bekas majikan. Nda kiralah dengan bos mahupun rakan-rakan sejawat, tukang air dan tukang sapu. Lawat opis lama selalu dan kekalkan hubungan baik. Dihari2 perayaan jemputlah satu opis datang rumah, raikan dorang. Manalah tau tiba2 kita menjanda, bolelah minta simpati untuk diambil kerja semula. Boleh gitu? Apapon boleh. Sila postifkan minda.

3. Jika suami bagi duit belanja rumah jangan joli semuanya. Anggap itu gaji dan buat simpanan tiap bulan. Yang si Jumie geram tu, duit yang suami bagi bulat2 dihabiskan untuk enjoy saja.

4. Cari-cari peluang bisnes kecil2an. Timba pengalaman dan sebagai pembuka minda. Anak, anak juga tapi kita kenalah tambahkan ilmu juga. Kalau suami mmg kaya raya, bukalah perniagaan salun ka, restoran ka, dan apa sajalah yang sesuai.

5. Oklah, aku pun baru setahun jagung itu sajalah tips yang ada. Hampeh tak? Hampeh tak? Hehe. Aku harap 4 tips keramat tu berguna barulah si Jumie respek kita sebagai surirumah yang 'berisi'. Kan best, disamping hanya mengangkang di rumah dalam diam kita juga ada persediaan untuk hari esok.

Untuk tidak mencemarkan nama baik surirumah, laksanakanlah tugas kita di rumah sebaik mungkin. Aku pun nda perfect dalam soal ni tapi usaha tu yang penting. Ada masa suami tegur juga bila aku lebih melayan bb daripada masak pada waktunya. Kan? Hahaha. Surirumah moden biasalah, sibuk bbm, sibuk fb, sibuk whatsapp, sibuk blogging. Penting tu!

Ok tips tambahan bila jadi surirumah, sila jaga kecantikan. Tiada salahnya kita labur duit suami sebanyak RM2500 beli sepasang lingerie pembentuk tubuh. Juga tiada salahnya mengamalkan jamu2 kasi sempit lubang faraj untuk kebahagian suami sendiri.

Surirumah zaman sekarang bukan lagi surirumah macam zaman dulu. Sepatutnya surirumah zaman sekarang setaraf dengan wanita berkerjaya dan sepatutnya lagi bergaya dan indah hidupnya.

Soal risiko kawin lain, mati dan sakit... Macam aku cakap tadi itu semua urusan Allah. Wanita yang tetap didalam rumah mendidik anak, menjaga kehormatan diri dan ikhlas berbakti pada suami (pk kos seks paling utama) adalah wanita yang semulia-mulia di sisi Allah. Jangan takut pada risiko itu. 4 tips di atas insya Allah boleh membuka jalan dengan izin Allah andai tiba masa kita diuji dengan risiko tersebut.

Kita yakin dengan kuasa Allah, kalau kita ikhlas mau jaga keluarga, pedulikan persepsi duniawi pada kita. Kita hidup untuk akhirat bukan dunia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 20 October 2012

KL 4-8 Okt 2012

Sudah hampir seminggu aku balik dari becuti di KL tapi masih belum update di sni. Ya, kemalasan melanda.

Tahun ni target mau guna duit sendiri tapi itu-ini melanda terpaksa pakai duit bapa lagi.

Mungkin ada yang kata "ee, bestnya kau, diam2 di rumah pun ada duit. Buli becuti, buli itu-ini". Ya bunyinya memang gitu tu. Semua best ja tapi sebenanrnya memang nda best!

Satu kalau kau boros pakai duit yang hanya atas nama kau tapi bukan titik peluh sendiri, adalah yang berleter, kata kau macam-macam. Ya, my bapa memang agak celupar sikit mulutnya. Dia tak kira apa perasaan kau bila becakap.

Dan agak memalukan diusia ini, kau masih belum dapat berdiri dikaki sendiri.

Tapi aku dapati banyak senario bila mak bapa mampu, anak pula menumpang senang. Bila anak senang, mak bapa pula yang menumpang mampu.

Mungkin rezeki kami masih ditangan bapa agaknya. Cuma bapa adakala terlalu berkira dan suka mengungkit.

Ok stop blame orang tua, berdosa.

intipatinya aku nda gembira pun hidup menumpang kesenangan begini.

Aku ada tulang empat kerat yang masih terlalu kuat untuk berikhtiar sendiri.

Mungkin bapa nda paham tapi aku sedang berusaha sedaya upaya cuma aku tidak dapat melawan godaan untuk menikmati kesenangan di depan mata.

Bapa, ampunkan anak mu.

Ok, balik kita ke cerita percutian ku.

Seperti yang kamu tau (bagi yang tau), laki aku nda ikut sebab ngam2 dia training bola di Kudat. Aku frust sangat, hampir2 aku pun nda mau jalan tapi time tu bermacam benda dalam kepala, so mau kasi kosong sekejap, pigilah juga aku.

4hb:
Aku sampai LCCT dalam jam11 mlm begitu. Jijah, Man dan Syima datang jemput aku di apot. Masuk ja dalam kereta kami terus balik rumah. Aiyak! Dia nda bawa aku makan di mana-manaka? Aku kalau sampai kL makan ja dalam kepala ku. Selera Melayu sangat! Rupanya, dorang sudah kasi tapau sate untuk aku dan makan di rumah.

5hb:
Pagi pg KL survey barang pengantin di Plaza City One. Tempat ni memang syurga pengantin. Baju-baju di sini memang the vass! Mau gatal ja tangan aku pi cocok duit mau borong baju pengantin tapi masih sedar diri lagi masa tu. Tunggulah duit sendiri dulu.

Petang balik rumah, mandi, malam dinner di Nando's dengan family Jijah dan kawan-kawan lain.

Nando's? Macam Kenny Rogers. Jual ayam tapi KR lagi sedap kot.

Pas makan, balik, tidur. Aik, simple sangat plannya. Ingatkan kena bawa pg iCity ka, what ever la hehe. Oo, esok subuh kena bangun awal bertolak ke Cameron.

6hb:
Seawal 4.30am kami bertolak ke Cameron dan seharianlah di sna. Nanti tengok gambar apa aktiviti kami di sana.

Komen pasal Cameron, Sabah juga ada tanah tinggi yang sejuk macam ni. Rupanya Cameron sudah dimajukan sebelum merdeka lagi dalam tahun 1930/1940-an gitu. Orang Inggeris yang buka ladang di sana. bangunan2 lama hasil peninggalan dorang masih adalagi. Patutla, Cameron lagi cun dari Kundasang. Tapi heran juga, Kundasang dulu pun ada juga orang putih masuk tapi kebapa dorang nda buka macam Cameron?

Dan, mana jutawan2 Sabah ni? Kenapa x buka ladang strawberry yang besar2 dan kebung bunga yang besar2 di Kundasang? Sayangnya aset dibiar sepi begitu saja. Padahal Kundasang boleh jadi Cameron boleh jadi Genting pun. Haiyaaa... Kalau wa kaya, sudah lama wa buka itu Kundasang woo. Kasi maju, kasi lamai olang datang.

7hb:
Pagi bekpes di rumah ja. Jijah masak. Nama Jijah ja kena sebutkan? Op kos la sebab aku tumpang rumahnya di Klang.

Pastu, dia buat kek red velvet dan pavlova! Sedap! Budak ni memang rajin dan pandai masak. Siapa kawin sama dia, say no to jaga badan, haha.

Petang, dia bawa pg GM (gedung memborong). Tershopping aku sebab di sini memang jual barang harga borong. Rm150 ja aku buang, macam-macam aku dapat. Seluar, skirt, minyak wangi, sepasang wedges, baju tidur, dan beberapa lagi. Memang best shopping di sini.

Next, kami beli barang dapur utk steamboat malamnya dan aku terpandang daging kambing yang sudah diperap, menu bertambah lagi satu jenis. Hehe.

8hb:
Tidak ke mana-mana dari pagi. Jijah sempat buat cheese tart untuk aku bawa pulang ke KK. Petang terus ke apot. Jam10 malam, sampai KK.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 5 October 2012

Niat Di Hati Tak Nak.......... ???

Aku mau sangat jadi anak yang berdikari.

Walaupun bapa aku mampu melebihi kemampuan ku tapi aku mau juga menyumbang sedikit.

Namun rezeki belum sampai kot.

Mau dijadikan cerita, ok sejujurnyalah aku cerita sama kamu.

2009 aku ke semenanjung separuh pakai duit aku, separuh pakai duit bapa. Bajet sepanjang di sana hari tu RM4000 mmg soping sakanlah juga.

2010, 2011 semua pakai duit bapa (dalam accaount company).

Dan tahun ini sepatutnya aku pakai duit aku sendiri TAPI tiap kali aku dapat duit untuk belanja aku ke KL ada sajalah hal yang merampas duit tu.

Kalau kamu tau, aku sedih sangat. Betul aku sedih. Niat dihati kali ni mau pakai duit sendiri tapi sudah takdir duit tu bukan rezeki aku. Terpaksa pakai duit company juga :(.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 4 October 2012

Tukar Dressing

Bercakap tentang fesyen...

Seringkali buat kita keliru.

Bila keliru, kucar-kacir identiti.

Hahaha.

Ya aku pun mengalami sindrom yang sama.

Punyalah banyak fesyen orang bertudung sekarang, bukan saja artis, orang biasa pun tak mau kalah bah.

Pigi kamu di soping kompleks, mesti banyak Hana Tajima celup.

Ada yang cantik ada juga yang pelik.

Ok tadi dalam LCC, kami sajalah sembang2 pasal dressing ni. Dorang kritiklah pemakaian ku kemarin bilang macam tante' hahaha. Dengan nada yang lucu sekali.

Selepas lucu, aku berfikir balik.

Yah, teguran lucu itu baik.

Aku sudah mula lupa dan keliru.

Dan juga mungkin ketinggalan.

Aku nda pandai berhijab macam Diana Amir yang asasnya style Hana Tajima.

Aku suka gaya tu tapi aku nda mampu.

Aku rimas main lilit tudung.

Aku rimas terlalu stylist walau hanya lunch di luar.

Gaya ku yang ku tau:

Simple

Cepat

Kemas

Bebas

Sopan

Lembut

Santai

So itulah hasilnya aku jadi 'tante' hahaha.

Dan bagi keadaan2 yg kurang memerlukan, aku mau kelihatan seperti orang di belakang tabir.

Terbelakang sangat.

Bukan setakat di belakang tabir tapi menjadi di belakang jamban. Kah! Kah! Kah!

Oklah, aku suka teguran membina.

Nanti ku fikir2kan semula dan buat apa yang patut.

Bersambung....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 3 October 2012

Kawan-Kawan Facebook

Dari kiri: Maria, aku, Rini dan Diana. Depan: mami Yasumoi


Kalau tidak silap sejak tahun lepas Ladies Chit Chat ditubuhkan grupnya difacebook yang mana diasakan oleh seorang rakan dari Pitas bernama Kelly.
Mula-mula aku aktif sekejap masa awal2 penubuhan kemudian menyepikan diri selama berbulan. Lepas tu aktif semula hingga sekarang.
Apakah tujuan grup ini?
Mulanya hanya untuk berkongsi maklumat tentang rahsia kecantikan dan kawanitaan tapi oleh kerana kebanyakan ahli sudah mesra dan agak rapat sesama sendiri, maka kini LCC lebih kepada kumpulan sokongan kepada ahli yang mempunyai masalah rumahtangga.
Macam-macam rencah kehidupan yang ada di mana selama lebih dari 6 bulan tidak putus-putus mengikuti perkembangan dalam grup, sedikit-sebanyak sudah memberi sedikit iktibar dan pelajaran kepada diri aku sendiri. Mendengar cerita suka-duka kawan dan juga suka duka sendiri dikongsikan pada mereka pula.
Kemarin kami mengadakan perjumpaan time lunch untuk menyambut kedatangan salah seorang ahli yang menetap di Selangor balik ke Sabah untuk bercuti. Ni juga kes gaduh dengan suami dan kami jumpa dia untuk bagi sokongan moral.
Sebenarnya aku pun ada sedikit kekacauan jiwa tapi bila sudah bertemu mereka yang hanya kenal di alam maya, terasa diri tidak bersendirian lagi. Terubat sedikit kesunyian dalam hati dan rasa bersyukur, sudah ada tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan. Apapun dugaan di dunia jika kita ada sahabat yang setia, maka kita dapat melaluinya dengan mudah.
Selesai lunch (aku hanya makan mihun sup seafood), aku check in di Century Hotel, berehat sekejap kemudian berjalan kaki ke Pasar Pelipin yang lebih kurang 1km dari hotel. Membeli beberapa kiriman si Jijah dan Cik Dot.
Pulang dari pasar, singgah di Kg. Air, Restoran Sri Melaka melantak Asam Pedas dan Sayur Manis masak belacan. Niat, lepas makan di Sri Melaka terus ke Old Village Seafood (sebelah CIMB Bank) mau makan sayap ayam, sate dan udang stim tapi nda jadi sebab perut sudah agak kekenyangan. Amboi, nafsu nda sama dengan saiz badan hihi.
Pastu balik hotel dan tidur. Kepala sakit skit sebab malam kemarin nda cukup tidur. Jam3 subuh aku tebangun sudah sampailah pagi ni.
Malam ni flight ku pi kL. Masih sedih suami nda dapat ikut tapi nda apalah. Biasakan diri enjoy sorang-sorang. Suami nda kuasa mau bekepit sama kita sepanjang masa. Pedulilah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Tuesday 2 October 2012

Tweet from @ustazmohdizhar

@ustazmohdizhar: "Harta haram:bakal ditimpa ujian harta yg banyak cpt dirompak,curi,khianat,dan doa orang yang terkena zalim daripadanya juga lebih makbul."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 1 October 2012

Sepatutnya Teruja Tapi Tidak

Walaupun nda bawa banyk duit, walaupun kali ini buat simple saja tapi sepatutnya bermakna...

Percutian ke KL 4hb (lusa).

Kalau tahun lepas aku sambut bufday di KL, tahun ini giliran suami. Percutian ni sepatutnya hadiah hari lahirnya tapi......

Dia nda dapat ikut sebab latihan bola sepak di Kudat. Sabtu ni dorang ada perlawanan persahabatan dengan Sabah.

Sudahla dia nda jadi jalan, hantar aku di airpot pun mungkin nda dapat. Nah lagilah terbunuh keterujaan ku mau p kL. Urm :(.

Di KL nanti adalah kawan yang akan ambil di airport, bermalam juga di rumah kawan. Berjalan2 juga dengan kawan-kawan di sana, alah kawan yang selalu datang Sabah tu, Man, Jijah, syima dan Cidot. Tu sebab aku x payah bawa duit beribu untuk bercuti di sana. Kalau kami perlu bermalam di tempat lain pun kami kongsi membayar semua perbelanjaan minyak, makan, penginapan... Semualah kongsi. Inilah percutian pintar namanya hehehe.

Sepatutnya rancangan awal kali ni mau ke Langkawi tp oleh kerana laki ku nda dapat ikut so Langkawi dibatalkan. Plan B, Bukit Fraser (kalau tak silap tempatlah ya... Man kata air terjun) ataupun Cameron Highland. Musim durian ka skang di sna? Kesian laki aku. Musim inilah yang dia tunggu untuk ke KL... Dia kan raja durian, aku boleh juga tapi nda berapa. Time mengandung anak aku dulu, sebakul durian pun buli aku habiskan. Masa tu ingatkan aku memang betul2 gila durian, rupanya hanya mengidam. Skang kalau jumpa durian pun, makan seulas dua, rasa cukup sudah. Kita tengok dan lihat di Keyhel nanti.

Memang aku nda excited mau jalan tapi try sajalah kan. Manalah tau ada benda baru di sana nanti. Eh lupa! Aku mau survey barang pengantin di Plaza City One. Oh di sana syurga pengantin. Jom! Jom!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.