Thursday 27 September 2012

Obses Kepada Kehamilan Kedua

Dalam entry-entry sebelum ni ada juga aku bercerita pasal aku memang mau sudah ada baby balik. Sejak tahun lepas lagi aku serius sudah untuk hamil kali kedua namun belum rezeki.

Kitar haid ku paling pendek 25, 25, 27 dan paling panjang pun 28 hari. Bulan lepas aku lambat haid 9 hari. Gugup aku dibuatnya, ingatkan hamil tapi rupanya tidak.

Dan bulan ini haid aku masih nda teratur, sepatutnya datang sudah kemarin tapi tiada.

Balik dari rumah mak saudara ku semalam (kami buat kuih-muih kering untuk buah tangan tetamu kenduri tahilil 5 Okt), dengan nda sengaja terpandang diri di depan cermin. Pelik benar bentuk perut buncit ku. Berkali-kali aku membelek perut depan cermin. Aik! Memang pelik...

Kan, kalau dah obses sangat mau mengandung sensitif sangat dengan apapun perubahan tubuh sendiri. Isk! Hehe.

Rekod kitar haid ku sejak bujang memang teratur sehinggalah melahirkan anak pertama. Cuma berubah dari segi kuantiti darah. Time bujang haid aku 7 hari, sekarang 5 hari dan kes-kes lambat datang haid tidak pernah berlaku mahupun skip pada bulan-bulan tertentu.

Bulan lepas lambat, bulan ni lambat lagi, kalau negatif jugak, agaknya mau menoposlah kali ni kekekekek! Haih, main suspen-suspen baaa... Erm.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 26 September 2012

Banyak Kemahuan

Dimaklumkan bahawa kami masih sebok dengan kenduri talil arwah atuk yg meninggal 27 Ogos lepas. Esok jadual nak buat kuih untuk buah tangan tetamu dikenduri tahlil yg terankhir (hari ke40) pada 5 Okt. Tak dpt join hari last atok, aku pi KL. Telanjur sdh beli tiket bulan Feb lepas, sayang pula klu nda jalan. Biar pun bajet ku ciput tapi asalkan dapat jumpa kawan-kawan di sna oklaa. Tp aku difahamkan, kitorg akan ke Cameron Highland yang belum pernah ku pergi lagi. Sepatutnya pg Langkawi tapi laki ku nda jadi jalan so, cancel!
Kenapa dia nda pigi? Maklumlah sudah jadi star bola sepak. Ko tak paham? Sila diam! :p
Alhamdulillah. Hari ini dengan izin Allah dan rezekiNya yang luas, maka aku mampu melunaskan sisa-sisa hutang card credit ku yang tinggal rm500 lebih tu. Tapi sukacitanya dimaklumkan, ada kemungkinan aku akan disahkan tidak akan terjebak lagi dengan loan bank, coz nama aku sdh diblacklistkan... Hoooyeh!!!! Nda tau pun dan psl nda paham tentang pembayaran cc ni, begini pula akibatnya. Mean, aku malas bayar pada waktunya, kumpul 3,4 bln baru bayar. Haaa, dah kayoo rayoo bank tu makan riba interest dari aku! Baru tau, betapa eloknya jika ambil cc dari Islamik punya produk. Cis! Menyasal pun nda guna bilang Jimmy Palikat.
Keluar dari bank tadi, ada pula dealer Celcom buat promo jual tab murah made in Melesia jenama iPro. Isk, cun jgkla desain dia harga pun cun-cun melecun. RM499 dan RM699 ja. Sudahlah depan bank dia promo, sikit tangan ku gete (gatal), mau patah balik berbaris di mesin atm. Hurm, nasiblah aku masih ingat pada planning asal mau beli ipad. Adoyai. Utk tab, aku nda mau ada game nanti anak aku monopoli pulak so kalau ambik tab murah pun no hal tp macam alang2 jgk kan? Kepada yg ada duit lebih dan nda mau share tab mahal kamurang sma anak-anak, pi lah beli tab yang aku sebutkan tadi.
Apapun, hati aku benar-benar lapang kerana sudah bebas dari hutang cc. Aku masih ingat pernah terbaca ayat ini "jika kamu berhutang dan berniat untuk membayarnya maka Allah akan buka jalan untuk itu". Ya, aku memang suka berhutang tapi punya niat yang sangat sungguh-sungguh untuk melunaskannya. Alhamdulillah.
Dan isu yang sedang bermain di kepala ku subuh2 begini ialah design rumah kayu kami. Ui, aku sangatlah cerewet. Nasiblah suami larat layan dan bagi idea2 bernas. Oke, nanti aku cerita lain entry.. Berat sudah betul mata ku.
Tata... Nunite. Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Saturday 15 September 2012

Pagi Ahad Yang Redup

Baru siap basuh baju.
Mendung ya pagi ni, tengahmalam tadi hujan lebat dan angin kencang. Awal pagi aku baca twitter punya update. Semalam ada perhimpunan Pakatan Rakyat di KK, dan semasa acara bersurai dan masing2 balik ke rumah, sempat pula berlaku kemalangan di jalan Tuaran yang meragut 5 nyawa. Hm, aku membayangkan kejadian itu adalah sangat dahsyat. Cer google! Tak payah, facebook pasti update punya. Twitter? Op kos!

Pagi Ahad yang redup ni, laki i takde kat umah (ok, tiba2 tersasul cakap bahasa KeyHel). Dia pi main bola di Kudat. Ada orang putih dari Norway cari player di seluruh Sabah ni kononnya dia mau buat club utk masuk Liga Malaysia. Rita Rudaini, nda lama lagi laki kita seangkatanlah ni... Ekekekek! Tapi tinggal2 bini tak mau key! Tak baik tu.

Cousin aku cakap, kalau my laki terpilih jadi player club tu, akan kayalah kami... Erk! Soalnya, jadi pemain bola boleh kaya ya? Serius ni? (Pantang ni dengar perkataan KAYA hahaha).

Laki aku tu memang gila berangan jadi pemain bola negeri. Kalau dia betul boleh lepas jadi pemain dan masuk liga pula, muka kasi ensem skit, dengan ketinggian yang ada dan body yang perfect, para-para pengiklan silakan, jangan malu-malu ambik dia. Dan awek2 di luar snaaaa, awas loh! Hehe. Tapi kenapa si Ritaudin (pemain Sabah) tiada pun ambil dia jadi model iklan? Muka ensem apa, tinggi lagi. Balik-balik si Apek tu juga kamu tergedik-gedik dok gosip sana gosip sini. Isk!

Kalau kamu tanya aku, adakah aku setuju dengan impian suami, aku nda tau mau jawab apa. Kalau ada peluang apa salahnya tapi kalau boleh janganlah terlalu dikejar sangat sampai buang masa dan pekerjaan lain terabai. Mau jadi bintang bola sepak nda ke mana pun. Negatif tak fikiran aku? Hah hah.

Asik berangan ja.

Hari ni si Panjang ada satu lagi game untuk saringan pemilihan pemain bahagain Pantai Barat Utara Sabah. Pasni, klu terpilih kena lawan lagi team dari setiap zon Sabah untuk saringan yang seterusnya. Bah, gud lucklah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 11 September 2012

Mesej Dari Mimpi

Sejauh mana kamu percaya tentang mimpi?
Aku pun nda percaya tapi aku yakin setiap mimpi ada mesejnya.
Beberapa malam yang lepas aku mimpi memiliki dua buah banglo mewah atau juga boleh digelar rumah agam sebab rumah tu luas sangat bagaikan istana.
Rumah pertama banglo yang sudah lama, rasanya dalam usia puluhan tahun kot. Rumahnya bercat hijau dan berdinding kayu di sebelah luarnya. Rumah banglo ala kampung yang sangat mendamaikan.
Di luar rumah terparkir dua buah kereta mewah yang ala-ala sport gitu. Kereta design baru.
Banglo tu terletak di atas bukit di sebuah perkampungan dan di belakangnya terdapat sebatang sungai yang besar. Terbina tangga dari banglo menurun ke tebing sungai dan kelihatan beberapa muda-mudi sedang bermandi-manda tapi air sungai agak keruh. Di hilir tidak jauh dari banglo terdapat sebuah jambatan gantung, laluan pejalan kaki penduduk kampung.
Tapi di bahagian lain rumah tu terdapat kamar-kamar tidur yang sangat luas dan setiap darinya mempunyai bilik peribadi yang agak rahsia... Namun, semua bilik itu usang kerana ketiadaan penghuni dan buruk.
Di banglo itu aku aku tinggal kononnya, manakala banglo baru itu belum diduduki. Banglo baru tu rekabentuknya moden dan di dalam serba mewah. Hiasan dalam yang ringkas namun agak kosong.
Di banglo lama itu, aku didatangi seorang jejaka sederhana paras-rupanya. Jejaka itu sedang memujukku untuk mengahwininya. Dia tahu aku sudah bersuami. Haha, ini agak kelakar. Selepas jejaka itu masuk dalam mimpi, aku terjaga.
Aku menceritakan mimpi itu pada kawan-kawan dan sorang daripadanya berkata "kau akan tinggal di banglo mewah itu jika kau berkahwin dengan jejaka tersebut". Aku tergelak besar. Sayangnya itu hanya mimpi, apo nak buek...
Dan mesejnya...
I think la kan, simbolik rumah tu ialah kehidupan yang sedang aku lalui sekarang.
Mean, banglo tu walaupun sudah lama namun masih aman untuk diduduki dan begitu juga hidup aku sekarang sudah cukup sempurna.
Simbolik pada bilik-bilik usang itu ialah part-part dalam kehidupan ku yang perlu aku perbaiki atau direnovate agar rumah tu kembali indah dan hidup ku bertambah sempurna. Spesifiknya ialah dalam mengukuhkan kestabilan ekonomi kami sekeluarga dan lebih gigih dalam apa yang kami sedang usahakan sekarang.
Aku rasa itulah mesejnya sebab aku selalu berfikir apa pula selepas ini...
Lain pula dengan sorang kawan lain. Katanya mimpi suami berskandal. Hah, itu yang bahaya.
Mimpi kita ialah apa yang kita fikirkan. Aku banyak fikirkan masa depan berbanding hal-hal lain so aku mimpi sesuatu tentang kedudukan hidup ku.
Dia selalu berfikir tentang kejujuran suami, maka dia bermimpi suami curanglah pulak. Jauhkan... Jauhkan...
Korang tak mau cerita pasal mimpi? Citerlah, citerlah. Hehe...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.