Sunday 24 June 2012

RM1 Juta, Banyak atau Sikit?


Kemarin, aku temeningu telemovie bertajuk Suamiku SuamiMu Jua... Lakonan Tony Eusof, Watie dan ex girlfriend Jehan Miskin. Lupa plak nama dia.. Jue Aziz.. Hah, kalau nda silap Jue Aziz. Suara dia yg serak-serak basah tu hehehe.
Jue

Alkisahnya si Jue Aziz ni isteri kepada Tony yg bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat pembinaan milik seorang Datuk/Dato ka tak tau tapi yang penting Datuk.

Si Jue ni suka berlagak orang kaya padahal hidup sederhana tapi dalam sinopsis katanya serba kekurangan. Engineer tu kurangkah? Gaji paling tidak RM3000++ mustahil kekurangan. Tak pa, nama pun lakonan semata-mata.
Tony Eusof.. Hanya tunggu watak yang sesuai, bakal sepopular Aaron Aziz !

Hinggalah satu hari, anak saudara kepada majikan Tony iaitu Watie Elite jatuh cinta kepada Tony dan sanggup berkorban apa saja untuk menjadi isteri yang sah. Dalam masa yang sama Tony ialah suami yang setia dan cintakan isterinya.
Happy tengok Watie kawin Joey!

Oleh kerana Watie sangat ikhlas mencintai Tony, dia buat rundingan diplomasi dengan Jue. Watie menawarkan RM1 juta kepada Jue jika Jue setuju dengan tawaran Watie. Fikir punya fikir, Jue setuju tetapi Tony pula menolak. Akibat daripada sedih dengan keputusan Tony, Jue bersedih dan jatuh sakit. Bagi Jue, peluang itu tak patut dilepaskan kerana itulah impian hidupnya selama ini iaitu menjadi jutawan. Akhirnya, Tony setuju walaupun nda rela sebab sayangkan Jue takut Jue jatuh sakit terus-terusan dek kerana angau dengan 1 juta itu. Dipendekkan cerita maka, Watie pun berkahwin dengan Tony dan mereka tinggal di sebuah banglo yang sangat mewah. Mereka sangat bahagia pada mulanya tetapi akibat daripada Jue mula lupa diri dengan kekayaan (shopping tak kira masa), mula lupa tanggungjawab dan selalu tidak mematuhi giliran bermalam dengan suami maka, akhirnya Tony keluar dari rumah dan tinggal di rumah lama. Watie dan Jue sangat sedih. Jue baru sedar bahawa kekayaan tidak bererti lagi bila suami tinggalkan dia. Watie pula rasa sangat bersalah kerana telah menghancurkan kebahagian rumahtangga Tony lalu mengambil keputusan untuk berundur diri. Selepas itu Tony dan Jue bahagia semula.

Persoalannya, Jue sangat rasa RM1 juta tu besar hingga shopping tak ingat dunia tapi bagi aku rm1 juta tu kecik ja. Adalah lebih baik simpan dalam ASB, tunggu faedah keluar baru belanjakan. Itupun dengan ala kadar bukan sebagai jutawan.

Katalah aku mau belanjakan sekalipun dengan cara Jue, kereta mewah pun sdh 6/7 ratus ribu... Banglo mewah paling murah RM500 tu pun pakai tanah sendiri... Kalau beli di bandar, maunya 1/2 juta harganya. Kan, kecikkan? Bagus simpan, hehe..

Kamu macamna pula?

Mencarut di petang hari kerana keletihan di padang bola bersma Ghazali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 23 June 2012

Cerita Manja Kak Ani & Kacip Kak Timah

Ok, hari ni aku mau cerita tentang manja-manja dan kacip-mengacip.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, aku ni seorang yg sangat mementingkan kesihatan dalaman dan luaran. Gara2 aku terkecimpung dalam MLM (Elken) dulu pun kerana kegilaan ku pada supplement dan alat kecantikan kerana aku mau diusia 60an aku masih kelihatan 30 tahun lebih muda.

Rozita tanpa mekap 40an

Wah, mcm statement berani mata ja kan? Ada hati awet muda 30 tahun lebih muda dari umur. Macam mengarut ja kan tapi sebenarnya kalau kita betul-betul menitik-beratkan kesihatan/kecantikan itu bukan mustahil. Lihat sajalah artis-artis kita. Rozita Che Wan yang sudah 9 tahun menjanda, bukan calang2 janda walaupun sudah berusia 40an. Anita Sarawak, Sarimah dan aku juga meminati keawetmudaan Maria Farida. Kelas, macik-macik di atas tu. Sipa nda mau jadi macam dorangkan? Of kos lah mau.. Siapa nda mau mimang sot otak dia.
Sarimah di usia 60an
  
Maria 40an
Anita 50an

So untuk perempuan kamu rasa macamna mau awet muda? Pening skit makan panadol? Hah, selamat cepat mampos! Hahaha.

Bagi akulah kan, kamurang nda tau. Ni buah fikiran aku seorang. Perempuan kalau mau muda 30 tahun dari usia perlu dan sgt2, amat2 harus menjaga dalaman diri. Kita ni mesin pencetak manusia, kak. 2, 3, 4, 8, 10! Hah! Itulah antara jumlah produk yang kita hasilkan sepanjang hayat. Memanglah sedikit kalau dibanding mesin-mesin dikilang yang boleh packing bungkusan ribu2 dalam sehari tapi bagi kapasiti manusia biasa macam kita, itu sudah cukup memusnahkan allignment tubuh badan. So, haruslah servis ya akak-akak...
Angin dalam badan sudah tentu sinonim sangat dengan wanita, itu pasal masa kita berpantang, ini nda bulih, tu nda bulih, segala-galanya kalau boleh dilarang. Kenapa angin? Ntahlah, aku pun kurang pasti tapi pemahaman ku angin ni sangat memudaratkan kesihatan dan kalau yg baru bersalin tu mengikut bahasa ibunda bigat. Lagi bahaya kalau sampai tumpah darah..

Zaman sekarang yang moden, ni nda ramai yang patuh kepada undang-undang berpantang. Tapi aku peduli apa dengan mereka, yang penting aku mau jaga badan sendiri. Sebenarnya masa aku baru bersalin dulu pun, bukan ada pakai bengkung segala, paling off kipas, nda mandi dan jaga makan, tu ja. So, untuk menebus semula kekurangan itu, supplementlah jawabnya.

Supplement pun ada macam2 rupa dari yang murah hingga ke mahal. Dari jenama terkemuka hinggalah jenama tak dak muka. Dan untuk memilih supplement bukan sebarang takut-takut dapat yang tidak diiktiraf atau pun tiruan. Aku memang takut makan supplement murah-murah ni sebab selalunya yang menyebabkan produk itu murah kerana nda banyak bahan asli dalam kandungannya. Bahan kimia yang membahayakan selalunya menjadi bahan sokongan yang utama. Sangat gerun bila membaca berita di surat khabar ada pengguna yang meninggal dunia termakan racun dalam produk kesihatan.

Klimaks kepada cerita ini ialah, aku sudah seminggu mengamal minum pil manjakani dan kacip fatimah keluaran Petani. Biasalah khasiat kedua2 ramuan ini ialah mengetatkan* tapi yang aku terharu, dalam seminggu ia sudah berjaya menegangkan*. Menegangkan payudara. Ketat-ketat tu jangan cakaplah. Tapi aku nda kisah sangat part ketat2 sbb aku pun bukannya longgar sangat. Anak baru satu bah, hihi.
Harga baru RM11.90/30 biji. Memang murah. Sekarang ni time aku berjimat cermat, so memang nda mampu beli produk ratusan ringgit. Doa2 pada Allah tiada side effect dengan produk ni dan alhamdulillah setakat ni segalanya berjalan dengan lancar dan MUJARAB !

Harap-harap 30 tahun akan datang aku masih macam sekarang. Woha!

So, akak-akak sekalian yang kurang mampu silalah dapatkan produk ini. Nda kisahlah jenama apa yang penting diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Sayangilah diri sendiri.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 22 June 2012

Dan Kini

Alhamdulillah, kemarin selesai dua urusan kerja. Satu kawin 29 Jun, yang satu lagi kawin 25 Ogos. Kira pening jugalah sikit mengatur dua pelanggan ni. Yang 29 Jun ni, tentang bajet ok tapi payment dan masa pulak masalah. Last minute baru dapat buat payment untuk pelamin dan fitiing baju. Aku yang nervous tau! Korang nih......

Yang sorang lagi, payment ok tapi lokek mau tambah bajet pelamin. Katanya bajet besar untuk catering. Ya aku faham dan adalah hak pengguna menentukan servis dengan harga yang terbaik diarasa menjadi pilihannya tapi itulah. Suka aku ingatkan di sini bajet untuk pakej kanopi dan pelamin adalah baiknya jika dibajet dalam RM4000. Kira mau kawin  besar-besaran (untk aktegori kampung-kampung ya) tapi bajet sikit mana ngam. Sekarang semuanya ikut trend dan trend sudah tentunya ber'harga.

Dalam urusniaga aku ni, payment untuk pelamin yang aku risaukan kalau pelanggan lambat-lambat untuk melunaskannya kerana aku hanya jadi ejen kepada bridal house kepunyaan kawan, so dorang ada strick sikit tentang deposit dan bayaran akhir. Bukan apa, selama dorang jalankan bisnes dorang pun sudah serik dengan janji-janji kosong, kalau dilayan sangat, lingkup jadinya. Baik, baik juga tapi ada hadnya. Kita bisnes maa, bukan sponsor. Untuk tempahan 25 Ogos ni sejujurnya aku tiada untung ke atas pengurusan pelamin, hanya pada kanopi ja kerana timbang rasa kepada pelanggan yang nda cukup bajet. Nda apalah, anggap sja kali ini ibarat menanam benih yang akan berbuah pada masa akan datang.

Buat masa ni aku hanya ada set kanopi sahaja, lalu dalam hati sangat berkobar-kobar untuk membeli peralatan pelamin pulak. Memang nda sabar tapi tunggulah rezeki yang akan datang. Apapun, aku sangat bersyukur akhirnya apa yang aku impikan tercapai.


Bila bersembang dengan kawan-kawan tentang kerjaya ramai diantara dorang yang nda sanggup duduk rumah jadi surirumah dengan alasan bosan dan mau pigang duit sendiri tapi aku pula sebaliknya. Aku FOBIA dengar perkataan kerja yakni makan gaji. Wah, tak sanggup membayangkan aku 8 jam wajib berada di luar rumah 5 hari seminggu. Tidak dinafikan, bekerja ni enjoy tapi aku nda bulihlah kecuali ditakdirkan satu hari kelak, aku makan gaji juga. Wallahu'alam.

Wednesday 20 June 2012

Bajet Kahwin

Semenjak aku berbisnis kecil-kecilan berkaitan dengan kawin-kawin ni, ramailah yang bertanya

"Berapa bajet untuk kanopi dan pelamin?"

Maka sukalah aku menjawabnya begini.

1. Mula-mula kita congak dulu kemampuan kita takat mana. Kita kerja apa, bakal pasangan kerja apa? Gaji berapa, kemudian....

2. Tentukan berapa bajet yang kamu ada.

3. Eh, ini tips menentukan bajet kawin bukan jawapan berapa bajet kanopi dan pelamin. Ok, Ulang balik.

 *   *   *

Maka sukalah aku menjawabnya begini:

Untuk sederhana mampu jumlah paling selamat ialah RM4000. Jumlah ini buli dikatakan dapat pakej penuh bagi kategori yang sederhana mampu di mana item-item dalam pakej selalunya merangkumi kanopi bersama skalop, kerusi, meja berserta lapis dan reben, pelamin, baju pengantin L/P berserta aksesori, andaman, pintu gerbang, meja berhias, meja kek, set renjis dan lain-lain bergantung kepada pembekal anda masing-masing.

Bagi yang mampu, jangan kata setakat RM4 ribu, 40 ribu pun dia ada..

Bagi yang kurang kemampuan, janganlah kita berangan-angan tinggi mau majlis sempurna kalau kita nda mau tambah bajet. Zaman sekarang orang kawin bukan lagi macam dulu. Sekarang serba-serbi kita kena bayar. Jarang sudah buli pinjam sma orang. Contoh kalau dulu, sepupu kita kawin, dia pigi buat baju sendiri, turun-temurunlah sepupu sepapat dikasi pinjam tu baju. Save bajet tapi sekarang kalau dorang buat baju pun, belum tentu dia mau kasi pinjam. Kalau dia mau kasi pinjam pun, belum tentu kau mau sebab mungkin malu. Orang tau, "oh... tu baju si anu...".

Lagi satu, pastikan masa kamu survey2 kedai pengantin tanya bila dorang ada promosi dan kalau bulih ambil pakej time dorang promosi. Inilah penting kamu merancang majlis. Jangan tinggal sebulan baru mau sibuk-sibuk mencari. Dan jangan heran kalau kamu ambil dua, tiga item ja pun harga mencecah beribu2 tu pasal kalau kau nda ambil pakej. Yalah memanglah mahal. So, silalah ambil pakej.

Dan paling penting, sila bagi kerjasama yang terbaik kepada wedding planner kamu. Pasal payment jangan ambil kesempatan. Sila habiskan bayaran sebelum majlis bermula bagi mengelakkan hutang yang akan menyusah diri kamu juga dibelakang hari.. Perkahwinan sesuatu yang suci so jangan cemarkan dengan hutang. Peluh orang perlu dibayar. Kalau lupa bayar nda apa juga tapi kebanyakan kes buat-buat lupa. Kesian orang yang buat pelamin kamu tu, kamu fikir dia buat pelamin pakai mata ja? Jeling kiri, jeling kanan, siap! Dorang bertungkus-lumus juga so semoga kita orang-orang yang amanah.

Betul Betullah Betul

Sejak pindah rumah sewa hari tu (time masih tinggal di KK) sampailah skg aku sudah balik Pitas@kampung, masih belum ada kedudukan. Bagi penagih internet macam kita-kita ni (siapa baca entry ni skg dia juga penagih internet haha), memang terasa keazaban dunia juga sikit bila mana kita nda bulih online suka hati kita.

Ya, dua tiga hari baru dapat online sekali. Walaupun aku merupakan salah seorang pemakai hengpong Blackberry yg amat mudah mengakses (dan murah pula tu) internet namun di laman rumah aku dan juga dalam rumah aku indada linenya! Kalau ada pun sana kaki lima atas rumah mertua ku. Kalau awal pagi kamu limpas depan rumah (rumah kami di tepi jalanraya) dan nampak aku pigang dan tinguk hangpong sambil senyum, tersengih atau serius itu bukan  kerana aku bersms dengan kekasih gelap tetapi sedang berskandal dengan fb/emel/blog di kaki lima mertua ku ! Adakah sini yang limpas rumah aku hari-hari? Nah, tiada. anggap ja ada.

Apa yang menyedihkan, aku nda dapat share selalu apa yang sedang berlaku dalam hidup seharian sebab aku nda pandai mendraf entry.

Sekian dulu luahan pendek ini.

Friday 15 June 2012

Gambar-Gambar Di Kuching

Maaf ya agak telat menyiarkan gambar-gambar ini..
mari aku ceritakannya...

macam biasalah kalau pigi Kuching si Qaseeh cakap ada kek lapis, maka aku pun mencarilah kuih lapis yang dimaksudkan.. Jumpa juga dan ini sebahagian yang aku beli. RM10 ja setiap satu dan memang sedap tapi aku suka kek masam manis yg hijau tu... 

Qaseeh cakap makanan di sana nda sedap, hurm bagi aku not badla tapi susah betul mau cari restoran kalau bukan ke seberang Sg. Sarawak. nasi ayam penyet ni sedap jugalah tapi sambalnya mmg nda lawan yg Anjuneg Selera, Kota Kinabalu punyalah. Syukurlah bawah hotel kami menginap ada restoran Melayu yang masakannya sedap, kalau nda, patah kakilah balik2 pigi seberang cari makanan.

Kami menginap di hotel dua bintang, Hotel Liwah namanya... dengan keluasan bilik seperti gambar di atas hanya rm85 semalam. Luaskan? Kira murahlah tu. Insya Allah kalau lain kali ada rezeki dtg sni, kami akan menginap di sini lagi. Jimat. Hotel ini tidak direkomenkan oleh sesiapa tapi masa sampai aport Kuching, aku tergerak hati menempah bilik di Hotel ini di kaunter teksi. Syukurlah dapat yang bagus dan Hotel Liwah dikatakan hotel tertua di Kuching. Buli nampak dari perabot dalam bilik tu, memang klasik hehe..

ni pic diambil dari Google sebentar tadi bukan dari kamera aku... Tengok bangunan pun memang membuktikan hotel lamakan? Nampak signboard Chillipeppers tu? Haaa, itulah restoran yang menyelamatkan perut kami sepanjang di sana hehe...


Dan aku nda tau ada benda bi di sana. RM60 perkepala... Ingatkan ada makan buffet, rupanya minum jus dan kek lapis ja... Oleh kerana naik di sini nampak romantik, maka aku gedik2 jugalah mau naik. Mau merasa padahal kalau mau melihat pemandangan pesisir sungai ni boleh ja naik teksi bot yg lagi murah.

Di atas kapal... Tu dia hidangannya... Aku nda abis minum pun jusnya... 

Siapa lagi kalau bukan suami ku, Ghazali @ Panjang... Misai dan janggutnya cukup bulan aku servis sebab dia memang nda padan kalau cukur abis hahaha..

Maha Suci Allah.... Pemandangan di senja hari.. Inilah panorama yg akan dilihat semasa menyusuri Sg. Sarawak...

Bangunan hotel2 di tebing sungai... di Kuching banyak bangunan tinggi yang merupakan hotel bukan shopping kompleks atau bangunan kerajaan.

Dan ini......

Dan ini lagi..... Gambar ni dilarang komen banyak.. Bahaya.. Hehehe..

Walaupun sebelum ni aku bilang, nda suka pigi Sarawak tapi kedatangan kali ini mengubah sedikit perasaan itu. Bandarnya kurang sibuk jika dibandingkan Kota Kinabalu tapi seperti bandar ini lebih maju dari ibu negeri kita.. Iktibar kali ini, mungkin bandar2 lain di negara kita nampak tidak menarik tapi dengan mengunjunginya kita pasti akan merasa kelainan dan tahu bahawa setiap tempat ada keistimewaan tersendiri. Sebab tu bak kata pepatah jauh pejalanan luas pemandang bertambah pengalaman....

Sunday 3 June 2012

Tetiba!

Hah!
Kamu harus tau dimasa kecil aku seorang kakak yang sangat kuku besi.
Tomboy.
Suka pukul adik.

Selepas akhil baligh pun aku masih seorang kakak yang tegas dan garang.

Tiba-tiba hari tu masa bapa ku nda setuju adik aku masuk Uitm, aku emo sampai menangis.

Hari ini, ketika aku menghantar adik ku ke Uitm Samarahan, Sarawak aku emo sekali lagi hingga menitiskan air mata. Ntah kenapa padahal adik aku ok ja pun.

Mungkin kerana aku terharu dengan semangat belajarnya yang tidak sama dengan semangat ku dulu.

Mungkin juga kerana adik aku jenis yg innocent sgt risau dia x bole berdikari dan aku yakin dia akan boleh dan itu yg menyentuh hati sebenarnya.

Memang pelik juga sebab selama ni aku nda pernah kisah pun jika kami beradik berjauhan. Kami sudah biasa tapi hari ni lain benar aku rasa.

Dgn perasaan sedikit kelakar, ni baru adik, kalau anak aku nanti macam manalah?

Kemarin masa shopping barang2 adik macam-macam aku suruh beli. Kalau boleh, satu mall mau angkut hingga suami aku mau marah hehe. Terus aku ketawa berabis. Membayangkan kalau anak aku nanti, segala sofa, periuk kuali aku suruh bawa masuk asrama. Adui na, blm tua lagi sudah macam macik-macik aku mengurus adik..

Kenapalah tiba-tiba begini ni....?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 2 June 2012

Suka !

Okla, tiba-tiba bila muncul balik suka taruk tajuk entry sepatah ja. Hahaha...

Hooyeh! 1st day di Kuching, Sarawak. Dalam entry sebelum ni aku sakap tidak berapa semangat mau pigi Sarawak kan, sebab aku juga lahir di bumi Borneo jadi aku rasa nda banyak beza pun (kot) life kami dan dorang di sana.. Tapi sebenarnya sedikit meleset..

Kenapa meleset?

Sebenarnya Sabah dan Sarawak ada manyak beza.. Memang manyak oo. Life kami aku rasakan nda sama langsung! Wah, tegas gitu. Langsung! (Ulang lagi tagline) Haha.

Mula2 beredar dari apot ke Liwah Hotel aku tercengang melihat lalulintas Kuching yg sgt lengang. Abang taxi cakap sbb cuti gawai bandar mmg x sebok. Ya meh? Sabah kalau Kaamatan berlipat kali ganda dia punya kesibukan. Kenapa sini sunyi?

Terus abang taxi tu cakap lagi, bandar Kuching ni besar tu la kurang sibuk, KK padat sebab kecik katanya. Urm, mungkin aku setuju. Tapi jauh dilubuk hati aku boleh lihat secara jelas dengan mata kepala dan mata hati ku apa yang membezakan ibu negeri Sarawak ni jika dibandingkan dengan ibu negeri Sabah yaitu Kota Kinabalu atau lebih mesra dipanggil, KK.

Di sini aku tgk banyak bangunan yang gah2 terutamanya bangunan hotel dan beberapa bangunan lain. Aku rasa Kuching ada potensi besar utk jadi sebuah bandar yg lebih menarik dari bandar2 yg ada di Malaysia. (Nda terlebih puji kah tu?) Namun KK masih terletak sebagai bandar paling eksotik di Malaysia bagi aku kekekek...

Pasal makan, not badlah. Sejak beberapa jam yang lalu aku di sini dan aku sudah makan di dua tempat, makanan adalah memuaskan. Syukurlah, sebab hotel ni sgt strategik. Di bawah ada restoran Melayu. Hotel Liwah ni walaupun antara hotel yang tertua di Kuching namaun facilitinya berbaloi dengan harga. RM90/malam sangat berbaloi sebab kondisi biliknya boleh dikatakan tip top utk hotel bertaraf 2 bintang. Tidak seperti sesetengah hotel yg makin lama makin lapuk sebab tiada penyelenggaraan yang berterusan.

Satu hal yang rupanya aku nda berapa sedar di sini memanglah syurga kek lapis. Hinggakan aku membuka pesanan kepada kenalan2 di Sabah utk kek dengan mengenakan sedikit keuntungan pada kek itu sebagai bisnes sampingan. Aku lucu juga, aku cakap ngan laki aku "semua benda aku rasa mau jual. (Semua benda aku jadikan perniagaan) haha.. Ingat zaman kanak2 dulu bila mama bagi bekal kuih jumput utk dimakan di sekolah, terfikir pula untuk jual pada kawan-kawan dgn harga 10sen sebiji. Bila mama bagi bekal, duit belanja mmg nda sdh dikasi. Duit belanja selalunya 20/30sen ja tp dgn menjual kuih jumput aku buli raih pendapatan sehingga rm1. Huh, banyak tuh! Hehehehe.

Aku memanglah aku. Semua benda mau dijadikan duit cuma kelemahan aku ni ialah boroslah jugak wpun. Masih di tahap yg terkawal.

Lagi satu, kawan-kawan di facebook mencadangkan aku ke Sarikin sbb bnyk brg murah.. Baru ingat, hari tu ada nmpk ni di tv. Wah, nda sabar aku pigi sana. Apapun hantar adik aku dulula bisuk di Uitm Samarahan. Di KK, manalah ada tempat shopping begini yang aku tau. Adakah? Siapa tau?

So, keseluruhannya, aku mula menyukai bumi Sarawak..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.