Tuesday 24 April 2012

Semua Dalam Keadaan o.k

Oleh kerana minat mendalama dalam bidang kawin-mengawin ni, maka aku kasi bekawin juga servis aku sama servis bridal kawan. Dorang nda berapa hebat dalam hal-hal canopy lalu aku ambil power dorang dalam bidang pelaminan sebagai pelengkap kepada pakej aku. Yalah, daripada orang dalam daerah aku ni pening2 cari bridal dari jauh, bagus dorang ambil sama aku ja. Senang lagi berurusan.

Bridal yang aku pilih ni, aku ambil dari Kota Marudu iaitu 45 minit dari Pitas. Ya, setakat ni doranglah paling hebat buat pelamin di area Pitas dan KM. Kenapa aku pilih dorang, sebab dorang memang terbaik. Aku suka kerja dorang dan paling penting, aku full time dorang pun fulltime... Di Pitas ni ramai juga yang buat pelamin tapi bukan fulltime so macam susah pula mau berurusan kalau begitu.

Mari kita lihat sebahagian daripada hasil kerja Diamond Bridal House.....







Ini pula hasil sentuhan tangan ajaib dorang .....








Ni kak ipar aku... magic kan?

Ini baru sebahagian hasil kerja dorang ada banyak lagi.
Bagi standard kampung, aku rasa apa yang dorang sudah buat sudah begitu meletops ya..
Aku harap kerjasama antara kami terus kukuh dan berjaya..
Amin.

Monday 16 April 2012

Kau Mau ka Nda Mau?

Siapa masih ingat aku pernah buat MLM?

Siapa masih ingat aku begitu taksub dengan MLM?

Siapa? Siapa?

Ok,mari kita imbas kembali sejarah hidup aku 2 tahun lalu. Masa tu aku memang ligat buat MLM dan company kesayangan aku hingga sekarang ialah ELKEN.


Aku memang suka buat MLM sebab sikap-sikap positif sentiasa disuntik masuk dalam daging. Boleh dikatakan setiap hari kau kena suntik. Aku belajar bahawa dalam dunia ni tiada yang mustahil hasil dari suntikan itu. Aku juga belajar macam mana kita mau kenal pptensi diri kita. Tidak dinafikan sistem pendidikan Elken masih sebati dalam jiwa hingga kini. Tapi soalannya,kenapa aku kandas dalam bidang ni?

Buat MLM ni, ndalah susah sangat.Kalau company tu bagus dia pasti boleh tunjuk cara yang berkesan dan asas kepada MLM ialah "buka mulut, buka kedai". Tutup mulut, kau lingkup. Simple kan? Ok, diulang soalan. Kenapa aku kandas? (jangan sebut gagal, nda bulih). Aku terkandas kerana aku kain sedar bukan life begini yang aku mau walaupun matlamat aku tetap ke arah "kejayaan dan kebebasan".



Dari dulu,aku mau cari pekerjaan yang boleh menjana duit melalui perkara yang aku suka lakukan sebab bila start keja opis pada tahun 2007 aku rasa sangat terikat dan banyak karenah di tempat kerja yang nda berapa aku senangi.Masa tu aku ada membuka kedai runcit tapi lingkup setelah ketiadaan taukehnya (aku). Kalau diikutkan pendapatan kadai runcit aku lebih banyak berbanding gaji bulanan aku tapi agak silap perkiraan di situ lalu bisnes aku terhenti.

Selepas berenti keja dan mula buat MLM, aku dalam keadaan tertekan. Aku nda bulih buat kerja dengan cara aku sebab upline guide kita berpandukan sistem pendidikan syarikat. Ndalah membebankan sangat cuma mungkin bukan cara itu sesuai aku aplikasikan dalam menjalankan bisnes aku dan akhirnya aku sedar bahawa bukan bidang ini yang aku suka dan aku mau. Sehingga kini aku masih sharekan kebaikan produk tapi tidaklah menganggap sharing itu sebagai bisnes. Aku seorang yang sangat mengambil berat tentang kesihatan dan aku mau orang lain juga buat hal yang sama.

Akhirnya selepas melalui fasa pening-pening lalat selama 2 tahun, aku percaya Allah sudah temukan aku dengan perniagaan yang boleh menenangkan hati disamping membantu orang yang memerlukan.

KANOPI

SUMBER: GOOGLE
Sebenarnya, dalam apa juga yang kita impikan, sama ada susah atau senang untuk dicapai, sama ada lama atau sekejap untuk kau dapat, pokok pangkalnya kau mau atau TIDAK. Benda ampai-ampai depan mata kalau kau nda mau pun,benda tu nda akan jadi milik kau.


Entri Pilihan

Kereta Mayat: Payung emas untuk poligami?: (Apabila aku yang tidak hensem ini di lamar olah peminat untuk menjadi isteri nombor dua, akupun menulis entry ini) Soalan pembaca: C...

Soto di Sabah

Bila aku ingat-ingat balik, aku mula kenal makanan bernama soto ni masa umur 13 tahun iaitu kira2 14 tahun yang lalu. Pertama kali merasa makanan ini aku sudah menyukainya kerana rasa kuah yang pada aku begitu sedap lalu dalam tekak. Dan apa yang betul-betul aku suka pada soto yang first aku makan ialah cara hidangannya. Sori, aku nda dapat bagi gambar tapi aku buli bagi gambaran dengan ayat-ayat.

Ok, begini. Atas tu ada hirisan timun, bawang goreng, daun sup dan ayamnya dihiris halus. Bagi aku, penyediaan sedemikian sangat menarik dan membuka selera.

Selepas beberapa tahun, aku menginjak kaki ke semenanjung, bertemu pula soto yang dicampur dengan sayuran taugeh disertakan juga telur rebus. Ok, itu juga sangat menarik.

Tetapi kini, aku nda jumpa lagi rupa soto macam yang aku cerita di atas iaitu ayamnya dihiris halus tetapi seperti gambar di atas tu. Ayam dihiris besar, bikin muak!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 15 April 2012

Hajat

Masuk ke8 hari kami bermastautin semula di kampung (Kelumpang, Pitas). So far semuanya ok, tapi sejak insiden hari tu aku rasa aku sudah jumpa balik secebis; serpihan; sebahagian dari diri aku yang sebenar. Aku semakin berani berekspresi dan agak naik kepala sedikit. Nda, aku nda plan pun akan bertukar sikap ia datang dengan sendirinya. Fine! Aku terima dan selesa dengan pembaharuan ini. Agak rileks dengan keadaan ini. Ya rileks, bebas...
Pada hari ke8 kami masih bermalam di rumah mertua yg hanya terletak di sebelah rumah. Di sebelah dengan hanya jarak 1 kaki. Dekat bukan? Rumah nda abis kemas lagi. Bilik tidur sudah kemas bak pengantin baru tapi ruang tamu dan dapur belum kemas sepenuhnya.. Ada sedikit lagi buku-buku belum disusun di atas rak buku. Rak tu menunjukkan yang aku masih ulat buku hingga sekarang. Banyak lagi buku yang menggoda hati ku tempoh hari tapi nanti2lah aku tambah koleksi bacaan. Senang-senang dulu.
Kalau kamu tanya apa angan2 aku yang terhebat masa kini jawapannya ialah, renovation rumah. Betul! Aku sangat2 maksudkannya cuma ongkosnya belum ada dong.
Apa yang aku lihat, kaki lima (beranda) perlu diruntuhkan kerana sudah terlalu uzur. Hari tu aku cadang mau bina rumah baru tapi ongkos nda mengizinkan lalu aku ke plan b just renovate saja.selain beranda, aku mau buat 3 buah bilik tidur baru, tandas dan dapur baru.
Tandas yang ada sekarang sangat sempit dan ada kesilapan dari segi seni binanya. Bilik yang ada sekarang luas tapi hanya satu. Aku perlukan bilik baru utk aku, anak aku dan tetamu. Bilik yg ada sekarang aku mau kasi jadi sebagai bilik pakaian. Segalam almari pakaian aku mau simpan dalam satu bilik supaya nda ganggu ruang di bilik tidur. Aku mau tempat baradu yang betul-betul kemas macam bilik hotel. Melampau tak imaginasi aku? Hahahaha...
Oh ya. Alhamdulillah, bisnes sewa canopy aku sudah on sejak 13hb yang lalu. Sudah mulai dapat tempahan pun. Nda sangka juga ter'start pula seawal ini padahal plan untuk tahun depan atau depan lagi 2013/2014.
Malam tadi, mak mertua aku bagitau my hubby yg ada cousin dia suruh isi kekeosongan kerja di LKIM. Cousin dia janji akan tolong rekomen dengan bos (jadi orang dalamlah kiranya) tapi jawatan tu bertaraf sementara. Bila Panjang tanya pendapat aku sama ada memohon keja tu atau macam mana, aku pun berhujahlah.
Makan gaji tu bagus tapi untuk jangka masa panjang aku rasa kurang bagus. Kalau setakat jawatan pekerja rendah tu baik lupakan. Bikin kacau bisnis saja tu. Lebih baik, alang2 sudah mula bisnes, baik fokus saja nda payah fikir/mengharap mau makan gaji lagi. Bila kita nda terikat dengan majikan, kita ada banyak masa merancangkan dan melaknsakan impian kita. Lainlah kalau jawatan ko pegawai gaji 3k ke atas, baik bisnes buat sebagai sampingan. Kalau setakat gaji 1k, baik bisneslah.
Cousin dia cakap, kebun getah biarkan orang yang buat keja... Ya betul, tapi kalau tidak dipantau, mampos cepatlah pokok2 getah tu semua..
Aku nda taulah. Aku bila sudah start begini, bnerenti keja di bandar dan balik kampung, aku terus optimis yang hidup bakal cerah dengan kerja sendiri. Sudah mamcam-macam plan dalam kepala otak aku sekarang. Tiada lain tiada bukan, ingin berbudi kepada tanah.
Cousin aku dapat kerja Kerani N17 tau beberapa tahun lalu. Dgn gaji yang mungkin RM1500 saja, dia rasa nda berbaloi lalu buat keputusan resign dan buka ladang sawit. Sekarang dia sudah mampu beli kereta Dmax dgn bayaran ansuran RM1000++ sebulan.. Banglo lagilah dia belum buat, tunggu 2, 3 tahun dari sekarang. So, kalau sekarang dia masih makan gaji aku rasa dia nda mampu pun beli kereta tu. Malah, belum hujung bulan sudah garu kepala memikirkan nafkah anak bini. Sebab itulah aku sgt optimis nda mau makan gaji sudah.
Memanglah keja dengan kerajaan ni kau bulih makan gaji buta, nda payah dikerah-kerah macam anjing seperti apa yang dialami oleh laki aku masa keja dengan swasta dulu tapi aku rasa macam slow sangat putaran hidup kalau harapkan gaji ja tiap bulan.
Pendek kata, nda semestinya apa yang kita rancangkan akan terus jadi kenyataan tapi kalau kita percaya dan yakin dengan pendirian kita, insya Allah pasti ada jalan yang membawa hasil kejayaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 5 April 2012

Naik Gunung 2 Apr 2012

Maaflah sebab entry ni tiak beredit sekian lama. Bila blogger tukar muka baru susah pula mau update melalui hanfon. Ni gambar sebelum memulakan pendakian. Kami seramai 13 orang yang 3 orang dari kiri merupakan team Pitas, 3 orang kedua dari kiri Kota Belud dan seterusnya yang lain dari KK.

Budak sebelah aku tu pada permulaan pendakian belum sampai 1km dia hampir pitam. Mungkin sebab dia jalan laju sangat, kedua beg dia berat, ketiga bau dia tebal sangat. Badan over heat. Tengok baju dia 2 lapis yang mana keduanya labuh. Tambah lagi dengan tudung panjang. Memang panas. Suhu sejuk nda rasa lagi di bawah ni sebab perpeluhan masih aktif.

Antara laluan yang nampak mudah tetapi dengan keletihan melampau sesungguhnya laluan ini menjadi sukar.

Berehat di perhentian yang ke4. Tupai tu jinak dan sangat comel. Dia kuat makan.

2km sebelum sampai Laban Rata. Makin tinggi laluan makin sukar/curam.

Sempat ambil pic ngan minat salleh yang pancit. Hehehe...

Oh, sudah kelihatan puncak Kinabalu. Hati semakin bersemangat tetapi letih jangan cakap. Macam nda sanggup meneruskan pendakian. Bersama suami.

Budak ni, dari hampir pitam dan tertinggal jauh tiba2 3km sebelum Laban Rata dia overtake kitorang laki-bini. Wah magic!
Anak cikgu berpangkat haji. Tengok bajulah.

Yeay!!! Sampai Laban Rata dan kami menginap di Gunting Lagadan Hut. Nama Gunting diambil sempena nama seorang guider terawal di sini yang bertugas sejak 1888-1966 kalau nda silap. Di sini sangat sejuk. Keletihan masih tahap melampau. Membayangkan kena mendaki awal subuh esok, rasa macam mau nangis oh. Huaarrrghhhh !!!

Akhirnya pada jam 5.30am kami berjaya sampai ke puncak. Alhamdulillah, Allahu Akhbar!
tapi pic ni diambil time turun pada jam7 am. 

Ini saja gambar paling cantik yang kami dapat abadikan kerana di atas erlalu sejuk sampai tangan jadi kaku. Angin pun kuat, mau ambil gambar banyak-banyak memang payah sebab jari nda dapat tekan punat kamera dengan baik. Ni pun nasiblah ada uncle Cina yang tolong snapkan.. Lawa pula dia ambil pakai hanfon bb aku ja. Thanks uncle. 

View belakang tu adalah puncak untuk melihat matahari terbit tapi kami berdua nda sampai sana. Panjang hanya mampu mendaki sampai tempat kami begambar ni ja, aku di bawah puncak belakang tu ja. curam sangat aku tingu, nda sampai hati mau pi sana. Terus rasa macam mau daki balik hehe..

Kalau ikutkan kami memang nda sempat menghayati sepuasnya keindahan alam dari puncak Kinabalu sebab kelam-kabut mau turun untuk check out sebelum jam10.30 am. Takut kena extra charge. Mendaki ke puncak sejauh 2.5km mengambil masa 3 jam bagi kelajuan normal mendaki macam kami. Kalau laju 2jam. Kalau slow macam kura2 4 jam. Turunnya sejam setengah ja.

Naik dari bawah sejauh 6km bagi kelajuan normal 7 jam, turun bagi kelajuan maksima bagi orang yang !st time mendaki 1 jam 45 minit. Masa turun lutut memang hangkang abis sudah tapi aku paksa ja jalan laju untuk menguji tahap kelajuan kami dan kami laki-bini berjaya ambil masa kurang dari 2 jam. Yeah!

Selepas pendakian ini, perasaan aku kalau dibagi sejuta ringgit pun aku nda akan naik gunung lagi sebab kepayahan, kesakitan itu sangat2 mencabar dan kalau boleh aku nda sanggup mengalaminya lagi. Tapi selepas seminggu, aku sudah pulih dari sakit baru terasa rindu balik dan rasa macam mau mendaki lagi. Wahai Kinabalu, kau umpama satu bisikan yang memanggil semula sesiapa saja yang pernah menawan puncak mu!